Dari Abdur Rahman Bin Jabir daripada Abi Thowil, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Telah datang seorang tua yang sangat tua sehinggakan dahinya telah menutup kedua belah matanya,dan dia bertopang menggunakan tongkat sehinggalah dia menghadap nabi sallallahu alaihi wassalam lalu berkata: Apakah pandanganmu tentang seorang lelaki yang berbuat berbagai jenis dosa dan tidaklah dia meninggalkan apa
dosa pun untuk dilakukanya walau kecil jua yang besar semuanya dia lakukan yang mana jikalau dosa-dosanya itu dibahagi-bahagikan kepada penghuni dunia ini akan hancurlah mereka, maka adakah untuknya taubat. Maka berkatanya baginda nabi : Apakah kamu islam? Lelaki tua itu pun berkata: Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya dikau utusan Allah,baginda pun berkata: perbuatlah dikau kebaikkan dan tinggalkanlah kejahatan maka Allah akan tukarkan segala dosa-dosa itu kepada kebaikkan seluruhnya, dan berkata: begitu juga segala kecuranganku dan kejahatan-kejahatanku? Baginda berkata: Ya, dia berkata :
Allahu Akbar, dan dia berterusan bertakbir sehinggalah dia menghilang dari pandangan kami”
(Riwayat Imam At-Thobrani dan Al-Bazzar)
"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita,akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak".
(Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)
Syed Abu A'la Al-Maududi:
"setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah ALLAH, Islam, boleh menggunakan segala apa yang ada padanya seperti harta, jiwanya, pena, dan juga lidah.. Sama-samalah kita gunakan peluang yang ada untuk Islam sebab segala peluang itu adalah amanah dari ALLAH."
Umar ibn al-Khattab
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah."
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (Riwayat al-Tarmizi).
"Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit"
(Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya)
"sekuat ,mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar mana pun hari-hari yang kita rasai, sejenuh mana pun kegagalan yang kita rasai, sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui jangan berhenti berdoa kepada ROBB kerana harapan adalah masa hadapan,,harapan adalah sumber kekuatan,kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah SENJATA orang beriman"