.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, November 6, 2014

Hamba Yang Melahirkan Tuan


Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang):

Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat.
Lalu Nabi saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya.
Maka Nabi saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. (Muslim)



Di antara tanda hampirnya kiamat ialah bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama yang
berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa dan juga sebahagian ulama yang memberikan pandangan bahawa contoh ini adalah merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain-lain, tiba-tiba ia mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya tepaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah apat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)