.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 2, 2014

Lidah : Miraa dan Jidal


Beramal ibadah tanpa mempunyai akhlak yang baik adalah seperti api yang memakan kayu yang kering. Ertinya amal ibadah itu (kayu kering) akan hangus apabila dimakan api (akhlak buruk).

Untuk membentuk akhlak yang baik memerlukan mujahadah atau perjuangan yang bersungguh-sungguh. Apakah perjuangan yang diperlukan untuk membentuk akhlak supaya menjadi baik? Perjuangan itu ialah membersihkan
hati. Hati hanya dapat dibersihkan setelah 7anggota zahir dibersihkan dari maksiat-maksiat yang bersangkutan dengan anggota zahir tersebut. Membersihkan anggota dari maksiatnya adalah satu usaha yang panjang dan perlu bersungguh-sungguh. Ia dapat dilakukan dengan 3 cara berikut :-

1) Azam iaitu niat untuk membentuk akhlak menjadi baik.
2) Doa kepada ALLAH supaya diberi hidayah.
3) Usaha bersungguh-sungguh dengan belajar ilmu Tasauf atau akhlak dalam Islam.

Salah satu anggota zahir yang wajib dijaga dengan sungguh-sungguh ialah lidah. Lidah adalah anggota zahir yang paling banyak melakukan maksiat dan dosa. Maksiat lidah berkaitan dengan anggota zahir yang lain. Contohnya, apa yang dilihat oleh mata akan dikata oleh lidah, apa yang didengar oleh telinga akan dikata oleh lidah, apa yang hidu oleh hidung akan dikata oleh lidah dan begitulah seterusnya. Maka dengan itu tidak hairanlah jika anggota zahir yang lain mempunyai satu maksiat sahaja tetapi lidah pula menggandungi lapan maksiat.

Dari Hadith Nabi saw, yang bermaksud,

"Orang Islam yang afdal adalah orang Islam yang mana orang Islam yang lain terselamat dari kejahatan lidah dan tangannya."  

Tujuh maksiat lidah :-


  1. Berdusta

  2. Menyalahi janji

  3. Mengumpat

  4. Miraa dan jidal

  5. Mensucikan diri

  6. Mendoakan dengan kejahatan

  7. Melaknat

  8. Bergurau dengan mengejek

Miraa dan Jidal

Maksiat lidah yang keempat ialah miraa dan jidal. Apakah erti miraa dan jidal?

Erti Miraa
Membantah perkataan orang lain serta membenarkan perkataan sendiri.

Erti Jidal 
Membantah perkataan orang lain yang menyalahkannya dengan dalil pada hal dia berniat membenarkan perkataannya dengan menyalahkan perkataan orang lain sedangkan dia di pihak yang salah.

Secara ringkas, miraa dan jidal adalah perlakuan bantah-membantah dalam membenarkan pendapat dan pendirian masing-masing dalam hal ehwal agama. Perbuatan miraa dan jidal adalah berdosa dan haram hukumnya. ALLAH melarang miraa dan  jidal kerana ia akan menyebabkan maksiat hati seperti marah, benci dan dendam. Miraa dan jidal adalah tanda akhlak yang buruk. Bertegang urat dan bantah-membantah adalah tanda sifat takabbur dan sombong kerana ia berniat menunjukkan dirinya adalah yang benar.

Kata Imam Ghazali ra. yang bermaksud,

"Ilmu Fiqh banyak khilafiah. Orang yang baru belajar ilmu fiqh akan merasa perlu untuk menegakkan hukum terhadap orang lain. Jauhilah orang ini seperti kamu menjauhi binatang singa."

Inilah sikap orang yang suka bantah-membantah, suka menyalahkan pendirian orang lain dan menegakkan pendiriannya sendiri yang dianggap selalu betul dan yang benar. Maka jauhilah orang yang bersifat bantah-membantah kerana jika tidak kita juga akan terikut-ikut melakukannya juga.

Diam kerana ALLAH swt adalah lebih baik dari terus cuba menegakkan pendirian dan pendapat kita walaupun kita berada di dalam kebenaran.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud,

"Barangsiapa meninggalkan berbantah pada ketika ia benar, akan dibina baginya rumah pada atas syurga dan barangsiapa yang meninggalkan berbantah pada ketika ia salah nescaya akan diperbuat baginya pada keliling syurga." 

Ertinya wajib meninggalkan maksiat lidah miraa dan jidal samada kita di pihak yang benar atau di pihak yang salah seperti kata Hadith Nabi saw yang lain ini, yang bermaksud,

"Tidak sempurna iman seorang hamba sehingga ditinggalkan berbantah dan berkelahi walaupun dia benar."

Kesimpulannya, tinggalkan maksiat miraa dan jidal kerana ia dibenci ALLAH swt. Jangan bantah-membantah terhadap pendapat orang lain yang kita rasa adalah salah. Beri teguran dan nasihat dengan hikmah dan bijaksana. Jika tidak diterima maka biarkanlah. Berlapang dada dalam menghadapi pelbagaian pendapat (hal agama) adalah lebih baik dari terus bertegang urat dan berbantahan sesama sendiri. Ingatlah kepada Hadith Rasulullah saw yang bermaksud,

"Bahawa yang terlebih benci ALLAH swt akan seseorang itu ialah orang yang suka berbantah-bantah (miraa dan jidal)."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)