.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, May 23, 2015

Terjemah Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari (1)



1: Perbuatan zahir dan suasana hati:
Sebahagian daripada tanda bersandar kepada amal (perbuatan zahir) adalah Berkurangan harapannya (suasana hati) tatkala berlaku padanya Kesalahan.

2: Ahli asbab dan ahli tajrid:
Keinginan kamu untuk bertajrid padahal Allah masih meletakkan kamu Dalam suasana asbab adalah syahwat yang samar, sebaliknya keinginan Kamu untuk
berasbab padahal Allah telah meletakkan kamu dalam Suasana tajrid bererti turun dari semangat dan tingkat yang tinggi.

3: Keteguhan Benteng takdir:
Kekuatan semangat (azam, cita-cita, ikhtiar) tidak berupaya memecahkan Benteng takdir.


4: Allah swt mengatur segala urusan:
Tenangkan hatimu dari urusan kehendak kerana apa yang diatur oleh selainmu tentang urusan dirimu, tidak perlu engkau campur tangan.


5: Matahati yang buta:
Kerajinan kamu untuk memperolehi apa yang telah terjamin untuk kamu di samping kelalaian kamu terhadap kewajiban yang diamanahkan menunjukkan buta mata hati.


6: Pengertian doa:
Janganlah kerana kelambatan masa pemberian Tuhan kepada kamu, padahal Kamu telah bersungguh-sungguh berdoa, membuat kamu berputus asa, sebab Allah menjamin untuk menerima semua doa, menurut apa yang dipilih Nya Untuk kamu, tidak menurut kehendak kamu, dan pada waktu yang ditentukannya, Tidak pada waktu yang kamu tentukan.

7: Pengertian janji Allah swt:
Jangan sampai meragukan kamu terhadap janji Allah kerana tidak terlaksana apa yang telah dijanjikan, meskipun telah tertentu (tiba) masanya, supaya keraguan itu tidak merosakkan mata hati kamu dan tidak memadamkan cahaya sir (rahasia atau batin) kamu.

8: Jalan memperolehi makrifat:
Apabila Tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat, maka jangan hiraukan tentang amalmu yang masih sedikit kerana Allah s.w.t tidak membuka jalan tadi melainkan dia berkehendak memperkenalkan diri Nya Kepada kamu.

9: Ahwal menentukan amal:
Berbagai-bagai jenis amal adalah kerana berbagai-bagai ahwal (hal-hal).

10: Ikhlas adalah roh ibadat:
Amalan zahir adalah kerangka sedangkan rohnya adalah ikhlas yang terdapat dengan tersembunyi dalam amalan itu.

11: Tiada kesempurnaan tanpa ikhlas:
Tanamkan wujud kamu dalam bumi yang tersembunyi  kerana yang tumbuh Dldari sesuatu yang tidak ditanam itu tidak sempurna hasilnya.


12: Uzlah adalah pintu tafakur:
Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati sebagaimana uzlah untuk masuk ke medan tafakur.


13: Hijab yang halang perjalanan:
Bagaimana hati akan dapat disinari sedangkan gambar-gambar alam maya melekat pada cerminnya, atau bagaimana mungkin berjalan kepada Allah Taala sedangkan dia masih dibelenggu oleh syahwatnya, atau bagaimana akan masuk ke hadrat Allah S.W.T sedangkan dia masih belum suci dari junub kelalaiannya, atau bagaimana mengharap untuk mengerti rahsia-rahsia yang halus sedangkan dia belum taubat dari dosanya (kelalaian, kekeliruan dan kesalahan).


14: Allah yang menzahirkan alam:
Alam sekaliannya adalah kegelapan dan yang menerangkannya adalah kerana padanya kelihatan yang haq (tanda-tanda Allah ). Barangsiapa melihat alam tetapi dia tidak melihat Allah  sama ada dalamnya, di sampingnya, sebelumnya , atau sesudahnya, maka dia benar-benar memerlukan wujudnya cahaya-cahaya itu dan tertutup baginya cahaya Makrifat oleh tebalnya awan benda-benda alam.


15: Allah dan makhluk:
Di antara bukti yang menunjukkan adanya keperkasaan Allah  yang Maha Luar biasa adalah yang dapat menghijab engkau daripada melihat kepada Nya dengan hijab yang tidak ada wujudnya di sisi Allah  Bagaimana disangka Allah s.w.t dapat dihijab oleh sesuatu padahal dia yang menzahirkan segala sesuatu. Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu padahal dia yang tampak zahir Pada segala sesuatu. Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu padahal dia yang terlihat Dalam tiap sesuatu. Sesuatu bagaimana akan dapat ditutup oleh sesuatu padahal dia yang Tampak pada tiap segala sesuatu. Bagaimana mungkin dihijab oleh padahal Dia yang ada zahir sebelum ada sesuatu. Bagaimana mungkin dihijab oleh sesuatu padahal dia yang lebih nyata dari Segala sesuatu. Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu padahal dia yang esa, tidak Ada di samping-nya sesuatu apa pun. Bagaimana akan dapat dihijab oleh sesuatu padahal dia yang lebih dekat Kepada kamu dari segala sesuatu. Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu, andainya tidak ada Allah s.w.t Niscaya tidak ada segala sesuatu. Alangkah ajaibnya bagaimana nampak wujud di dalam „adam (yang tidak Wujud), atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang rusak binasa itu di Samping zat yang bersifat kekal.


16: Sikap orang bodoh:
Tidak meninggalkan sedikit pun dari kebodohan bagi siapa yang berkehendak mengadakan pada sesuatu masa sesuatu yang lain daripada apa yang Dijadikan Allah s.w.t pada masa itu.


17: Menunda amal tanda kebodohan:
Menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik adalah tanda kebodohan.


18: Berpegang kepada makam:
Jangan meminta kepada Allah s.w.t supaya dipindahkan dari satu hal kepada hal yang lain, sebab jika Allah s.w.t mengkehendaki dipindahkan kamu tanpa merubah keadaan kamu yang lama.


19: Pembimbing Jalan Hakiki:
Tidak bercita-cita seorang salik untuk berhenti ketika terjadi kasyaf (terbuka perkara ghaib) melainkan suara hakiki berseru kepadanya: “ Apa yang kamu cari masih jauh di hadapan (oleh itu jangan kamu berhenti)!” Dan tidak terbuka baginya alam maya melainkan diperingatkan oleh hakikat alam itu: “sesungguhnya kami adalah ujian, kerana itu janganlah kamu Kufur!".


20: Permintaan dan kedudukan:
Permintaan daripada Nya menunjukkan kurang percayamu kepada Nya. Permintaan kepada Nya menunjukkan kamu tidak melihat Nya. Permintaan kepada lainnya menunjukkan sedikit malu terhada Nya. Permintaan dari lainnya menunjukkan jauhnya kamu daripada Nya.


21: Qadar yang lebih halus:
Tiada satu nafas terlepas daripada kamu melainkan di situ pula ada qadar yang berlaku di atas kamu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)