PERKARA MESTI DISEGERAKAN.
Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-Buru Itu Termasuk Sifat Syaitan, Kecuali Pada (5)Lima Tempat".
Maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW iaitu:
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.
PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI.
"Ambil olehmu Lima perkara kemudian kamu amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu di dalamnya.
3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkanlah bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yangg kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya."
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA.
Dari Sufyan Sauri :
"Tiada berkumpul harta disisi seseorg pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara iaitu:
1) Panjang Angan-Angan.
2) Sentiasa Tamak.
3) Sangat Kedekut.
4) Berkurang Waraknya.
5) Lupa Kepada Akhirat.
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.
Cinta Kepada Allah.
.
Sunday, November 2, 2014
.
Rasulullah s.a.w bersabda :
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)