.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 25, 2015

Himpunan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w (3)


101 Sembahyang Hari Raya
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).


102 Allah mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.


103 Iktikaf pada puluhan terakhir Ramadhan
Aisyah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW beriktikaf pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah baginda wafat.


104 Banyakkan Amalan Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.


105 Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.


106 Menghidupkan 10 Malam Lailatul Qadar
Daripada  Aisyah RA katanya, “Kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir (malam yang kedua puluh satu hingga tiga puluh daripada bulan Ramadhan) baginda menghidupkan malam-malam tersebut , dan bersungguh dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya.”


107 Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.


108 Puasa Yang Berkat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.


109 Puasa Lidah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, Sesungguhnya aku berpuasa hari ini


110 Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.


111 Terlupa Ketika Puasa

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya : Apabila seseorang kamu lupa daripada berpuasa lalu ia makan atau minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya, sesungguhnya Allah berkehendak memberi makan kepadanya.


112 Berbuka Yang Diharuskan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha'kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.


113 Menjaga Tingkah laku di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.



114 Puasa Boleh Menghapuskan Dosa
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.


115 Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahl bin Sa’d RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.



116 Kelebihan Bersedekah di bulan puasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.


117 Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.


118 Mencari Malam Lailatul Qadar

Daripada Aishah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian.



119 Kewajipan Membayar Zakat di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Ayyub RA bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Beritahulah kepadaku akan sesuatu amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga lalu Baginda pun bersabda : Hendaklah engkau menyembah Allah dan jangan sekali-kali engkau menyekutukan dengan sesuatu yang lain, tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan eratkanlah hubungan persaudaraan di antara kamu semua (sesama Islam).



120 Sedekah di Bulan Ramadhan

Daripada Ibn Abbas RA katanya, bahawa Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril AS, Jibril datang berjumpa Baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin bertiup kencang.

121 Digalakkan Bersahur

Daripada Amru bin al-As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.



122 Kelebihan Mengerjakan Ibadat ketika Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat tarawikh dan ibadat-ibadat yang lain pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan untuk mendapat keredhaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang telah lepas.



123 Puasa Tanpa Berbuka
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Nabi saw. melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.


124 Banyak Cara Untuk Bersedekah
Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.


125 Puasa Menghindari Api Neraka
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.


126 Malaikat Pencatat Selawat
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."


127 Puasa Kanak-kanak Yang Mumayyiz
Daripada ‘Amru ibn Syu’aib RA daripada bapanya daripada datuknya bahawa (datuknya) berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka telah mencapai umur sepuluh tahun (sekiranya mereka degil tidak mengerjakan solat). 


128 Berpuasa kerana Allah

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa dengan niat kerana Allah sahaja, nescaya akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.



129 Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.



130 Adab minum air

Daripada Anas RA, “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum”. (Sekali meneguk sekali bernafas di luar bekas minuman).



131 Jauhi dari perkara-perkara syubhah

Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW telah terjumpa sebiji buah tamar di tengah jalan lalu Baginda bersabda, “Kalaulah aku tidak takut tamar ini termasuk harta-harta sedekah, nescaya aku memakannya”.



132 Setiap perbuatan adalah ibadat

Daripada Anas RA katanya : Nabi SAW telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda, “Ini manusia dan ini ajalnya. Ketika seorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang terpendek (mati)”.



133 Sentiasa memuji Allah

Daripada Anas RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah redha terhadap hambanya, yang setiap kali makan atau minum dia memuji Allah”.



134 Islam adalah Agama yang Mudah

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Permudahkanlah (semua urusan dan jangan menyusahkannya. Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu menyebabkan orang lain menjauhkan diri.”



135 Hindari Sifat Takbur

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. “Seorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian cantik dan kasutnya cantik. Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan, takbur (sombong) itu menolak kebenaran dan menghina manusia.”



136 Sifat Sedekah dan Pemaaf

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.


137 Sunat Menggunakan Anggota Kanan

Daripada Aishah RA katanya, “Bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara yang dibuatnya seperti ketika Baginda bersuci, menyikat rambut dan memakai seliparnya.”



