.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, March 15, 2015

KEISTIMEWAAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW.


HIKMAH DAN KEISTIMEWAAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW.

1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.
2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.

3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.
4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.
5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.




Kedudukan Nabi Muhammad sebagai makhluk termulia di sisi Allah menjadikan umat baginda sebagai umat yag paling mulia di antara umat-umat lain. Allah memuji umat Nabi Muhammad sebagaimana yang tertulis dalam ayat-ayat-Nya,

"Kalian (wahai umat Islam) adalah sebaik-baik umat yang muncul di antara seluruh manusia yang pernah ada"- Surah Ali-Imran:110

Wahab bin Munabbih mengisahkan ketika Nabi Musa membaca kandungan ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad.

Beliau berkata, "Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam ayat-ayat ini?"

Maka Allah menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad, mereka rela dengan sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan kesaksian la ilaha ilallah!"

Nabi Musa kembali mengadu kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikan mereka itu umatku, ya Allah!"

Lalu Allah menegaskan, "Mereka itu adalah umat Muhammad. Aku bangkitkan mereka itu pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka"

Lalu Musa kembali berkata, Aku dapati dalam ayat-ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan  haji ke Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan mencegah perbuatan munkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga terbukalah pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

Allah lalu berkata, "Mereka itu adalah umat Muhammad."

Tidak hanya itu, Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau sudah menganugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad (Muhammad) beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad!"

Maka Allah menjelaskan, "Tidak mungkin wahai Musa, hamba yang paling Aku cintai itu Aku utuskan selepas kamu. Wahai Musa, sesungguhnya Aku sudah memilihmu di antara manusia bagi menyampaikan risalah dan kalam-Ku, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau menjadi orang-orang yang bersyukur"-surah Al-A'raf:144
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)