.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 2, 2014

JIN DAN MANUSIA 2

Meminta bantuan Jin

Jin apabila mendapati ada manusia yang memohon perlindungan kepada mereka maka bertambahlah pada diri mereka rasa sombong dan keangkuhan mereka. Sebaliknya bagi manusia ia bertambah dosa dan kesalahan kerana keyakinan mereka terhadap kuasa jin dan bukannya kepada pertolongan Allah.

Firman Allah SWT  : 

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

"Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat" (Surah Jin : 6)

Al-Qurtubi menjelaskan di dalam tafsirnya, sesungguhnya orang yang pertama meminta izin daripada golongan ini ialah satu kaum daripaga orang-orang Yaman. Setelah itu puak-puak daripada Bani Hanifah, kemudian tersebar luas
di kalangan bangsa Arab. Apabila datangnya Islam mereka bertukar akidah kepada memohon perlindungan daripada golongan jin kepada memohon pertolongan kepada Allah SWT dan meninggalkan memohan perlindungan kepada golongan jin itu.

Ibnu Kathir membawa kata-kata As-Suddii dalam perkara ini bahawa di zaman dahulu seorang lelaki keluar dari rumah menuju ke suatu tempat sambil berkata: “Aku berlindung kepada tuan lembah ini daripada bangsa jin sama ada hartaku, anak-anakku atau binatang ternakanku”

Sebanarnya apabila jin melihat manusia mereka merasa takut dan bertempiaran lari. Sebaliknya apabila mereka melihat manusia juga takut maka mereka akan membuat sesuatu terhadap manusia. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa memohon perlindungan kepada jin ini adalah kufur sebagaimana yang dikatakan oleh Said bin Jubair: “Bertambah kufurnya manusia itu apabial melakukan permohonan perlindunagn seumpama ini”.

Waktu mereka bertebaran

Syaitan dan jin rajin bertebaran apabila malam semakin menjelang atau di waktu senja. Sabda Rasulullah SAW daripada Jibril as yang bermaksud : 
“Apabila malam telah hampir menjelang atau diwaktu senja, tahanlah anak-anak kamu (jangan izinkan mereka keluar). Kerana ketika itu syaitan bertebaran, setelah berlalu satu jam kemudian lepaskanlah mereka, tutuplah pintu, berzikirlah kepada Allah dan tutup semua bejana kamu, sebutlah nama Allah dalam semua keadaan umpamanya kamu terserempak dengannya dan padamkan lampu-lampu kamu semuanya”

Di sini jelaslah kepada kita bahawa mereka yakni jin dan syaitan akan mula bertebaran di waktu senja dan di waktu malam. Ibnu Jauzi mengatakan hikmat tersebarnya mereka di waktu malam kerana ketika itu kekuatan mereka lebih hebat daripada waktu siang (begitu juga apa sahaja yang berwarna hitam).

Itulah sebabnya anjing hitam itu adalah daripada golongan syaitan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Anjing hitam itu adalah syaitan”. (Dengan hal yang demikian anak-anak kita hendaklah disuruh supaya masuk ke dalam rumah apabila waktu sudah senja). 

Tidak tahu perkara ghaib

Allah SWT mewakilkan kepada malaikat untuk memastikan supaya mengazab jin apabila mereka mengingkari arahan dan perintah Nabi Allah Sulaiman a.s iaitu dengan membakar mereka.

Jin telah diperintahkan oleh  Nabi Allah Sulaiman a.s supaya membangunkan suatu bangunan, maka mereka semua melakukan siang dan malam tanpa hentinya, kerana terlalu takut. Sehinggalah Nabi Sulaiman wafat di hadapan mereka sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan mereka tidak mengetahui alam ghaib. Kalaulah mereka mengetahui tentang kewafatan Nabi Sulaiman a.s tentulah mereka akan berhenti daripada meneruskan pembinaan bangunan itu. Sedangkan bangunan yang diarahkan itu memang terlalu sukar untuk dibangunkan sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT didalam al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s wafat di hadapan mereka pun tidak dapat mereka kesan. Bagaimana pula untuk membolosi rahsia alam ghaib dan perkara-perkara yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Sebenarnya golongan jin ini sebelum turunnya al-Quran boleh mencuri berita dari langit tetapi setelah al-Quran diturunkan mereka tidak lagi dapat menaiki langit sebagimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan Sesungguhnya kami Telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, Maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang Kuat dan panah-panah api. Dan Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). tetapi sekarang[1524] barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka."

Ar-Razi di dalam kitab tafsirnya menghuraikan tentang kematian Nabi Sulaiman a.s  sedangkan jin bekerja di hadapan baginda dan tidak mereka sedari, dengan katanya jin memang mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Maka takdir kematian Nabi Sulaiman a.s adalah ilmu ghaib, manusia tidak diberi ilmu melainkan amat sedikit, banyak perkara yang nyata mereka tidak ketahui, dan jin pula tidak mengetahui yang zahir walaupun dinisbahkan oleh manusia perkara itu adalah tersembunyi. Maka nyatalah memang mereka tidak megetahui alam ghaib. Sekiranya mereka mengetahui alam ghaib itu tentulah mereka tidak akan meneruskan kerja yang amat berat, kerana menganggap Nabi Allah Sulaiman masih hidup. 

