Imam ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan tentang beberapa pengkaji
hadis seperti yang ditulis dalam buku "Fathul Mulhim Syarh Sahih Muslim", bahawa dia pernah berkunjung ke Damsyiq untuk mendapatkan hadis dari syaikh yang popular di sana. Syaikh itu pun membacakan sejumlah hadis kepadanya. Namun, syaikh itu memasang tabir antara dia dan ibn Hajar. Ibn Hajar tidak melihat wajahnya. Ketika kajian ibn Hajar itu berjalan cukup lama dan syaikh itu mengetahui kesungguhannya untuk mendapatkan hadis, dia pun membuka tabir.
Ibnu Hajar melihatnya berwajah -naudzubillah- keldai. Syaikh itu berkata kepadanya: "Wahai anakku, jauhilah tindakan mendahului
imam. Ini kerana, ketika aku sampai pada hadis Abu Hurairah: 'Tidakkah orang yang mengangkat kepalanya (dari sujud) sebelum imam itu takut sekiranya Allah mengubah kepalanya menjadi kepala keldai?"
Ketika aku sampai pada hadis itu, aku tidak percaya saat itu akan terjadi. Maka, aku pun mendahului imam sehingga wajahku pun berubah menjadi seperti yang kamu lihat."
Kesahihan kisah ini berada di tangan ibn Hajar.
Syaikh Salahuddin as-Sa'id. 'Kesalahan Semasa mendirikan Solat' 'إتحاف المسلمين بذكر أخطاء المصلين'. Jilid 2.