.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, May 23, 2015

Terjemah Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari (3)

41: Waspada memilih sahabat:
Jangan menjadikan sahabat (teman hijrah) akan orang yang tidak membangkitkan semangat kepada Allah s.w.t dan perkataannya tidak memimpin ke jalan Allah s.w.t. Kemungkinan engkau keliru tetapi menganggapkan engkau benar lantaran persahabatan engkau dengan orang
yang lebih rendah halnya (keadaan Rohaninya) dari kamu.


42: Zahid dan Raghib:
Bukan sedikit (nilainya) amal yang keluar dari hati si zahid, dan tidak banyak (nilainya) amal yang keluar dari hati si Raghib.


43: Amal, ahwal dan makam:
Baiknya amal adalah hasil dari baiknya ahwal (hal-hal) dan baiknya ahwal adalah kerana penetapan makam yang dikurniakan Allah s.w.t.


44:  Peranan zikir:
Jangan meninggalkan zikir lantaran engkau belum selalu ingat kepada Allah s.w.t ketika berzikir, sebab kelalaian kamu terhadap Allah s.w.t Ketika tidak berzikir lebih bahaya daripada kelalaian kamu terhadap Allah s.w.t ketika kamu berzikir. Semoga Allah s.w.t menaikkan derajat kamu Daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat kepada Allah s.w.t, dan mudah-mudahan Allah s.w.t akan mengangkat kamu daripada zikir yang beserta kehadiran Allah s.w.t di dalam hati kamu kepada zikir di mana lenyapnya segala sesuatu selain Allah s.w.t. hal yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah s.w.t.


45: Tanda matinya hati:
Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah apabila tidak merasa sedih jika terlepas sesuatu amal kebaikan daripadanya dan tidak menyesal jika terjadi perbuatan yang tidak baik olehnya.



46: Dosa dan baik sangka:
Tidaklah besar sesuatu dosa melebihi sesuatu yang menujung kamu berbaik sangka kepada Allah s.w.t. barangsiapa mengenal Tuhannya nescaya melihat kecilnya dosa. Tidak ada dosa kecil jika Allah s.w.t menghadapi kamu dengan keadilan Nya dan tidak ada dosa besar jika Allah s.w.t menghadapi kamu dengan kurniaan Nya.



47: Amal yang bernilai pada sisi Allah s.w.t:
Tidak ada amal yang diharapkan diterima Allah s.w.t selain amal yang kamu tidak melihat kepada Nya dan memandangnya kecil atau remeh.


48: Wirid dan warid:
Sesungguhnya wirid mendatangkan kepada kamu warid supaya kamu mendekat dan masuk ke hadrat Allah s.w.t. Wirid mendatangkan kepada kamu warid supaya kamu terselamat dari kekuasaan debu-debu dunia dan supaya kamu merdeka dari perbudakan mata benda dan syahwat keduniaan. Wirid mendatangkan kepada kamu warid supaya kamu bebas dari penjara wujud kamu dan masuk kepada syuhud (penyaksian).



49: Nur, mata hati dan hati:
Nur-nur ilahi adalah kendaraan hati dan rahasia hati. Nur itu ialah tentera hati, sebagaimana kegelapan adalah tentera nafsu. Jika Allah s.w.t mau menolong hamba Nya maka dibantu dengan tentera anwar (nur-nur) dan dihentikan bekalan kegelapan. Nur itu baginya menerangi (membuka tutupan), mata hati itu baginya menghakimkan dan hati itu baginya menghadap atau membelakang.


50: Ketaatan adalah kurniaan Allah s.w.t:
Janganlah ketaatan kamu kepada Allah s.w.t menggembirakan kamu kerana Kamu melihat telah melaksanakannya, tetapi gembiralah kerana melihat ketaatan itu datang dari Allah s.w.t kepada kamu. Ucapkanlah: “dengan sebab kurnia Allah s.w.t kepada hamba Nya, maka dengan demikian itulah mereka patut bergembira, itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. Dilarang kepada orang yang masih berjalan menuju Allah s.w.t dan orang yang telah sampai kepada Nya dari melihat kepada amal perbuatan mereka dan ahwal yang mereka berada di dalamnya. Orang yang masih dalam perjalanan belum mencapai keteguhan benar bersama-sama Allah s.w.t Dalam amal dan ahwal. Ada pun orang yang telah sampai, telah dilenyapkan Allah s.w.t kesedarannya ke dalam penyaksian (melihat Nya), tidak lagi melihat kepada amal dan ahwal.