Begitu juga apabila mereka ditegah mengintai untuk mencuri berita dari langit mereka tidak tahu mengapa mereka ditegah berbuat demikian sehingga meeka bertanya sesama sendiri dan sekiranya mereka tahu alam ghaib tentulah mereka mengetahui mengenai kebangkitan Nabi SAW terlebih dahulu.

Jin memang boleh terbang kesana dan kemari dengan cepat dan segera, oleh itu mereka mampu mengetahui peristiwa yang telah berlaku di benua yang jauh atau peistiwa yang berlaku yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimana pun apa yang mereka sampaikan tidak semestinya betul kerana berita itu dibawa oleh satu jin yang boleh jadi lurus dan betul atau mungkin berdusta, kerana di kalangan mereka ada yang maksiat, kafir dan sebagainya.

As Syeikh Mohammad Al Ghazali mengatakan jin itu mempunyai kuasa melebihi kuasa atau kudrat manusia, mereka boleh menyeberangi udara dengan tenaga biasa sejak zaman dahulu kala lagi tetapi mereka tidak mengetahui alam ghaib. Adakalanya berita itu ghaib nisbah kepada kita tetapi tenyata zahir nisbah kepada meeka.

Contohnya sekarang kita dapat mengetahui apa yang belaku di negara lain sama ada melalui satelit televisyen sedangkan jarak kita dengan mereka amat jauh. Ini bukanlah bererti kita mengetahui alam ghaib, sekadar peristiwa yang jauh dari pandangan mata di alam nyata.

Untuk mengetahui pekara-perkara yang ghaib di masa akan datang sesuatu yang mustahil melainkan melalui wahyu. Dengan hal yang demikian, kalau seseorang yang bertanya kepada tukang tilik atau tukang tenung dan ia menjelaskan perkara-perkara yang akan datang maka itu adalah suatu perkhabaran yang jelas membawa kepada kebinasaan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan mengenai hukum bertanya kepada jin dan kepada konco-konconya termasuk tukang tilik dan sebagainya.

Kalaulah ditanya kerana hendak membenarkan apa yang mereka katakan maka hukumnya adalah haram sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Muawiyah bin Abi Sullami bermaksud:
"Ya Rasulullah, pekara-perkara yang kamai lakukan di zaman jahilliah ialah mendatangi tukang nujum. Sabda baginda, "kamu jangan mendatangi tukang nujum."

Begitu juga dalam hadis yang lain bermaksud :
"barangsiapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari."

Kalai disoal semata-mata untuk mengetahui hal dan segala tindak tanduknya dan untuk mengetahui pembohongannya maka adalah harus sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bertanya Ibnass Sayyad. Sabdanya : Apakah yang datang kepadamu?, katanya datang kepada saya yang benar dan dusta . sabdanya apa pandanganmu, jawabnya aku lihat istana di atas air, sesungguhnya aku sembunyikan dari segala keburukan. Sabdanya diingatkan – Jangan kamu ulangi, dan seperti engkau ada kuasa, dan dan ini adalah sebahagian saudara tukang tenung."

Kalau ia mendengar sesuatu yang diceritakan atau dikhabarkan oleh jin melalui tukang nujum atau tukang tilik maka dalam perkara ini ia perlu kepada bukti yang menyokong perkhabarannya itu sebagaimana fiman Allah SWT bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Kematian

Jin seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup berkahwin dan beranak cucu dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar mereka akan dihimpunkan dan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud : "Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apa pun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Aku berlindung kepada kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, tetapi jin dan manusia akan mati".

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa jin itu tetap mati. Yang timbul persoalan ialah apabila iblis memohon penangguhan kematiannya itu sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran bermaksud : 
"Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."

Di dalam ayat ini Allah membenarkan penangguhan sehingga hari kiamat. Ibnu Abbas r.a berkata sesungguhnya Allah s.w.t menangguhkan kematian iblis sehingga tiupan yang pertama, tetapi iblis meminta tangguh sehingga tiupan yang kedua tetapi permohonan itu ditolak. Iblis bercadang agar tidak merasai kematian, oleh itulah kalau ia ditangguhkan sehingga selepas kebangkitan bermakna ia tidak akan mati.

Abu Said al Khudri r.a meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular. Sabda Rasulullah s.a.w  :
"Sesungguhnya di Mainah ini ada jin yang telah Islam, kalau kamu melihat mereka, beri amaran selama tiga hari, kalau masih ada selepas itu bunuhlah kerana itu adalah syaitan."

Kalau boleh dibunuh maknanya, jin akhirnya akan mati. Kalau tidak apa gunanya dibunuh mereka itu. Mereka juga mati terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana firmanNya dalam surah Al Hijri ayat 18 yang bermaksud :
"Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang"

Walau bagaimanapun yang ditangguh ini hanyalah iblis yang bernama Azazil sedangkan anak cucunya akan mati menemui ajal masing-masing kerana di dalam al-Quran menyebut bukan semua jin ditangguh kematian mereka.
Ringkasnya , dapatlah dikatakan jin dan syaitan mati menemui ajal mereka masing-masing, tetapi Azazil yang hidup di syurga bersama Adam a.s dahulu ditangguhkan kematiannya berdasarkan permohonannya kepada Allah s.w.t dan dia akan mati pada saat akhir dunia ini iaitu setelah tiupan sangkakala yang pertama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)