.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, October 12, 2014

KEIMANAN DAN SYARAT


Erti iman ialah kepercayaan atau akidah yang letaknya di hati. Iman boleh berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Apakah fungsi iman?

Fungsi iman ada 3:-
1) Menolak maksiat - iaitu perkara-perkara dilarang ALLAH.
2) Menjadikan hati tidak meminati perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.
3) Menjadikan hati reda kepada apa yang ditakdirkan ALLAH.

Tanda iman yang berfungsi dengan baik ialah apabila kita membuat sesuatu kebaikan (amal ibadah, amal jariah, sedekah dan sebagainya), hati akan merasa senang dan suka. Dan apabila
telah melakukan sesuatu kejahatan hati menjadi tidak senang dan merasa amat kesal yang tersangat. Jika iman kita berfungsi dengan baik, ia akan menjauhkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Ada hadith Rasulullah saw yang mengatakan bahawa tidaklah mencuri seseorang itu melainkan ketika mencuri imannya diangkat dari hatinya. Dan tidak berzina seseorang itu kecuali ketika berzina imannya diangkat dari hatinya.

Orang yang mengaku beriman tetapi tetap melakukan maksiat dan dosa adalah kerana imannya tidak berfungsi dengan baik atau imannya telah rosak. Dengan itu iman itu gagal menghalangnya dari melakukan kejahatan serta tidak merasa kesal dan insaf.

Bagaimana untuk mendapatkan iman yang berfungsi dengan baik?

Iman boleh meningkat dan boleh pula menurun. Adalah amat mustahak untuk mengetahui bahawa iman itu mesti sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan. Caranya ialah dengan belajar ilmu memperbaiki iman. Iman hanya berfungsi dengan baik apabila segala syarat dan rukunnya diketahui dan dipenuhi dengan sempurna.

*Syarat iman ada 10
*Rukun iman ada 6

Syarat-syarat Iman
Iman yang kurang syaratnya ada kemungkinan tidak dapat berfungsi melindungi kita dari maksiat. Syarat-syarat iman ada 10.

1) KASIHKAN ALLAH 
Dengan merasa kasih kepada ALLAH kita akan secara semulajadi menjadi taat dan patuh akan segala perintahnya samada perintah suruh atau perintah larang. Walau bagaimana berat pun perintah ALLAH itu kita akan merasa senang hati melaksanakannya kerana telah cinta dan kasih kepada yang memerintahkan itu.

Bagaimanakah untuk dapat merasa kasih kepada ALLAH? Untuk merasa kasih kita mestilah terlebih dahulu mengenal yang empunya DIRI itu. Rasa cinta dan kasih tidak boleh tumbuh tanpa kita mengenali DIRI yang hendak dicintai dan dikasihi itu. Pepatah Melayu mengatakan "Tidak kenal maka tidak cinta". Begitulah juga dengan DIRI ALLAH. Kenal siapa ALLAH kemudian akan timbul rasa cinta, sayang dan kasih yang tidak berbelah lagi.

Bagaimana hendak mengenal ALLAH? Kenal ALLAH melalui ilmu tauhid. Ilmu Tauhid mengajar kita akan sifat ALLAH yang wajib, mustahil dan harus yang ada pada ALLAH. Kemudian pelajari dalil-dalil bagi sifat-sifat ALLAH supaya tauhid kita bertambah kuat dan kukuh dan menjamin kita daripada syirik. Semakin kenal kita kepada sifat-sifat ALLAH akan semakin kasih kita kepada yang Empunya alam itu.

2) KASIHKAN PARA MALAIKAT 
Apa yang hendak dikasih mestilah dikenal terlebih dahulu. Begitulah juga dengan para Malaikat ALLAH. Iktikad kita terhadap Malaikat ialah ia diciptakan daripada cahaya. Ia boleh menyerupai seorang manusia lelaki. Ia tiada mempunyai nafsu atau keinginan mahupun jantina. Ia taat dan patuh kepada perintah ALLAH swt 100%. Bilangan Malaikat yang dicipta ALLAH tidak terhitung banyaknya. (Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui). Di setiap lapisan langit bilangan Malaikat akan berganda. Di Baitul Makmur (bertentangan dengan Baitullah dilangit) 70 000 Malaikat akan memasukinya setiap hari dan tidak akan keluar lagi.

Malaikat yang wajib dikenali dan sebut namanya di dalam al-Quran ada 10.

Jibril - Pembawa wahyu kepada para Nabi.

Mikhail - Pembawa rezeki dan turunkan hujan.

Israfil - Peniup sangkakala ketika datangnya kiamat kubra.

Izrail - Pencabut nyawa manusia.

Raqib / Kiraman - Pencatit amal di bahu kanan manusia.

Atid / Katibin - Pencatit amal di bahu kiri manusia.

Munkar - Tukang soal dalam kubur.

Nakir - Tukang cabuk dalam kubur.

Malek - Penjaga Neraka.

Ridwan - Penjaga Syurga.



3) KASIHKAN KITAB 
Kitab yang diturunkan dari langit (dari ALLAH swt) ada 4 buah:-

Kitab Zabur - Diturunkan kepada Nabi Daud as. dalam bahasa Tibti dan untuk orang-orang Subha.

