.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, July 11, 2015

في فضل أم الكتاب

عن أبي سعيد رافع بن المعلى رضي الله عنه قال: كنت أصلي بالمسجد فدعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلم أجبه ثم أتيته، فقلت: يا رسول الله، كنت أصلي، فقال: «ألم يقل الله تعالى: (استجيبوا لله وللرسول إذا دعاكم لما يحييكم) ثم قال: ألا أعلمنك أعظم سورة في القرآن قبل أن تخرج من المسجد؟ فأخذ بيدي، فلما أردنا الخروج، قلت: يا رسول الله، إنك قلت لأعلمنك أعظم سورة في القرآن؟ قال: (الحمد لله رب العالمين)، هي السبع المثاني والقرآن العظيم الذي أوتيته».
وعن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «قال الله تعالى: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين، ولعبدي ما سأل». وفي رواية: «نصفها لي، ونصفها لعبدي فإذا قال العبد: (الحمد لله رب العالمين)، قال الله: حمدني عبدي، فإذا قال: (الرحمن الرحيم) قال الله تعالى: أثنى علي عبدي، فإذا قال: (مالك يوم الدين) قال: مجدني عبدي، فإذا قال: (إياك نعبد وإياك نستعين) قال: هذا بيني وبين عبدي، ولعبدي ما سأل، فإذا قال: (اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين) قال: هذا لعبدي ولعبدي ما سأل».




Dari Abu saîd bin Said bin al-Muallâ RA dia berkata: Ketika aku berada di dalam masjid, Rasulullah SAW memanggilku dan aku tidak menjawab. Kemudian aku mendatanginya dan aku berkata: Wahai Rasulullah aku tadi sedang solat. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Bukankan Allah SWT berfirman : Penuhilah panggilan Allah dan Rasul-Nya jika dia memanggil. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Aku akan memberitahukan sebuah
surat yang paling mulia di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar dari masjid aku berkata: Wahai Rasulullah Engkau telah berkata bahwa engkau akan memberi-tahukan kepadaku tentang surat yang paling mulia dalam al-Quran. Kemudian Rasulullah berkata: al-hamdulillah rabbil alamin. Ini adalah tujuh pujian dan mencakup seluruh kandungan isi al Qur`an yang telah diturunkan kepada-Ku. 
(Riwayat Bukhari, Abu Daud an-nasâI dan Ibnu Majah)



Dari Abu Hurairah RA dia berkata:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman: aku membahagi solat menjadi dua bahagian satu bahagian untuk-Ku dan satu bahagian untuk hamba-Ku. Dan hamba-Ku boleh meminta apa yang diinginkan) dalam riwayat lain: Setengah dari bahagian solat itu adalah untuk-Ku dan setengah bahagian lagi adalah untuk hamba-Ku. Jika seorang hamba membaca: alhamdulillahi rabbil âlamin , maka Allah berkata: hamba-Ku memuji-Ku. Dan jika dia membaca: ar rahmânirrahîm, maka Allah berkata: Hambaku menyanjungku. Jika dia berkata: Iyyaka na`budu wa Iyyaka nastaîn. Allah berkata: bahagian ini hanya untuk-Ku dan hamba-Ku, dan hamba-ku boleh meminta apa saja yang dia inginkan. Dan jika dia membaca Ihdîna shirâth al mustaqîm. Shirât alladzîna anamta alaihim, ghair al maghdhû bi alaihim wa ladhdhâllin, Alah berkata: bahagian Ini hanya untuk hamba-Ku, dan dia boleh meminta apa saja yang dia inginkan. (HR. Muslim)    


Diriwayatkan dari Sayyidina Ali R.A :
 '',,Barang siapa membaca hizib Al-Fatihah dengan mudawwamah/istiqomah setiap hari satu kali, maka ia akan sampai kepada semua keinginan-keinginan dunia serta akhirat dengan mudah dan Allah akan menundukkan baginya semua hati manusia dan Allah akan mengangkat dari dirinya semua bala baik dunia mahupun akhirat.''

