.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, May 10, 2015

Mencintai Rasulullah s.a.w

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Maka daripada firman Allah tersebut menunjukkan kewajipan mencintai Rasulullah saw. Seorang muslim yang mukmin bukan saja dituntut mencintai Rasulullah saw seperti mencintai dan menyayangi kedua ibubapanya, anak-anaknya, isterinya atau hartanya. Tapi kecintaan kepada Rasulullah saw menuntut rasa kecintaan yang melebihi daripada itu semua. Di dalam hati tidak ada rasa cinta yang melebihi kecintaan kepada Rasulullah saw. Ini kerana Rasulullah saw lah manusia keluar daripada kegelapan, kejahilan, kebodohan  lalu mendapat kebahagiaan ilmu dan hidayah, selamat daripada kehidupan yang sempit dan azab Allah. Segala nikmat yang kita perolehi pada setiap waktu adalah merupakan berkat jasa baginda yang jauh lebih besar daripada nikmat-nikmat lainnya. Maka wajiblah bagi kita mencintai Baginda Rasulullah saw.

Para sahabat Rasulullah saw sangat dan amat memehami kecintaan kepada baginda sehingga para sahabat sangat bergantung kepada baginda saw dan terlalu mencinta baginda saw. Malahan para sahabat sanggup berkorban jiwa, keluarga dan harta demi kecintaan kepada hamba Allah yang mulia iaitu Muhammad bin Abdullah, Rasulullah saw yang membina akhlak dan keimanan.

Seorang sahabat Rasulullah saw, Shafwan bin Assal Al-Marudi r.a menceritakan:
"Kami sedang berjalan bersama Rasulullah saw. Ketika kami berada di tengah di sampaing baginda, tiba-tiba seorang Badwi memanggil baginda dengan suara yang cukup kuat dan keras. "Hai Muhammad! ". Sambil menoleh ke arah suara itu, baginda menjawab:  "Ada apa?". Lalu kami berkata kepada lelaki Badwi itu,:  "Celaka kamu!   Perlahankan suara kamu kerana kamu sedang berhadapan dan dekat dengan nabi. Dan kamu dilarang memanggilnya seperti itu." Lalu lelaki Badwi itu berkata: " Demi Allah, aku tidak mahu. Seseorang itu mencintai kaum sehingga ia bertemu dengan mereka! ." Mendengarkan perkataan itu, Rasulullah saw bersabda:  "Seseorang itu bersama orang yang ia cintai di hari kiamat nanti."
(Sahih At-Tarmizi)

Maka dari hadis di atas, menerangkan keutamaan mencintai Allah dan rasul Nya.

Anas r.a berkata:  "Selain islam, tidak ada yang lebih menggembirakan aku melebihi sabda Nabi saw: "Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai."
(Riwayat Muslim)

Imam Al-Qurthubi mengatakan:
"Anas dan para sahabat yang lain merasa lebih gembira mendengar sabda Rasulullah saw tersebut daripada semua amal kebajikan kerana sememangnya mereka tidak pernah mendengar ada amal kebajikan yang dapat membuat mereka dapat bersama Rasulullah saw, selain mencintai Allah dan rasul Nya. Sesungguhnya ia adalah suatu keberuntungan. Maka sebab itu Anas r.a memahami maksud sabda Rasulullah saw itu dan menggantungkan harapannya dengan penuh keyakinan. Ia mengatakan:  "Aku mencintai Allah, Rasulullah saw, Abu Bakar dan Umar r.a. Aku berharap dapat bersama mereka walaupun amalku tidak seperti amalan mereka."

Rasulullah saw pernah mendengar kata-kata Sayidina Umar Al-Khattab r.a:
"Wahai Rasulullah, aku mencintaimu lebih daripada segala sesuatu selain diriku sendiri."
Baginda saw bersabda:  "Demi Allah, tidak. Sebelum aku  kamu cintai daripada lebih daripada dirimu sendiri."
Lalu Umar berkata:  "Demi Allah, sekarang engkau ya Rasulullah lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
Dan Rasulullah saw bersabda:  " Sekarang, hai Umar."
(Riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa betapa wajib dan pentingnya mencinta Rasulullah saw melebihi dari segala yang ada termasuk diri sendiri. Maka bagi membuktikan kecintaan kepada Rasulullah saw, adalah dengan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah saw dan tidak mendahuluinya samada ucapan atau perbuatan serta menuruti apa yang diperintah dan diajarkannya.

Rasulullah saw bersabda:

لا يؤمنوا أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين.

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai lebih dari anaknya, ayahnya, dan seluruh manusia."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi:

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الايمان. أن يكون اللّه ورسوله أحب إليه ممّا سواهما. وأن يحبّ المرءُ لا يحبه إلا اللّه. وان يكره أن يعود فى الكفر كما يكره أن يُقذف فى النار.

"Ada tiga hal yang siapa dapat melakukannya maka ia akan merasai kemanisan iman. Yakni ia lebih mencintai Allah dan rasul Nya lebih daripada keduanya, ia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia tidak ingin kembali kepada kekufuran seperti ia tidak ingin dilemparkan ke neraka."
(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)