51: Tamak melahirkan kehinaan:
Tidaklah panjang dahan kehinaan melainkan yang tumbuh dari benih tamak. Tiada sesuatu yang dapat mengheret kamu sebagaimana faham (syak wasangka atau angan-angan). Kamu merdeka dari sesuatu yang kamu tidak mempunyai hajat kepadanya dan kamu adalah hamba bagi sesuatu yang kamu tamak kepadanya.



52 : Nikmat dan bala adalah jalan mendekati Allah s.w.t:
Siapa yang enggan menghadap Allah s.w.t dengan kehalusan kurniaan Nya akan diheret (untuk menghadap Nya) dengan rantaian ujian bala.


53: Syukur mengikat nikmat:
Barangsiapa tidak mensyukuri nikmat bermakna membuka jalan untuk kehilangan nikmat itu. Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia mengadakan pengikat bagi nikmat yang diperolehinya.



54: Kurniaan yang menjadi istidraj:
Takutlah kamu terhadap kurniaan Allah s.w.t yang selalu kamu perolehi sedangkan kamu melanggar perintah Nya, jangan sampai kurniaan itu semata-mata istidraj. (Firman Allah s.w.t dalam surah al-a'raf, ayat 182): kami Akan binasakan mereka perlahan-lahan dengan jalan yang mereka tidak sedar.


55: Murid yang terpedaya:
Sebagian dari kejahilan murid ialah : buruk adabnya tetapi balasan ke atasnya diperlambatkan lalu dia menyangka sekiranya adabnya adalah buruk tentu Allah s.w.t sudah memutuskan bantuan dan pasti dia akan dijauhkan. Ketahuilah! Adakalanya kurniaan telah diputuskan tetapi si murid tidak menyedarinya. Sekiranya tidak ada kurniaan baru itu pun merupakan putus bantuan. Ada kalanya dia sudah dijauhkan tetapi dia tidak menyedarinya, meskipun hanya dijauhkan dengan cara membiarkannya menurut sangkaannya.


56: Jangan meremehkan wirid yang lambat mendatangkan warid:
Jika engkau melihat seorang hamba yang ditetapkan Allah s.w.t dalam menjaga wiridnya di samping berterusan bantuan Allah s.w.t, maka jangan engkau meremehkan pemberian Allah s.w.t kepadanya sekalipun belum terlihat padanya tanda orang arif (ahli makrifat) dan seri cahaya orang yang cinta kepada Allah s.w.t (muhibbin), kerana sekiranya tidak ada warid tidak mungkin adanya wirid.


57: Kurniaan Allah s.w.t yang menetap pada hamba-Nya:
Sebahagian para hamba ditentukan oleh Allah s.w.t untuk berkhidmat kepadanya dan ada pula sebahagian yang diistimewakan Allah s.w.t dengan mencintainya. Kepada masing-masing itu diberikan bantuan dari kurniaan Tuhan dan kurniaan Tuhan itu tidak terbatas.


58: Warid terjadi secara tiba-tiba:
Tidak terjadi warid (kurniaan) yang langsung dari allah s.w.t kecuali secara mendadak supaya tidak didakwa oleh para hamba bahawa Dia menerimanya kerana ada persiapannya.


59: Tanda kejahilan ahli hakikat:
Jika kamu melihat seseorang (ahli hakikat) menjawab setiap pertanyaan dan menerangkan setiap penglihatan (mata hati) dan menceritakan setiap yang diketahuinya, maka ketahuilah bahawa yang demikian itu adalah tanda kejahilannya.


60: Akhirat tempat pembalasan bagi hamba-hamba yang mukmin:
Sesungguhnya dijadikan negeri akhirat sebagai tempat pembalasan bagi hamba-hamba Nya yang beriman kerana negeri ini (dunia) tidak cukup luas (bagi menampung) apa yang aAllah s.w.t hendak berikan kepada mereka. Bahawasanya digandakan segala kadar (pembalasan) mereka, jauh dari pembalasan terhadap mereka yang di dalam negeri yang tidak kekal ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)