.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, December 12, 2014

BERKENALAN DENGAN ORANG-ORANG YANG DISEBUTKAN

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang solat pada suatu hari di mana Baginda s.a.w bersabda:

مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوراً وَبُرْهَاناً وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَىِّ بْنِ خَلَفٍ

“Siapa yang menjaga solat, maka ia akan mendapatkan cahaya, petunjuk, keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapatkan cahaya, petunjuk, dan keselamatan kelak.  Pada hari kiamat, ia akan dikumpulkan bersama Qarun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Kholaf.” (HR. Ahmad 2: 169. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan)

1. Firaun
'Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar', digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa' bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri.  Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan rujukan bangunan berbanding dengan rajanya.

Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) pada pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'. Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'.

Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.

Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam.

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:

Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.
Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.
Walaupun jelas Cleopatra adalah keturunan Yunani dan bukan Mesir, bapanya Ptolemy XII Auletes, tetapi ibunya masih tidak pasti. Barangkali adik tiri Ptolemy Cleopatra Selene.
Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.
Tidak jelas sama ada Khababash dari Dinasti Ketiga Puluh betul-betul seorang firaun, malah asal-usulnya juga adalah misteri.
Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

2. Ubai bin Khalaf
Ubai bin Khalaf merupakan musuh ketat Islam di kalangan musyrikin Mekah. Sebelum hijrah, Ubai bin Khalaf selalu berkata kepada Rasullullah s.a.w. "Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti." Nabi s.a.w sekali pernah menjawab dan memberitahunya, "Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."

Dalam peperangan Uhud, dia berkeliaran di medan pertempuran mencari Rasullullah s.a.w sambil berkata, "Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku." Lalu dia pun mara menghampiri Nabi s.a.w dengan niat untuk menyerang Baginda s.a.w. Para sahabat dari jauh lagi ingin menamatkan riwayat hidupnya tetapi Baginda s.a.w berkata, "Biarkan dia datang." Apabila dia telah hampir, Baginda s.a.w mengambil lembing daripada salah seorang sahabat lalu membaling ke arahnya. Lembing itu terkena pada pada lehernya dan terguris sedikit. Dia terhoyong-hayang lalu jatuh dari kudanya. Dia lari lintang-pukang sehingga sampai kepada tenteranya sambil berteriak, "Demi Tuhan, Muhammad telah membunuh aku." Orang kafir cuba menenagkannya sambil berkata, "Itu cuma melecir sahaja. Tidak usah dibimbangkan sangat." Namun dia berulang kali menjawab, "Muhammad telah memberitahu kepadaku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku. Demi Tuhan, jika dia meludahi aku pun nescaya aku mati."

Dikatakan bahawa jeritannya seperti seekor lembu jantan. Abu Sufian yang begitu bersemangat dalam peperangan itu telah mengejeknya, "Kamu begitu sekali menjerit hanya kerana luka yang sedikit," Kata Ubai, "Tahukah kamu pukulan siapakah ini? Ini adalah pukulan Muhammad. Demi Latta dan Uzza (nama dua berhala yang masyhur), kesakitan yang aku alami daripada luka ini begitu dasyat. Sekiranya kesakitan ini dibahagikan kepada seluruh penduduk Hijaz maka semuanya akan binasa. Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku tidak akan terlepas daripadanya. Setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pasti aku akan mati." Dia mati semasa dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah. Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi kita umat Islam. Seorang kafir yang sangat kuat kekufurannya dan permusuhannya terhadap Nabi s.a.w begitu yakin dengan ucapan Rasullullah s.a.w, sehingga sedikit pun tidak ragu-ragu terhadap kematiannya sendiri. Sungguhpun kita mengakui kebenaran Baginda s.a.w bahawa Baginda adalah seorang rasul, mengakui kebenaran sabdaannya, mendakwa mencitainya, namun banyak manakah nasihat Baginda s.a.w yang telah kita ikuti dan sejauh manakah kita takut terhadap azab-azab seperti yang telah diberitahu oleh Baginda? Ini adalah satu perkara yang perlu kita selidiki dalam diri kita masing-masing dan lantaran itu tiada sesiapa pun yang boleh memperkatakan sesuatu tentang diri orang lain.

3. Haman
Haman disebutkan di dalam Al-Qur'an sebanyak enam kali. Antaranya ialah di dalam surah Al-Qashas, ayat 38. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan berkata Firaun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman akan tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa..." Surah Al-Qashas; ayat 38).

Berdasarkan ayat ini, Haman adalah sekutu rapat Firaun yang berkemungkinan turut menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Mesir sebagai menteri dan penasihat raja.

Dalam ayat di atas juga, kita turut difahamkan bahawa Haman telah diarahkan oleh rajanya untuk membina sebuah menara yang akan digunakan untuk bertemu dengan Tuhan Nabi Musa.

Dengan kata lain, watak Haman ini yang diceritakan dalam Al-Qur'an sebenarnya wujud pada zaman Nabi Musa dan pemerintahan dinasti Firaun.

Nama Haman langsung tidak disebut di dalam kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa sendiri. Akan tetapi, nama tersebut ada dinyatakan di dalam bahagian terakhir kitab perjanjian lama, yang mana lelaki ini dinyatakan sebagai pembantu kepada seorang pembesar Babylon.

