.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, July 1, 2015

Tazkiyatun Nufus : HASRAT JIWA  YANG TERCELA  : Abu Unaisah Syahrul Fatwa bin Lukman خفظه الله

Tazkiyatun Nufus di pertengahan Ramadhan

Sesungguhnya mendidik jiwa dan membersihkannya adalah perkara penting yang banyak dilalaikan oleh manusia. Hingga orang-orang baik yang telah menempuh jalan hidayah, jalan dakwah, dan kebaikan pun banyak melalaikannya kerana emosi dan hasrat jiwa terkadang mengalahkan ilmu yang telah dimiliki. Kalau sudah begitu maka perasaan, hasrat, dan keinginan yang jelek terkadang dituruti tanpa terasa. Tentunya hal ini tidak boleh terjadi bagi yang telah menimba ilmu dan juga bagi orang awam semuanya. Agar perasaan riya', ingin dipuji, dan kemahuan hasrat tercela lainnya tidak menjadi petaka bagi pelakunya.

Imam Ibnul Qayyim رحمه الله mengatakan, "Amalan-amalan hati adalah pokok dari semua perkara, sedangkan amalan anggota badan adalah sebagai pengikut, pelengkap, dan penyempurnanya. Niat dalam hati ibarat roh dalam jasad, sedangkan amal perbuatan ibarat jasadnya. Apabila roh berpisah dari jasad maka akan membawa kepada kematian. Demikian pula amal perbuatan jika tidak diiringi dengan niat maka amalannya sia-sia belaka. Oleh kerana itu, mengetahui hukum-hukum hati lebih utama daripada mengetahui hukum-hukum anggota badan, kerana hati adalah asasnya, sedangkan anggota badan adalah cabang darinya."

Forman الله:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (QS. al-Bayyinah [98]: 5)

Allah سبحانه و تعالى juga berfirman:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS. al-Mulk [67]: 2)

Imam Fudhail bin Iyadh رحمه الله tatkala mentafsirkan ayat Siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya beliau mengatakan, "Maksudnya ialah yang paling ikhlas dan paling benar." Kemudian ditanyakan kepadanya apa yang dimaksud paling ikhlas dan paling benar, beliau menjawab, "Sesungguhnya amalan apabila ikhlas tetapi tidak benar maka tidak diterima, demikian pula apabila benar tetapi tidak ikhlas maka tidak diterima pula, sampai amalan tersebut ikhlas dan benar. Orang yang ikhlas adalah yang beramal semata-mata karena Allah سبحانه و تعالى, sedangkan yang benar adalah orang yang mencontoh Nabi صلى الله عليه وسلم dalam beramal. Kemudian beliau membaca ayat (yang ertinya): Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Rabbnya."

Ketahuilah bahawa sebab orang  riya' itu intinya kembali pada tiga perkara:

Pertama: Senang kepada pujian dan sanjungan dari manusia.

Kedua: Lari dari celaan dan cemuhan.

Ketiga: Tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia berupa harta, kedudukan, dan lain-lain.

Ibnu Taimiyah رحمه الله mengatakan, "Sesungguhnya perkara ikhlas merupakan amalan hati yang paling penting dan termasuk dalam keimanan. Ikhlas sangat tinggi kedudukannya, bahkan amalan hati secara umum lebih penting dan lebih besar perkaranya daripada amalan anggota badan. Hendaknya seorang muslim tidak tertipu bahawasanya amalan ketaatan tanpa diiringi rasa ikhlas dan niat yang jujur kepada Allah tidak ada nilai dan pahalanya. Bahkan pelakunya berhak mendapat ancaman yang keras, sekalipun amalan ketaatan yang ia kerjakan amalan yang tinggi seperti sedekah dan jihad di jalan Allah dan selainnya."

1. Gila pujian dan sanjungan

 

Maka engkau akan melihat orang yang seperti ini merasa senang jika ada orang yang memujinya. Jiwanya akan melayang dan merasa tinggi dengan pujian. Relung hatinya selalu dipenuhi dengan keinginan untuk mendapat pujian manusia. Dirinya selalu berusaha mencari muka di hadapan manusia walaupun harus berkorban dengan harta.

Husain bin Ziyad رحمه الله berkata, "Syaitan tidak akan membiarkan manusia hingga dia mampu menipunya dari segala penjuru. Syaitan akan memujuknya agar mahu meninggalkan amalan yang ia kerjakan."

Orang semacam ini, jika tersanjung dengan pujian dan merasa nyaman, ibaratnya berada di sebuah tepi lautan yang akan membinasakannya. Maka tidak kita ragukan lagi bahawa perbuatan tersebut termasuk bentuk riya' yang dilarang.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata, "Apabila seorang hamba ikhlas semata-mata kerana Allah عزّوجلّ, Allah سبحانه و تعالى akan memilih, menghidupkan hati, dan menyelamatkannya, hingga dia berpaling dari hal-hal yang dapat merosak keikhlasan, berupa kejelekan dan perbuatan yang keji. Berbeda dengan hati yang tidak ikhlas kerana Allah عزّوجلّ, sesungguhnya ia sentiasa berkeinginan, berkehendak dan kecintaan yang mutlak. Senang dengan sesuatu yang menyenangkan hati, menekuni apa yang dicintai, bagaikan ranting yang tertiup angin maka ia akan condong ke arahnya. Kadang kala menariknya gambar-gambar yang diharamkan dan yang tidak diharamkan, ia bagaikan seorang budak dan tawanan, andai ada orang yang mengambilnya untuk dijadikan budak dan pembantu maka sungguh ia budak yang cacat, hina dan kurang. Kadang pula menariknya kepemimpinan, dan kedudukan, sebuah kalimah membuatnya redha dan benci. Orang yang memuji memperbudaknya sekalipun dengan kebatilan, ia memusuhi orang yang mencelanya sekalipun ia berada dalam kebenaran, kadang kala dinar dan dirham memperbudaknya pula atau perkara-perkara lain yang menjadikan hati bagaikan seorang budak, hati senang kepada-nya, maka ia pun menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah, mengikuti hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah عزّوجلّ.

2. Banyak menceritakan kebaikan amalannya

 

Orang semacam ini selalu berhasrat untuk menceritakan amalan yang telah ia kerjakan dari kepayahan, berat dan susahnya. Sekilas, orang seperti ini cinta agama dan amalan kebajikan, padahal yang terkandung dalam hati adalah keinginan menonjolkan amalannya di depan orang lain, berhasrat untuk mendapatkan hati manusia, kedudukan yang mulia, dan pujian yang banyak.

Imam al-Qurthubi رحمه الله mengatakan, "Hakikat riya' adalah mencari apa yang ada di dunia dengan ibadah dan asal niatnya adalah mencari kedudukan di dalam hati manusia.

3. Menyandarkan pekerjaan kelompok pada dirinya

 

Engkau akan melihat bahawa orang yang seperti ini hasrat dan keinginannya adalah menonjolkan diri di hadapan ketua, mudir, atau lainnya bahawa dirinya adalah orang yang telah melakukan pekerjaan semuanya, ingin dilihat bahawa dia adalah orang yang punya pendapat cemerlang hingga terwujud pekerjaan. Hasrat seperti ini kadang-kadang membawanya sampai pada perbuatan mengaku-ngaku telah mengerjakan sesuatu padahal kenyataannya tidak seperti itu. Sangat tepat gambaran al-Qur'an akan orang semacam ini dalam firman-Nya:

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَواْ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Janganlah sekali-kali kamu menyangka, bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari seksa, dan bagi mereka seksa yang pedih. (QS. Ali 'Imran [3]: 188)

4. Menampakkan sikap tawadhu'

 

Seperti dengan menampakkan badan yang kurus dan pucat, agar orang menyangkanya sebagai ahli ijtihad dan ibadah, orang yang selalu sedih memikirkan agama dan takut akhirat. Seperti ini pula orang yang pura-pura berbicara dengan suara yang serak, mata sayu, badan seolah-olah lemas agar menunjukkan kepada manusia bahawa dia orang yang banyak puasa dan ibadah.

Imam Ibnul Jauzi رحمه الله mengatakan, "Alangkah sedikitnya orang yang beramal ikhlas kerana Allah عزّوجلّ. Kerana kebanyakan manusia cinta untuk menampakkan ibadahnya. Ketahuilah, meninggalkan pandangan manusia dan menghilangkan hasrat mendapat hati dari manusia dengan amalan, dan membersihkan niat serta menutup keadaan dialah orang yang terangkat kedudukannya."

5. 'Ujub (bangga diri)

 

'Ujub termasuk kotoran yang dapat merosak amalan seorang hamba, menafikan keikhlasan dan membatalkannya, mendatangkan kerendahan di sisi Allah menjauhkan seseorang dari kebaikan, membutakan mata hati hingga lupa terhadap aib dan kekurangan sendiri.

Berkata Abdullah Ibnul Mubarak رحمه الله, "'Ujub adalah engkau merasa pada irimu ada sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang lain."

Berkata Imam Qarrafi رحمه الله, "'Ujub adalah engkau memperlihatkan ibadah dan membanggakannya di hadapan orang lain.”

Rasulullah saw bersabda tentang bahayanya 'ujub:

ثَلاَثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ، وَهُـوَى مُـتَّبَعٌ، وَإِعْجَابُ الْـمَرْءِ بِنَهْسِهِ

"Ada tiga perkara yang membinasakan: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan bangganya seorang hamba terhadap dirinya sendiri."

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله "Riya' termasuk syirik terhadap makhluk, sedangkan 'ujub termasuk syirik terhadap diri sendiri dan inilah keadaan orang yang sombong. Maka orang yang riya' tidak merealisasikan ayat Allah عزّوجلّ Hanya kepada-Mu aku beribadah, sedangkan orang yang 'ujub tidak merealisasikan ayat Allah سبحانه و تعالى Hanya kepada-Mu kami meminta tolong. Maka barangsiapa yang merealisasikan ayat Hanya kepada-Mu kami beribadah akan keluar dan selamat dari riya', dan orang yang merealisasikan ayat Hanya kepada-Mu kami meminta tolong akan keluar dan selamat dari 'ujub."

6. Menjelekkan orang lain agar dirinya terpuji

 

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله "Di antara sebahagian manusia ada yang  ghibah dalam bentuk yang indah dan beragam. Kadangkala kerana alasan agama dan kebaikan ia berkata: 'Saya tidak menyebutkan orang kecuali kebaikan, saya tidak suka ghibah dan dusta, hanya saja saya mengkhabarkan kepada kalian keadaan yang sebenarnya, demi Allah عزّوجلّ dia orang yang baik tetapi sayang dia begini dan begitu.' Tujuan dari hal ini tiada lain adalah beralasan demi kebaikan dan agama. Sebagian yang lain berbuat ghibah kerana hasad. Maka orang yang semacam ini telah mengumpulkan dua perkara yang sangat keji. Sebahagian yang lain lagi berbuat ghibah dalam bentuk kekaguman. Seperti dia berkata: 'Saya kagum dengan dia, tetapi bagaimana mungkin dia tidak melakukan ini dan itu.' Atau ia berkata: 'Saya hairan dengan dia, bagaimana bisa ia terjatuh dalam perkara semacam ini!' Melakukan ghibah dengan bentuk kehairanan dan kagum, inilah penyakit hati yang paling besar dan penipuan terhadap Allah سبحانه و تعالى serta para makhluk-Nya."

 

7. Merendahkan diri di hadapan manusia agar mendapat pujian

 

Adakalanya seseorang merendahkan diri dan mencela dirinya sendiri di hadapan orang banyak. Dengan begitu dia berharap agar manusia menilainya sebagai orang yang rendah diri sehingga terangkatlah darjatnya, yang kemudian mereka memujinya. Perkara semacam ini termasuk pintu-pintu riya' yang sangat halus.

Mutharrif bin Abdullah رحمه الله mengatakan, "Cukuplah seseorang dikatakan memuji dirinya dengan mencela dirinya sendiri pada khalayak ramai. Seolah-olah dia menghendaki kebaikan padahal di sisi Allah merupakan kejahilan."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)