.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, November 6, 2014

KUBUR : AZAB DAN NIKMAT


Malaikat Jibril 'Alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk seorang lelaki. Baginda s.a.w. dapat melihatnya dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada disekeling baginda s.a.w. tidak dapat melihat dan mendengarnya.


Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.



DALIL-DALIL  :


Dalil-dalil dari Al-Quran :


وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ

" Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) di dalam tekanan-tekanan sakratulmaut , sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata) : " Keluarkanlah nyawamu ". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan , kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya ". ( Al-An’aam : 93 )


Ungkapan “ Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan “ mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam kubur sebab jika yang dimaksudkan azab di sini setelah hancurnya dunia (kiamat).


 فَوَقَاهُ اللَّـهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا ۖ وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ


 النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
" Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka , dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : " Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang amat keras ". ( Ghofir : 45 -46 )


Allah S.W.T. memperlihatkan azab kepada Firaun dan pengikutnya pagi dan petang kemudian akan menyiksa mereka dengan azab yang keras setelah kiamat. Ini bermakna azab sebelum kiamat
itu adalah azab kubur , bukan azab di akhirat (neraka) dan bukan pula di dunia kerana beberapa sebab :


Azab tersebut sebelum kiamat.

Di alam akhirat tidak ada pagi dan petang.
Azab tidak diperlihatkan (‘aradh) kepada Fir’aun di dunia.
Ayat ini untuk umum , tidak hanya khusus untuk Fir’aun dan pengikutnya saja. ( Kaedah Ilmu Tafsir )(25)



 مِّمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُم مِّن دُونِ اللَّـهِ أَنصَارً

" Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka , mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka , maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah ". ( Nuh  : 25 )


Ayat ini menyatakan azab yang ditimpakan ke atas oarng-orang dari umat Nabi Nuh a.s. Setelah mereka ditenggelamkan kerana kesalahan-kesalahan mereka  lalu Allah sambung dengan  “ lalu mereka dimasukkan ke neraka “. Maksud : mereka dimasukkan ke neraka di sini adalah azab kubur , bukan azab neraka setelah kiamat sebab kata sambung ( ‘ataf) yang digunakan di sini adalah huruf  . Menurut kaedah bahasa Arab , kegunaan kata sambung mengandung makna tertib yang dekat bukan berselang lama.


Atas dasar ketentuan itu maka maksud ayat : Umat Nuh yang durhaka itu dimasukkan ke dalam neraka langsung setelah mereka ditenggelamkan tanpa menunggu lama. Demikianlah menurut zahir ayat , bukan azab masuk api neraka setelah kiamat terjadi kerana azab tersebut masih lama setelah kejadian taufan Nabi Nuh a.s.

" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu masuk ke dalam kubur ". ( Al-Takaathuir / 102 : 1-2 )


Saidatina Aisyah r.a dan Saidina 'Ali r.a berkata : ” Kami masih meragukan akan adanya azab kubur sehingga turunlah ayat ini ”. ( HR Imam Tarmidzi )

" Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku , maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta ". ( Tahaa / 20 : 124 )


Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata : Dari Abi Hurairah dari Nabi s.a.w. “ maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit “ maksudnya adalah azab kubur. ( Sanad hadis ini jayyid yakni baik )





Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati bahawa hadis-hadis tersebut adalah sebagai perincian dan tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut , antaranya :

Daripada Ibn Abbas r.a. : " Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar , adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana suka mengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta satu pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering ".( HR Bukhari dan Muslim )

Daripada Zaid Bin Thabit r.a berkata : Ketika Rasulullah s.a.w. berada di kawasan Bani Najjar sambil menonggang baghlnya dan kami bersamanya , tiba-tiba baghlnya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Kiranya di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan , lalu baginda s.a.w. bertanya : Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kuburan ini ? Seorang lelaki menjawab : Saya. Baginda s.a.w. bertanya lagi : Bilakah mereka mati ? Lelaki tersebut menjawab : Mereka mati dalam syirik. Lalu baginda s.a.w. bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kuburtan ini) sedang disiksa di dalam kuburan mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya. ( HR Muslim )

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : " Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara : Daripada azab Jahannam , dan daripada azab kubur , dan daripada fitnah hidup dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR Muslim dan Semua Sunan )

Daripada 'Aisyah r.a. katanya : Seorang wanita tua daripada kalangan orang-tua orang-tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku , lalu dia berkata : Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka. 'Aisyah r.a. berkata : Aku merasa ragu untuk membenarkan (ucapannya) itu. Lalu dia (wanita-tua itu) keluar. Dan ketika itu Rasulullah s.a.w. masuk menemuiku ,maka akupun bertanya : Ya Rasulallah ! Sesungguhnya seorang wanita-tua daripada kalangan wanita-tua wanita-tua Yahudi Madinah masuk menemuiku dan dia mendakwa bahawa penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka ? Baginda s.a.w. bersabda : Benar dia , sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang. Aisyah r.a. berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. solat melainkan baginda s.a.w. memohon perlindungan daripada siksaan kubur. ( HR Bukhari dan Muslim )



SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR :


Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata : Sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian , iaitu :


(1) Global (mujmal) ; Mereka disiksa di dalam kuburan kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.


(2) Terperinci (mufassal) ; Rasulullah s.a.w. pernah dipelihatkan atau diperdengarkan azab kubur ketika baginda s.a.w. melalui dua kuburan , yang satu disiksa kerana suka mengadu domba (namimah) sedangkan yang satu lagi kerana tidak istinjak setelah kecil. ( HR Bukhari dan Muslim ). Rasulullah s.a.w. bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur : orang yang solat tanpa bersuci (taharah) , orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya , orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya , orang yang berzina , orang yang makan riba , orang yang malas solat Subuh , orang yang enggan mengeluarkan zakat , orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat , orang yang takabbur (sombong) ,orang yang riyak , orang suka mencaci orang lain apakah melalui ucapannya atau tindakannya. (HR Bukhari ).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)