.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, October 18, 2014

BERCINTA DAN MENCINTAINYA

Di antara orang yang benar-benar mengasihi Nabi saw ialah orang yang lahir pada dirinya tanda-tanda berikut :- 


1. Mengikut agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab
kehidupan Rasulullah dalam segala keadaan, samada ketika susah atau pun senang, ketika gembira ataupun sedih. 

Allah Taala telah menegaskan di dalam firmanNya, Katakanlah (wahai Muhammad), " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu." 

Rasulullah saw bersabda, " Wahai anakku ! Yang demikian itu, adalah sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia telah mengasihiku dan sesiapa yang mengasihiku, maka dia akan bersamaku di dalam syurga." 

2. Di antara tandanya lagi ialah banyak menyebut dan mengingati Rasulullah saw kerana sesiapa yang mengasihi sesuatu, dia akan banyak menyebut dan mengingatinya. 

3. Orang yang mengasihi Nabi saw akan berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, kerana setiap kekasih sudah pasti berasa seronok dan gembira untuk bersua dengan kekasihnya. 

4. Selain daripada sering mengingati Baginda saw, orang yang mengasihi Baginda juga sering membesarkan zat dan suruhannya serta memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah, dia juga melahirkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama baginda saw. 

5. Mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi saw, iaitu nasab keturunannya dari kalangan ahli baitnya dan sahabat-sahabatnya, memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka, kerana sesiapa yang mengasihi seseorang, maka ia akan mengasihi orang yang dikasihi oleh kekasihnya. 

Sabda Rasulullah saw tentang kedua-dua orang cucunya : " Sesiapa yang mengasihi mereka berdua, maka ia telah mengasihi aku, dan sesiapa yang membenci mereka berdua, maka ia membenci aku, sesiapa yang membenciku, maka ia membenci Allah." 

6. Membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasulnya, memusuhi orang yang dimusuhinya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan yang melakukan perkara bid'ah di dalam agamanya serta memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya. 

7. Mengasihi al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah saw dan dengannya manusia mendapat petunjuk. Baginda saw pula mengikut petunjuk al-Quran dan berakhlak dengannya, sehingga Aisyah ra berkata yang bermaksud, " Akhlak Baginda saw adalah al-Quran." 

Tanda kasih terhadap al-Quran ialah dengan membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya. 

8. Tanda kasih terhadap nabi saw juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya, dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha untuk kebaikan mereka, dan menghapuskan kemudharatan daripada mereka sebagaimana Rasulullah saw yang begitu kasih dan sayang terhadap orang mukmin. 

9. Di antara tanda kesempurnaan kasih terhadap Nabi saw ialah ZUHUD (sedikit keinginan atau bersederhana) terhadap dunia dan mendahulukan kefaqiran daripada kekayaan dan bersifat dengannya. 
Seorang lelaki yang telah berkata kepadanya, "Demi Allah aku amat kasih terhadapmu" : 
Rasulullah saw telah menjawab kata-kata lelaki itu " Sekiranya engkau benar-benar mengasihiku, maka bersedialah untuk hidup sebagai orang faqir kerana kefaqiran lebih cepat datang kepada orang yang mengasihiku daripada air yang deras sampai ke penghujungnya." 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)