138 Mengingati Mati

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah kamu semua memperbanyakkan mengingati sesuatu yang melenyapkan kelazatan dunia iaitu mati.”



139 Solat Jumaat

Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya.


140 Manusia yang Sebenar-benar Bijak

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

141 Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama Baginda turut menangis. Seterusnya Baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.


142 Hidup Suatu Ujian

Daripada  Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”


143 Dua Nikmat Kurniaan Allah

Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”


144 Balasan Kesabaran

Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”



145 Bertolak Ansur Dalam Hal Jual Beli

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Ada seorang lelaki (daripada umat sebelum Nabi SAW) suka memberi hutang kepada orang lain”, dan beliau berkata kepada anak lelakinya, “Jikalau datanglah kepada engkau orang yang di dalam kesusahan dan mempunyai tanggungan hutang, maka lupuskan sajalah hutang itu daripadanya, mudah-mudahan Allah akan melepaskan dosa-dosa kita, lalu orang itu meninggal dunia maka Allah mengampunkan segala dosanya”.



146 Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga.



147 Sunat Mendirikan Solat Dhuha


Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata : Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan).


148 Mendahulukan Pihak yang Kanan

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW diberi susu yang dicampur dengan air. Disebelah kanan Baginda duduk seorang arab Badwi, dan di kiri Baginda pula Saidina Abu Bakar RA. Baginda minum susu tersebut kemudian memberinya kepada orang Badwi (yang sebelah kanan) lalu bersabda “Dahulukan sebelah kanan dan seterusnya ke kanan.”



149 “Tangan yang Memberi Lebih Baik daripada Tangan yang Meminta”


Daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ketika berada di atas mimbar. Baginda menyebut mengenai sedekah dan menahan diri daripada meminta-minta. (Dengan sabdanya) “Tangan yang di sebelah atas lebih baik daripada tangan yang di sebelah bawah. Tangan di sebelah atas ialah yang memberi dan tangan yang di sebelah bawah ialah yang meminta.




150 Senyum itu Sedekah


Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, (tetapi) Baginda hanya tersenyum sahaja.”



151 Pergaulan yang Baik


Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah mereka yang paling baik pergaulan serta hubungan dengan isteri-isteri mereka.”



152 Pergaulan yang Baik


Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah mereka yang paling baik pergaulan serta hubungan dengan isteri-isteri mereka.”



153 “Bukan Kaya Harta Tetapi Kaya Jiwa”


Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW sabdanya, “Bukanlah kaya itu dengan sebab banyak harta benda, tetapi kaya itu ialah kaya jiwa”.




154 Jangan Mencela Makanan

Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.



155 Sunat Memberi Salam

Daripada Anas RA bahawasanya ia berjalan melintasi beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya, nabi SAW sentiasa berbuat demikian.


156 Harus Berwasiat

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkan) bermalam sehingga dua malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.

Lafaz ini menurut riwayat al-Bukhari manakala menurut Muslim (mengatakan), “Ia bermalam sehingga tiga malam Ibn Umar berkata, “Tidak berlalu atasku suatu malam pun semenjak aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang demikian itu melainkan wasiatku ada di sisiku.”


157 Islam Adalah Asas Kebaikan

Daripada Abdillah bin Amru bin al-‘As RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya berbahagialah mereka yang memeluk Islam, dan mendapat rezeki yang cukup serta Allah memberikannya pula perasaan cukup (bersyukur dengan apa yang diberikan kepadanya)”.


158 Hikmah Bersedekah

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanannya bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.


159 Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasulullah SAW.


160 Jauhilah Perbuatan Aniaya
Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”. 

161 Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam
Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya. 


162 Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”. 


163 Tingkat Darjat Di Sisi Allah berdasarkan Ujian Musibah
Daripada  Abu Hurairah RA katanya, “Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”


164 Amalan yang Baik
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW sabdanya: “Sekiranya aku memiliki emas sebesar Bukit Uhud nescaya aku suka bahawa tidak berlalu masa selama tiga malam, padahal masih ada lagi di sisi ku sesuatu daripadanya melainkan apa yang aku sediakan untuk membayar hutang”.


