.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 2, 2014

JIN DAN MANUSIA

Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 
Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.
 
Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi
jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.
 
Dan dengan kurniaan Allah SWT., umat manusia diajar cara-cara bagaimana untuk mempertahankan diri daripada golongan jin ini akan diterangkan kemudian cara-cara mendinding diri daripada gangguan mereka.
 
Sebagaimana Allah telah member kemudahan kepada Nabi Sulaiman a.s. begitu juga Nabi Muhamad SAW juga diberi kemudahan dalam beberapa perkara.
 
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“setiap kamu akan diwakilkan satu qarin (sahabat) daripada bangsa jin. Mereka (sahabat) bertanya apakah engkau pun ada ya Rasulullah, sabda baginda ya, aku pun ada, tetapi Allah membantu aku mengatasinya sehingga aku selamat (atau dia telah Islam) maka tidak menyuruh aku melainkan yang baik semata-mata. 
 
2. Abu-Darda’ r.a meriwayatkan bahawa pada suatu ketika baginda Rasulullah SAW berdiri di kalangan kami, baginda menyebut “aku berlindung kepada Allah daripada Kamu” kemudian sambungnya : aku laknat kamu dengan laknat Allah, tiga kali kemudian dibuka tangannya seolah-olah mengambil sesuatu setelah sembahyang, kami bertanya “Ya Rasulullah kami mendengar engkau berkata di dalam sembahyang tadi sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini dan engkau buka pula tanganmu.” Jawab baginda, “sesungguhnya musuh Allah iaitu Iblis datang membawa bara api untuk membakar mukaku, maka aku berkata, aku laknat mereka yang yang hendak menggangguku, demi Allah kalau aku tidak teringat doa saudara kita Sulaiman aku akan ikat mereka supaya anak-anak penduduk Madinah boleh bermain dengan mereka.”
 
Al-Qadhi Iyadh berkata maksudnya Nabi Muhammad SAW teringat firman Allah SWT mengenai doa Nabi Sulaiman, “Jangan ada selepas aku sama kekuasaan yang ada padanya,” bermakna Nabi Muhammad boleh juga menagkap jin itu dan menguasainyatetapi sebagai menghormati dan merendahkan dirinya maka tidak ditangkapnya jin itu.
 
Begitu juga Abu Hurairah r.a. meriwayatkan katanya, "sesungguhnya baginda Rasul bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah mebolehkan aku menguasainya. Maka sesungguhnya aku bercita-cita untuk mengikatnya ke kota masjid. Sehinggakan orang ramai boleh melihatnya, kemudiaan aku teringat kata-kata abangku Sulaiman, “ Ya Allah ya tuhanku ampunlah dosaku, berikanlah kepadaku kekuasaan tidak dapat pada orang lain selain aku.” Maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan.
 
Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan oleh Allah untuk memerintah jin dan syaitan itu. Ibnul-Jauzi berkata jin dimudahkan untuk Nabi Sulaiman tetapi Nabi Muhammad banyak dibantu oleh para malaikat.

Kemuliaan Manusia

Abu Bakar al-Jazairi barkata, “Sesungguhnya jin walaupun yang paling wara’ sekalipun mereka tetap juga diatasi oleh manusia dari segi kemuliannya, kerana Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa manausia merupakan makhluk yang paling mulia sebagaimana fiman Allah:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاًِ 

"dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan."
 
Kemulian yang seumpama ini tidak diperolehi oleh bangsa Jin, dari mana-mana pun baik dari al-Quran maupun kitab-kitab yang terdahulu ataupun daripada lidahnya Rasulullah SAW, begitu juga jin berasa berendah diri, (inferiority complex) di hadapan manusia oleh itu apabila makhluk manusia memohon perlindungan kepadanya mereka terasa hebat dan sombong, mereka sebenarnya makhluk yang terhina.

Berkhadamkan Jin

Selalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, bahkan ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia maupun di negara-negara Afrika dan sebagainya.Mereka menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti merosakkan orang, menyakiti mereka dan sebagainya.
Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuihi arahan dan perintah manusia? Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan, dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir sedia berkhidmat semata-mata supaya manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir. 
 
Ibn Taimiyah di dalam kitabnya “Majmuul fatawa” mengatakan: 
“Mana-mana orang yang boleh mengarahkan jin mematuhi perintah Allah dan Rasulnya, beribadat kepada Allah , dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah sesuatu kemulian yang dikurniakan Allah kepada wali-walinya dan juga untuk para khalifah Rasul dan penggantinya”.
 
Sekiranya jin itu digunakan untuk tujuan yang harus samalah dengan menyuruh manusia kepada perkara yang harus.Samalah juga kalau kita arahkan mereka kepada perkara yang wajib.Keadaan ini samalah seperti seorang raja yang memerintahkan rakyat melakukan perkara-perkara yang mesti dan yang harus. Sebagaimana juga para nabi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan kepada mereka, seperti Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusuf, Ibrahim, Musa, Isa, dan Nabi Muhammad SAW.
 
Tetapi kalau mereka disuruh untuk melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya, sama ada berbentuk syirik, membunuh orang yang tidak berdosa, menyiksa orang, sehingga merosakkan otaknya sampai mereka lupa, amalan ini adalah berdosa di sisi Allah SWT.
 
Samalah juga kalau menolong seseorang supaya kufur maka ia menjadi kafir dan kalau seseorang menolong menganjurkan maksiat maka ia juga dikira melakukan maksiat.
 
Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie.
 
Kesimpulannya :
i. Kalau boleh diperintah jin supaya ia mentaati Allah, mengerjakan ibadat dan sebagainya maka iaitu merupakan kurniaan Allah kepada seseorang.
 
ii. Menggunakan jin dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh Allah seperti menyuruh mereka bekerja dalam pembinaan dan sebagainya. Nabi Sulaiman selalu memerintahkan jin melakukan bermacam-macam urusan dan kerja, termasuk menyelam dalam laut dan mengangkat batu. Ini adalah suatu anugerah Allah kepada baginda dan juga kepada Nabi-nabi yang lain dan begitu juga wali-wali Allah.
 
iii. Menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti menyiksa dan membunuh manusia, menyebabkan manusia itu lupa diri, dan apa juga yang boleh menyusahkan orang maka hukumnya berdosa, maksiat, dan berdosa besar.
والله تعالى أعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)