MERENUNGI MAKNANYA
Merenungkan al-Quran dan memahami maknanya dapat mengubati penyakit jiwa, memudahkannya dan menyembuhkan penyakit.
Ibnu Shalah r.a berkata, “ Membaca al-Quran merupakan kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan manusia. Dijelaskan dalam hadis bahawa
malaikat pun tidak diberi kemuliaan itu, sehingga mereka sangat senang mendengarnya dari manusia.”
Tidak hairanlah dan tidak aneh jika Allah menisbahkan ahlul al-Quran kepada diri-Nya.
Dijelaskan dalam sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;
“ Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa keluarga dari kalangan manusia.” Mereka bertanya, “ Siapa mereka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Mereka adalah ahlul quran, dan orang-orang khususnya.”
( Hadis riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim)
Dari Atha’ bin Yasar berkata;
“ Penghafal al-Quran adalah ilmuan-ilmuan ahli syurga.”
( Hadis riwayat ad-Darami )
Dari Abu umamah bahawasanya dia berkata;
“ Janganlah kalian terpedaya dengan mashaf-mashaf yang ditempei ini, kerana Allah tidak akan mengazab hsti yang sedar terhadap al-Quran.”
(Hadis riwayat ad-Darami)
Sebahagian para sahabat r.a berkata ;
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya,
Barang siapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya,
Barang siapa meninginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya,
Barang siapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya,
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Untuk memperoleh manfaat dari al-Quran seperti yang dikatakan ibnu Qayyim, haruslah dilakukan dengan mendekati pembawa pengaruh ini, iaitu al-Quran; tempat yang dapat menerima adalah hati yang hidup, syaratnya adalah mendengar, menghilangkan penghalangnya iaitu kesibukan hati dan godaan selain dari al-Quran.
Maksudnya ;
“Dari abu Hurairah bahawa nabi s.a.w bersabda; “ Tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah Allah membaca Kitabullah dan saling mengajarkannya di antara mereka kecuali diturunkan kepada mereka ketenanagn, dilimpahkan atas mereka rahmat, dikelilingi oleh malaikat dan disebut oleh Allah termasuk orang-orang yang ada di sisi-Nya.”
( Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad )
Maka dari itu, merujuk al-Quran bererti kita merujuk kepada tempat pendidikan Allah, kepada tali Allah yang kuat, kepada benteng yang kukuh, dan kepada ubat penyembuh.
Allah s.w.t berfirman ;
وَنُنَزِّلُ مِنَ القُرءانِ ما هُوَ شِفاءٌ وَرَحمَةٌ لِلمُؤمِنينَ ۙوَلا يَزيدُ الظّٰلِمينَ إِلّا خَسارًا ﴿٨٢﴾
Maksudnya; “ Dan Kami turunkan dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. “
( al-isra’ [17] ; 82 )
Kemudian firman Allah s.w.t ;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
( Yunus [10]:57 )
Dari Abdullah r.a yang berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda ;
“ Hendaklah kamu berubat dengan dua hal : madu dan al-Quran. “
( Hadis riwayat Ibnu Majah )
Dari Ali r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda ;
“ Sebaik-baik ubat adalah al-Quran.”
( Hadis riwayat Ibnu Majah )
Ibnu Khattab r.a berkata, “ Barangsiapa yang tidak berubat dengan al-Quran maka Allah tidak akan menyembuhkannya dan barang siapa tidak cukup dengan al-Quran , maka Allah tidak mencukupinya.”