.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, December 5, 2014

ISTIQOMAH

Bermaksud teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang mampu bersikap istiqomah ini namun melaksanakan Islam untuk memperoleh hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap istiqomah. Istiqomah juga mengandungi erti kemantapan tetapi tidak bererti tidak boleh bergerak atau maju. Umpamanya semakin tinggi teknologi sebuah kereta semakin mampu ia bergerak dengan cepat tanpa gegaran. Maka disebut kereta itu memiliki istiqomah atau kekuatan. Kereta itu mantap dan tidak bergegar bukan ketika ia berhenti tetapi ketika ia bergerak laju.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqomah) di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau rezeki yang banyak".
(Al Jin 16)

Istiqomah juga berkaitan  dengan kemampuan kita dalam berjuang untuk menghadapi ujian dan penderitaan, kerana semakin tinggi nilai iman seseorang itu semakin besar pula cubaan yang harus dihadapinya.

Dengan datangnya berbagai cubaan, ujian dan penderitaan itu jiwa seseorang menjadi kuat dan tabah. Banyak contoh dalam kehidupan insan teladan masa silam tentang istiqomah ini. Diantaranya Nabi Adam tetap istiqomah dalam beriman kepada Allah meskipun baginda menerima cubaan dan penderitaan setelah dicampakkan ke bumi. Begitu juga Nabi Ibrahim tetap teguh dengan pendiriannya (iman yang teguh)  walaupun dicampakkan ke dalam unggun api yang membara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)