Haman di dalam kitab perjanjian lama ini dikisahkan hidup sekitar 1,100 tahun selepas kewafatan Nabi Musa.

Perihal nama Haman telah menjadi perdebatan yang hangat kepada golongan agamawan. Sebahagian penganut bukan Islam sekitar abad ke 15 telah menuduh fakta yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an tentang watak bernama Haman adalah sesuatu yang palsu.

Mereka menyatakan Nabi Muhammad telah menyalin kisah tersebut melalui kitab Injil dan tersilap memasukkan fakta mengenainya.

Namun, penemuan batu bersurat Rosetta pada penghujung kurun ke 18 telah mengesahkan segala-galanya.

Watak Haman, seperti yang dinyatakan Al-Qur'an ternyata mempunyai persamaan dengan apa yang tertulis pada manuskrip batu ini.

Batu "Rosetta"
Terbahagi kepada tiga bahagian dan pada setip bahagian tersebut, tertera tulisan aneh yang sukar untuk difahami.

Berdasarkan kepada penyelidikan yang dilakukan, para pengkaji percaya bahawa batu tersebut merupakan tinggalan sejarah dari tahun 196 Sebelum Masihi.

Nilai penting batu bersurat ini ialah, ia ditulis dalam tiga bentuk tulisan iaitu hiroglifik dan demotik (bentuk sederhana tulisan tangan Mesir Kuno dan bahasa Yunani kuno).

Pada tahun 1801, Perang Napoleon telah meletus di antara pihak British dan Perancis di Mesir. Kekalahan tentera Perancis telah menyebabkan pihak British telah mengambil batu bersurat itu dan dibawa ke London untuk dibuat kajian.

Pada tahun 1802, batu tersebut telah ditempatkan di Muzium British untuk tatapan umum.

Bermula dari itu, pelbagai pihak dari pelosok dunia telah menawarkan diri untuk membuat kajian mengenainya. Namun, terjemahan semula penulisan manuskrip kuno itu masih menemui jalan buntu kerana bukti artifak yang ditemui sangat minimun.

Selama beberapa dekad ia tersimpan di situ tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghuraikannya.

Sehinggalah pada tahun 1822, seorang pakar sejarah dan bahasa dari Perancis, Jean-Francois Champillion yang mempunyai kepakaran dalam budaya Yunani berjaya mengungkai satu persatu tulisan yang terdapat pada batu tersebut.

Ia terjemahan manuskrip itu adalah berkisar tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir Kuno yang selama ini terpendam.

Secara tidak langsung, terjemahan ini telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak-babak penting sejarah tamadun manusia zaman silam. Pendek kata, budaya dan sejarah tamadun Mesir Purba dapat difahami sedalam-dalamnya.

Isi kandungan batu bersurat tersebut antara lain turut memahat nama-nama penting dalam sejarah tamadun Mesir seperti Firaun, isteri serta anak-anaknya.

Dan, nama 'Haman' yang selama ini menjadi perdebatan turut terukir pada batu bersejarah ini.

4. Qarun
Qarun adalah sepupu kepada Nabi Musa a.s, anak dari Yashar adik kandung Imran ayah Musa. Baik Musa mahupun Qarun masih keturunan Yaqub, kerana kedua-dua merupakan cucu dari Quhas putera Lewi, Lewi bersaudara dengan Yusuf anak dari Yaqub, hanya berlainan ibu. Salasilah lengkapnya adalah Qarun bin Yashar bin Qahit/ Quhas bin Lewi bin Yaqub bin Ishaq bin Ibrahim.

Qarun (Bahasa Arab قارون ) adalah salah seorang sepupu Nabi Musa a.s, berasal dari Bani Israel. Qarun disebut dalam Al-Quran sebanyak empat kali, dua kali di surah Al-Qasas, satu kali di surah Al-'Ankabut dan satu kali di surah Al-Mu’min.

Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki ramai anak. Sehingga pada suatu kesempatan ia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, apa yang  dipintanya adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah.

Dikisahkan pula dalam Al-Quran dia juga sering mengambil harta dari Bani Israel yang lain dan dia memiliki ribuan gudang harta melimpah ruah, penuh berisikan emas dan perak. Kerana terlalu kaya, sehingga kunci-kunci harta bendanya  dipikul oleh beberapa orang yang berbadan besar, terlalu berat untuk dibawa oleh satu orang. Para jiran tetangga dan orang sekelilingnya ingin sekali memiliki apa yang dimiliki Qarun. Menurut kisah Islam, Qarun ingkar atas nikmat Allah yang diberikan kepadanya, yang pada akhirnya ia diberi azab oleh Allah, tertimbun beserta harta bendanya ke dalam tanah dalam waktu satu malam. Tempat Qarun ditenggelamkan bersama dengan harta dan pengikutnya telah menjadi danau yang dikenal sebagai Danau Qarun atau dalam bahasa Arab Bahirah Qarun. Yang tinggal hanya puing-puing istana Qarun yang teletak di daerah Al Fayyum, Mesir.

Kisah Qarun inilah yang menjadikan inspirasi lagenda harta-harta yang terpendam bawah tanah atau harta karun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)