Daripada
Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya ada satu surah
dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi
biyadihi al-Mulk.
(Riwayat
Imam Ahmad)
Daripada
Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya
di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba
didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata:
Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa
menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang
membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang
menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat
al-Tirmidzi)
Daripada
Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca
alif lam mim tanzil (surahA-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk
(surah al-Mulk).
(Riwayat
al-Tirmidzi)
Al-Laith
melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh kebajikan. Al-Tabarani
meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari
kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.
(Riwayat
al-Tabarani)
Hadith
di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih
panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:
Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?
Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi
al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak
di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat
dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di
sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan
pembacanya
daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku suka surahini berada dalam hati setiap orang dari kalangan
umatku.
Daripada
anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:”Sesungguhnya seorang lelaki
yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya daripada kitab
Allah kecuali “tabaarakal-Lazi”. Maka apabila di masukkan ke dalam lubang
kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan
malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu adalah kitab Allah dan saya
tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu
dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya
jika kamu hendak memberi manfaat kepada si mati, jadi pergilah menemui Allah
SWT. Dan mintaklah syafaat daripadaNya. maka dia (surah al Mulk) pun menemui
Allah. “Wahai Tuhanku, si fulan ini(si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan
da pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya
dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat
demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman: “Aku nampak kamu
marah.” Dia menjawab (surah) : “Sesungguhnya saya marah.” Allah SWT berfirman:
“Pergilah sesungguhnya Aku memberi Dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke
atasnya.”
Nabi
SAW bersabda: “Surah itu akan datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa
melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan
mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang
sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiada menghafal
dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan
membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati
tidak merasa kesunyian.”