 Diriwayatkan pula oleh Imam Bukhari:
“Barang siapa yang mendawamkan hizib Al-Fatihah maka orang tersebut tidak akan membutuhkan orang lain di dalam keperluan-keperluan dunia  dan Allah akan membukakan baginya pintu- pintu alam ghaib. Dan barang siapa yang mempunyai suatu hajat yang sangat penting maka bacalah Hizib Al-fatihah ."


Diriwayatkan oleh Syeikh Al- Akbar “ Barang siapa yang membaca Hizib Al-Fatihah tiap hari tujuh kali maka dia akan menyaksikan suatu Alam Ghaib yang tersembunyi dari makhluk Allah dan dia akan menyaksikan Alam Ruhany, Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam sulfa ( bawah tanah) dan dia akan sampai ke alam Baqa’ dengan sampai secara sempurna serta dia akan mendapatkan kebahagiaan dengan kebahagiaan maksud-maksud di dunia dan akhirat''. 


Syeikh Muhammad As-Sanusi Al-Magribi yang terkenal di gunung Jabal Abi Qubais Mekkah Al-Mukarramah di dalam setiap 1 ayat dari 7 ayat surat Al-Fatihah meletakkan di dalam tiap ayatnya hari- hari yang 7 disertai malaikat-malaikat yang menguasai hari-harinya dari golongan Langit dan bumi di sertai dgn Asma’-asma’nya dan huruf-hurufnya. Murid Syeikh Muhammad As-Sanusi , Syeikh Al-Waro’ Hamid Al-Majidani'' Mengamalkan Hizib Al-Fatihah ini tanpa Ijazah dari gurunya, maka ia bermimpi bertemu Sayyidina Ali R.A di dalam mimpinya dia mencium tangan sayyidina Ali R.A, lalu ia menceritakan mimpinya kepada gurunya, Syeikh Muhammad As sanusi berkata, engkau telah di ijazah langsung oleh malaikat ruhani yang ada dalam hizib Al-Fatihah.

Jumlah ruku'  : 1 ruku
Jumlah ayat  :    7 ayat
Jumlah perkataaab  : 25 kata
Jumlah huruf  :   113 huruf

Mushaf Surah al-Fatihah

Surah Al-Fatihah  adalah surah pertama dalam al-Qur'an. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur'an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur'an (أمّ القرءان) atau Ummul Kitab (أمّ الكتاب) kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (السبع المثاني) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

TAUHID

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, di mana dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, kerana Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Di antara nikmat itu ialah : 
nikmat menciptakan
nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rabb (ربّ) dalam kalimat Rabbul-'aalamiin (ربّ العالمين) tidak hanya bererti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiyah (التربية) eaitu mendidik dan menumbuhkan.

Ini menunjukkan bahawa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat.

Oleh itu keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang poko (utama), maka di dalam surat Al-Fatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu: '"Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"' (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِين; hanya kepada Engkau-lah kami menyembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada seksaan-Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

HUKUM

Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" di sini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, samada mengenai kepercayaan mahupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

KISAH

Kisah para nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al -Quran memuat kisah-kisah para nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para nabi, para shiddieqin (صدّيقين; orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (شهداء; orang-orang yang mati syahid), sholihin (صالحين; orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Nama Lain

 Fatihatul Kitab (Pembukaan Kitab), Ummul Kitab (Induk Kitab), Ummul Qur'an (Induk Al-Qur'an), As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang). Selain keempat sebutan tersebut, banyak ulama tafsir yang menyebutnya dengan: Ash-Shalah (الصلاة, Salat), al-Hamd (الحمد, Pujian), Al-Wafiyah (الوافية, Yang Sempurna), al-Kanz (الكنز, Simpanan Yang Tebal), asy-Syafiyah (Yang Menyembuhkan), Asy-Syifa (Arab: الشفاء, Obat), al-Kafiyah (Arab: الكافية, Yang Mencukupi), al-Asas (Pokok), al-Ruqyah (Mantra), asy-Syukru (Syukur), ad-Du'au (Do'a), dan al-Waqiyah (Yang Melindungi dari Kesesatan).

Muat Turun      القراءات العشر    الفاتحة
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)