"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) ,kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan. Bukan menafikan usaha, namun setiap usaha disandarkan
untuk mendapatkan keredaan ALLAH..Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..
Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.
Kala mengingat keampunan, hatinya berdebaran..
Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.
Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia.
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira.
Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama.
Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi Nya.
Ia sentiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan
terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara
di dunia. Ia tenggelam dalam rasa malu setelah
menginsafi kebaikan dan kelembutan Nya, keindahan tatapan Nya,
keutamaan balasan Nya, dan kesempurnaan ciptaan Nya;
sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar
hak-hak Nya, dan bermaksiat kepada Nya.
Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. Ia bahagia,
kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepada Nya,
sehingga ia benar-benar mengabdi.."
Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib.. Maha Dekat,Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur,
Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik, dan Maha Penganugerah.Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi, dan keagungan-Nya begitu nyata.."
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]