RAsulullah s.a.w bersabda:
"Semasa aku
Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah
memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga
Allah.
Aku lihat di dalamnya terdapat empat buah sungai yang
besar-besar dan
airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya
dari arak tetapi
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di
dalam al-Qur'an
: "Didalam Syurga itu ada sungai yang airnya tidak masin.
Ada sungai yang
airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya.
Ada sungai dari arak
yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu
pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari
manakah asalnya
sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah , aku hanya tahu ia
mengalir ke
dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang
Malaikat dengan
memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh
aku memejamkan
mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku
semula, aku berada
dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg
amat besar
diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala
pintu-pintunya dari
jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.
Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.
Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan
bertanya: "Tidakkah
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan
pintunya berkunci?
Dimanakah kuncinya"
Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"
Tanyaku : "Di mana?"
Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir
rahiim".
Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan
aku pun
masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza
wajalla,
sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang
besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi
kepadaku: "Apakah
engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?
Sesungguhnya masih ada
yg engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali
lagi dengan
baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya".
Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah
Bismillahir
rahmaanir rahiim di antara empat batang tiangnya.
Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai
tawar. Dari lubang
huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari lubang huruf min
perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang
huruf mim
perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.