Kitab Taurat - Diturunkan kepada Nabi Musa as. dalam bahasa Ibrani dan dikhusukan untuk orang-orang Yahudi.

Kitab Injil - Diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Siryani dan diturunkan untuk orang-orang Nasrani.

Kitab al-Quran - Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab dan adalah untuk semua manusia yang wujud di atas muka bumi ini, tidak kira bangsa mahupun puak sehingga datangnya Hari Kiamat.

Kitab-kitab yang perlu diimani dan kasih ialah kitab yang asli yang turun kepada para Nabi pilihan ALLAH. Kecuali kitab al-Quran, ktiab Zabur, Taurat dan Injil yang ada sekarang bukanlah k itab yang perlu diimani oleh orang-orang beriman kerana kitab-kitab berkenan telah diubah oleh tangan-tangan manusia.

4) KASIHKAN PARA NABI ALLAH
Bilangan Nabi ALLAH adalah seramai 124 000 orang. Dari bilangan ini, 313 orang dari para Nabi ini diangkat menjadi Rasul. Maka semua Rasul itu adalah Nabi tetapi tidak semua Nabi itu menjadi Rasul. Kedua-dua Nabi dan Rasul menerima wahyu ALLAH. Nabi tidak diberi tanggungjawab menyampaikan (berdakwah) kepada umat. Tetapi Rasul wajib menyampaikan dakwah kepada umatnya.

Perkara-perkara yang perlu diketahui tentang para Nabi ALLAH:-
* Wajib kenal 25 orang Nabi yang namanya disebut di dalam kitab al-Quran.
* Ada 6 Nabi yang membawa syari'at (undang-undang).
* Ada 5 Nabi yang berpangkat ulul-azm (menerima ujian yang berat).
* Ada Nabi yang menerima kitab tetapi tidak membawa syari'at.
* Ada Nabi yang menerima kitab serta membawa syari'at.
* Ada Nabi yang membawa syari'at tetapi tidak diberi kitab.

5) KASIHKAN WALI ALLAH
Seorang yang diangkat darjatnya menjadi wali ALLAH tidak mengetahui bahawa dirinya adalah wali. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui siapakah waliNya. Salah satu perkara yang dirahsiakan ALLAH ialah siapakah walinya. Maka orang-orang beriman hendaklah selalu berbaik sangka sesama sendiri dan jangan bermusuhan kerana kemungkinan orang itu adalah wali ALLAH. Seorang wali ALLAH akan diberi satu ilmu yang dipanggil ilmu ladunni. Salah satu wali ALLAH yang terkenal ialah Syeik Abdul Kader Jailani.

6) BENCIKAN SETERU ALLAH
Seteru atau musuh ALLAH ialah mereka yang menentang Nabi Muhammad saw dan sekelian orang-orang beriman. Mereka yang mendustakan ayat-ayatNya adalah musuh ALLAH. Mereka yang mendurhakai segala perintahNya adalah musuh ALLAH. Maka orang-orang beriman wajblah membenci musuh-musuh ALLAH ini.

7) TAKUTKAN AZAB ALLAH 
Orang beriman akan merasa takut apabila tentang azab yang dijanjikan ALLAH kepada mereka yang engkar akan suruhanNya. Tanda iman berfungsi ialah hati merasa gentar apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang hebatnya azab ALLAH yang menanti di akhirat kelak bagi mereka yang mungkar ini. Orang beriman akan memohon perlindungan ALLAH setiap kali mendengar ayat-ayat al-Quran yang mengandungi ancaman azab ALLAH dengan menyebut, "a'uzubillah min zalik".

8) HARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH 
Innayah atau pertolongan ALLAH hanyalah untuk mereka yang sungguh-sungguh mengharap. Hati orang beriman akan sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam semua urusan hidupnya. Orang yang tidak mengharapkan pertolongan ALLAH dalam urusannya adalah orang yang sombong.

9) MEMBESARKAN SURUHAN ALLAH 
Membesarkan suruhan ALLAH ertinya mengutamakannya dari segala perkara yang lain. Jika suruhan itu bersaing atau bertentangan dengan suruhan dari yang selain ALLAH, maka utamakan atau dahulukan perintah ALLAH dari perintah yang lain. Tanda kesempurnaan iman ialah apabila kita tidak merasa takut melainkan kepada ALLAH semata-mata.

Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Hubungilah (dekati) ALLAH semasa kita senang nescaya ALLAH akan hubungi (tolong) kita semasa kita susah".

Untuk dekatkan diri kepada ALLAH ialah dengan sentiasa mengutamakan perintah dan suruhanNya dari segala perintah yang lain.

10) MENJAUHI LARANGAN ALLAH
Jangan dekati perkara-perkara yang akan menyebabkan maksiat. Contohnya: Tinggalkan orang-orang yang suka bercakap hal orang lain kerana ia boleh mendatangkan dosa mengumpat.

Untuk mendapatkan pertolongan ALLAH orang beriman akan sentiasa taat menjauhi segala perkara yang dilarang ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)