165 Antara Syurga Dan Neraka
Daripada Ibnu Masu’d RA katanya sabda Rasulullah SAW, “ Syurga adalah hampir kepada seseorang daripada tali kasutnya dan neraka pun seperti itu juga”.


166 Allah Maha Pengampun
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya jika tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan lenyapkan kamu semua, dan di gantikan dengan kaum yang melakukan dosa, lalu mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah mengampunkan mereka”.



167 “Ziarah Saudara”
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Bahawasanya seseorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah mengutuskan malaikat (untuk merestuinya) semasa di dalam perjalanannya. 
Abu Hurairah RA menyebut hadis ini sehingga kepada perkataan “Sesungguhnya Allah amat mengasihi engkau sebagaimana engkau mengasihinya kerana Allah”.



168 Jangan Terpedaya dengan Keindahan Dunia
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”.


169 Menutup Keaiban Orang lain
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.


170 Kezaliman Adalah Dosa Besar
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.



171 Hasad Dengki Adalah Haram
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”


172 Orang Paling Sempurna Imannya
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. 


173 Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”. 


174 Bersederhana Dalam KehidupanDaripada Aishah RA katanya, “Hamparan Rasulullah SAW diperbuat daripada kulit yang isinya urat-urat batang kurma”


175 Perbanyakkan Amalan Kebajikan Sebagai Bekalan di AkhiratDaripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda,”Ya Allah tidak ada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan akhirat”.


176 “Solat : Tiang Agama”Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang, yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.


177 Jauhkanlah Perbuatan SyirikDaripada Jabir RA katanya, seorang arab telah datang menemui Rasulullah SAW lalu bertanya, “Wahai Rasulullah SAW lalu bertanya, “Wahai Rasulullah apakah dua perkara yang mewajibkan?” (menjadi penyebab utama kepada syurga atau neraka). Jawab Baginda, “Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia akan masuk syurga dan sesiapa yang mati dengan keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia akan masuk neraka”


178 “Syurga : Harta Benda Yang Berharga”Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang takut bermalam di jalan hendaklah dia segera berjalan, sesiapa yang cepat berjalan akan cepat sampai ke rumah. Ketahuilah sesungguhnya harta benda itu mahal, ketahuilah sesungguhnya harta benda Allah itu ialah syurga”.


179 Cukuplah Allah Tempat Kita Menyerah
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW , “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah)”.

180 Keadaan Jenazah Ketika di Usung ke Kubur
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, “Cepatkan aku, Cepatkan aku. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, “Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku?” semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut)”.

181 Kelebihan Solat Subuh
Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.


182 Hendaklah Berfikiran Positif
Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, “Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”


183 Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku”.

Lafaz hadis ini daripada muslim.
Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.


184 Wahai lelaki, lindungilah wanita
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 


185 Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”


186 Tingginya Darjat Suami Disisi Isteri
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”. 


187 Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”. 


188 Bakhil Meskipun Kaya
Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain."


189 Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.


190 Ganjaran Memelihara Anak Gadis
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.


191 Kesaksian Malaikat
Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar. Kemudian Abu Hurairah berkata:Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat.


192 Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.


193 Azab Neraka
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”.


194 Ziarah Menziarahi
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah mengutuskan malaikat (untuk merestuinya) semasa di dalam perjalanannya.

Abu Hurairah RA menyebut hadis ini sehingga kepada perkataan “Sesungguhnya Allah amat mengasihi engkau sebagaimana engkau mengasihinya kerana Allah”.


195 Kemanisan Iman
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.


196 Hubungan Silaturrahim
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.


197 Kasih Sayang terhadap Ibu Bapa
Daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, kebaikan yang paling sempurna ialah apabila seorang itu menghubungkan kasih sayang kedua ibu bapanya.


198 Dosa Besar
Daripada Abdillah bin Amru bin al-Asr RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, membunuh manusia yang diharamkan pembunuhannya dan bersumpah palsu”.


199 Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Baik dan Dikasihi Allah
Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.”


200 Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam
Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)