.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, October 5, 2014

WANITA DAN DAKWAH


Pelbagai persoalan berlaku kepada masyarakat Islam yang menuntut kaum wanita berperanan aktif dalam bidang dakwah terutama kepada kaum mereka sendiri.  Keperluan kepada pendakwah wanita menjadi semakin relevan atas kapasiti pendakwah wanitalah lebih memahami tabiat, kedudukan dan
permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita sendiri. Mereka akan lebih berupaya menembusi hati para mad’u (sasaran dakwah) melalui pendekatan yang bersesuaian dengan fitrah kaum wanita itu sendiri. 

Keistimewaan wanita berdakwah juga terserlah atas kapasiti mempunyai sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang lebih mampu difahami oleh wanita sendiri. Selain itu, sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita juga menuntut kepada kehadiran pendakwah wanita.

Pendakwah wanita bukan sahaja menjadi role model, malah sumbangan mereka dalam menjana kemajuan ummah dapat membantu mencorakkan pembangunan masyarakat Islam. Pengaruh dan peranan pendakwah wanita sejak dahulu lagi tidak dinafikan telah mempengaruhi perjalanan sejarah yang akhirnya mencorakkan keadaan sesebuah negara. Melalui dakwah, kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam serta bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun serta memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun Islam.

 Wanita berdakwah telah berlaku sejak masyarakat Islam terawal. Contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah ialah Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah yang telah menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Dalam medan berdakwahnya, beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam berdakwah  menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Semangat dakwah beliau tidak pernah luntur walaupun pernah diseksa dan dipenjarakan. 

Berdakwah adalah tanggungjawab  lelaki dan wanita. Firman  Allah s.w.t dalam  surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maaruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH