.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, March 17, 2015

Sedikit dari banyak dugaan Baginda Rasulullah s.a.w berdakwah

Diceritakan oleh 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'As: "Ketika Nabi SAW bersembahyang di Kaabah, 'Aqabah bin Abi Muit datang mencekik
baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang bahunya sambil menolaknya dari Rasulullah dan berkata: "Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap 'Tuhanku ialah Allah'?


Diceritakan oleh Abdullah bin 'Umar: "Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah-tengah puak Quraisy, datanglah 'Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan lalu dilemparkan ke atas belakang Rasulullah SAW, menyebabkan Rasulullah SAW tidak mengangkat kepalanya dari sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada 'Ali siapa yang melakukan demikian?.
lalu mampukah kita?.....

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta dan cacat anggota dan sebagainya. Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah.

Riwayat Bukhari telah menceritakan dari Khabbab bin Al-'Arat: Aku datang menemui Rasulullah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakainnya di bawah lindungan Ka'bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?". Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata: "Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ke tulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka di belah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dari Sana'a' ke Hadralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah"


Sabda Rasulullah s.a.w:
Maknanya:Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergas) dan setiap kecergasan ada masa jemunya"- Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Al-futur Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat. Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah: Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).



Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabat pun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam.
Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42, yang maksudnya:
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
Maka rawatlah Al-Futur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)