Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
JALALAIN :
(Hai orang-orang yang beriman, jika kalian bertakwa kepada Allah) melalui berserah diri kepada-Nya dan cara-cara yang lain (nescaya Dia akan memberikan kepada kalian petunjuk) buat kalian sehingga kalian dapat membezakan perkara-perkara yang dapat membawa keselamatan dan perkara-perkara yang membahayakan diri kalian, sehingga kalian selamat dari perkara-perkara yang kalian takutkan (dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni kalian) dosa-dosa kalian. (Dan Allah mempunyai kurnia yang besar).
{يأيها الَّذِينَ
آمَنُوا إنْ تَتَّقُوا اللَّه} بِالْإِنَابَةِ وَغَيْرهَا {يَجْعَل لَكُمْ
فُرْقَانًا} بَيْنكُمْ وَبَيْن مَا تَخَافُونَ فَتَنْجُونَ {وَيُكَفِّر عَنْكُمْ
سَيِّئَاتكُمْ وَيَغْفِر لَكُمْ} ذُنُوبكُمْ {والله ذو الفضل العظيم
IBNU KATHIR :
Furqan ertinya kemampuan membezakan antara yang haq (benar) dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, dan yang halal dengan yang haram. Furqan dapat juga diertikan dengan pertolongan. Iaitu dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar. Allah memiliki pahala yang besar dan banyak bagi orang-orang yang bertakwa kepada-Nya dan mendahulukan keredhaan-Nya di atas hawa nafsunya.
قَالَ اِبْن عَبَّاس وَالسُّدِّيّ وَمُجَاهِد وَعِكْرِمَة وَالضَّحَّاك وَقَتَادَة وَمُقَاتِل بْن حَيَّان وَغَيْر وَاحِد " فُرْقَانًا " مَخْرَجًا زَادَ مُجَاهِد فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة وَفِي رِوَايَة عَنْ اِبْن عَبَّاس " فُرْقَانًا " نَجَاة وَفِي رِوَايَة عَنْهُ نَصْرًا وَقَالَ مُحَمَّد بْن إِسْحَاق " فُرْقَانًا " أَيْ فَصْلًا بَيْن الْحَقّ وَالْبَاطِل وَهَذَا التَّفْسِير مِنْ اِبْن إِسْحَاق أَعَمُّ مِمَّا تَقَدَّمَ وَهُوَ يَسْتَلْزِم ذَلِكَ كُلّه فَإِنَّ مَنْ اِتَّقَى اللَّه بِفِعْلِ أَوَامِره وَتَرْك زَوَاجِره وُفِّقَ لِمَعْرِفَةِ الْحَقّ مِنْ الْبَاطِل فَكَانَ ذَلِكَ سَبَبَ نَصْره وَنَجَاته وَمَخْرَجه مِنْ أُمُور الدُّنْيَا وَسَعَادَته يَوْم الْقِيَامَة وَتَكْفِير ذُنُوبه وَهُوَ مَحْوُهَا وَغَفْرُهَا سَتْرُهَا عَنْ النَّاس وَسَبَبًا لِنَيْلِ ثَوَاب اللَّه الْجَزِيل كَقَوْلِهِ تَعَالَى " يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اِتَّقُوا اللَّه وَآمَنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَته وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاَللَّه غَفُور رَحِيم "