.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, October 11, 2014

HIKMAH IV

Perasaan khusyuk payah dirasakan, jika kita tidak miliki kesedaran, kepercayaan serta keyakinan bahawasanya di saat solat kita sedang berhadapan dengan Allah ( Ihsan ). jadi adalah lebih baik andainya dapat kita pratikkan kesedaran akan IHSAN itu dalam menjalani kehidupan yang sementara
ini dan mendapat kesedaran itu satu hal untuk memiliki rasa kesedaran itu yang lebih di utamakan...Allah sentiasa memerhati kita, dan Dia Maha dekat.

ALLAH TIDAK BERTEMPAT.. 
DAN ALLAH AMAT DEKAT DENGAN KITA.. 
LEBIH DEKAT DARI PERASAAN KITA DENGAN KITA.. 
DIALAH MENJAGA KITA MASA TIDUR.. 
MENJAGA KITA DI KALA SAKIT.. 
DIA MENGURUS KAN PARA MAKHLUK TANPA RASA MENGANTUK 
ALLAH.. ENGKAU MAHA HEBAT.. 
JADIKANLAH CINTA,SAYANG DAN KASIHKU HANYA PADA MU.. 
JADIKAN KAMI HAMBA SENTIASA MENGINGATI MU.. 
MENSYUKURI SEGALA PEMBERIAN MU.. 
DAN PERELOKKANLAH IBADAT KAMI.. 


Jika tergerak hati kita untuk melakukan kebaikan, Allah akan kurniakan satu pahala walaupun kita belum melakukannya.

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ku ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa
yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?


"Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

Ibn Al-Qayyim said with regards to what one should do to cure his weak emaan using the Quran,

"First you should remove your heart from the life of this world and settle it in the Next Life. Then, pay your full attention to pursuing the meanings of the Qur’aan, and try to comprehend and understand them and what they were sent down to accomplish. Then, offer these meanings to the sickness that your heart feels, and when they touch the disease, they will cure the heart, Allah willing."


Wasiat Rasulullah s.a.w kepada mukminah sebelum tidur...

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta... daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.


Jilbab adalah mahkota bagi setiap muslimah untuk menghindari dari segala tipu daya syaitan dan fitnah di mata lelaki. Anggunnya wanita yang menutup aurat seperti mutiara yang dijaga dan disimpan kemas didalam kerang. Mahalnya kecantikkan seorang muslimah itu mengalahi harga segudang emas sehingga kecantikkannya bukan u...ntuk tatapan ramai, tetapi hanya boleh dilihat oleh orang yang tertentu sahaja.

When a man got angry in front of the Prophet (Allah bless him and give him peace), he told his companions, “I know some words that would make his anger leave, if he said them. They are, ‘I seek refuge in Allah from Satan’.” [Bukhari]

Syeikh al-‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Seorang wanita jika masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak masuk syurga, maka jika wanita ini masuk syurga maka akan ada para lelaki dunia yang masuk syurga yang belum menikah, maka bagi para lelaki tersebut para isteri dari bidadari dan juga dari para wanita dunia –tentunya jika para lelaki tersebut berminat-” (Majmu’ Fatawa Syaikh al-‘Utsaimin 2/52)

“Iman membuat hati nampak putih bersih. Jika seorang hamba bertambah imannya, hatinya akan semakin putih. Jika kalian membelah hati orang beriman, kalian akan melihatnya putih bercahaya. Sedangkan kemunafikan membuat hati tampak hitam kelam. Jika seorang hamba bertambah kemunafikannya, hatinya pun akan semakin gelap. Jika kalian membelah hati orang munafik, maka kalian akan melihatnya hitam mencekam.”

Ibnu Taimiyah


Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah s.a.w bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”


Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tumpukan dosa sehingga membuatkan hati itu gelap dan lama kelamaan pun mati.” Demikian pula yang dikatakan oleh Mujahid, Qotadah, Ibnu Zaid dan selainnya.


Riwayat Anas Bin Malik menceritakan tentang Salamah, ibu susuan Ibrahim, putera Rasulullah SAW dan Mariah al-Qibtiah, dia bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki tetapi tidak untuk kaum wanita." 

Rasulullah SAW berkata, " Adakah rakan rakanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?" 

Jawabnya, "Benar, mereka menyuruhku." 

Lalu baginda berkata: 

Tidaklah seorang antara kamu merasa redha jika dia hamil daripada benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya itu. Wanita tersebut mendapat pahala sama dengan seorang berpuasa dan berdiri malam di jalan ALLAH dan apabila wanita itu menderita sakit sewaktu melahirkan, maka betapa kegembiraan yang dirasakan dengan lahir permata hatinya yang tidak diketahui penghuni langit dan bumi. 



Malik bin Dinar rahimahullah pernah mengatakan:

إِنَّ الْعَالِمَ إِذَا لَمْ يَعْمَلْ بِعِلْمِهِ زَلَّتْ مَوْعِظَتُهُ عَنِ الْقُلُوبِ كَمَا يَزِلُّ الْقَطْرُ عَنِ الصَّفَا

“Sesungguhnya seorang alim jika dia tidak mengamalkan ilmunya maka nasihat-nasihatnya tidak akan merasuk ke dalam hati-hati, sebagaimana tetesan air tergelincir dari batu yang keras.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH