.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, November 6, 2014

GHAIB

Firman Allah :

 قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّـهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ 

“ Tidak seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib , kecuali Allah “, mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. ( An-Naml : 65 )

Firman Allah lagi  di dalam surah Al-Jinn ayat 26 dan 27

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا
إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

( Dia adalah Tuhan ) Yang Mengetahui yang ghaib , maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang tentang yang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang iredhai-Nya … 


Perkara ghaib kepada dua jenis , iaitu :

Ghaib Hakiki
iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah. Tidak seorangpun dari kalangan makhluk-Nya yang mengetahui jenis ghaib ini walaupun Malaikat ataupun
para Rasul. 


Contoh : Bilakah kiamat akan terjadi.


Ghaib Idhafi 
iaitu beberapa perkara ghaib yang dapat diketahui oleh para Rasul kerana mereka diberitahu oleh Allah melalui wahyu. 


Contoh : Nabi s.a.w. dapat menyatakan beberapa tanda-tanda kiamat akan terjadi seperti : matahari akan terbit dari sebelah barat , pengembala miskin akan memiliki bangunan tinggi dan lain-lain.


Adanya ghaib idhafi ini diperkuatkan oleh firman Allah , antaranya :


وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ 


" Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib ". ( At-Takwir : 24 )


Oleh itu , adalah keliru kalau ada orang yang mendakwa kononnya Rasulullah s.a.w. tidak ada keupayaan untuk menyatakan perkara-perkara ghaib kerana baginda s.a.w. mempunyai keistimewaan yang tidak dimilki oleh manusia biasa walaupun bergelar bomoh atau dukun. Baginda s.a.w. mendapat wahyu dan ucapan baginda s.a.w adalah wahyu , bukan berdasarkan hawa nafsu. Allah S.W.T. menjelaskan di dalam Al-Quran :


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ


" Katakanlah : " Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu , yang diwahyukan kepadaku ……. ". ( Al-Kahf : 110 )



 وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

 إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

" Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya ".( Al-Najm  : 3-4 )



Dalil-Dalil :


Firman Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا


" Hai orang-orang yang beriman , taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu , maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya) , jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya ". ( An-Nisaa'  59 )


Rasulullah s.a.w. bukan hanya bertugas sebagai  penyampai sahaja terhadap risalah Allah kepada umatnya sebagaimana dakwaan golongan ingkar sunnah atau anti hadith , tetapi baginda s.a.w. juga pada masa yang sama bertugas sebagai juru penerangan dan pemberi menjelaskan terhadap keumuman atau apa yang tersirat di dalam Al-Quran. Tugas ini diperjelaskan sendiri oleh Allah S.W.T. di dalam firman-Nya :


 وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

" Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ". ( An-Nahl  44 )
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)