.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, January 11, 2015

Kata Ibn Taimiyyah

Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (nama penuh Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī. Seorang sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di HarranTurki Bermazhab Hanbali

Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan (التبيان لبديعة البيان) menulis beliau adalah dari keturunan puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat
Majd ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 1255), adalah seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapa Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun 1284) juga dikenali dengan pencapaiannya ilmunya yang membanggakan.


Apabila tentera Mongol menceroboh, keluarga Ibnu Taimiyah berpindah ke Damsyik pada tahun 1258 yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik, bapanya menyampaikan kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak bapanya dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu hadith dari Zaynab binti Makki.
Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains pada zaman itu. Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastera Arab dan berjaya menguasai nahu dan tatabahasa Arab serta matematik dan kaligrafi. Beliau mempelajari fiqah dari bapanya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadith. Beliau juga belajar mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudiannya dikritik hebat oleh beliau.

Keberanian beliau terserlah ketika beliau bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang Khan Tartar, untuk memintanya menghentikan serangan ke atas orang Islam. Tiada seorang pun ulama yang berani berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu menceroboh kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu, Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka. Kamu pula berjanji tetapi ingkar.

Mengetuai barisan pertahanan ketika pencerobohan Mongol ke atas Damsyik pada tahun 1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah berhadapan dengan polemik terhadap 
(1) Syiah Kasrawan di Lebanon, 
(2) aliran Sufi Rifa'i, dan 
(3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran Ibnu Arabi, yang beliau anggap menyesatkan.
Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjaran di Mesir selama 18 bulan kerana dituduh menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan). Beliau dipenjarakan kembali pada tahun 1308 untuk beberapa bulan.
Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya. Seorang muridnya yang terkenal adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Ogos 1320 sehingga Februari 1321, Ibnu Taimiyah dipenjarakan di Damsyik kerana menyokong doktrin tentang talak (talak tiga boleh dilakukan dengan satu talak).
Pada bulan Julai 1326, kerajaan Mesir sekali lagi mengarahkan beliau dipenjarakan kerana beliau terus mengutuk tradisi melawat kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam kurungan di Damsyik pada malam Isnin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di Damsyik berdekatan dengan kubur ibunya.


Sedikit dari katanya :


1. Kewajipan ulil amri (pemimpin) adalah memerintahkan solat wajib kepada semua orang yang perlu diperintah, dan orang yang meninggalkannya dihukum menurut ijma' kaum muslimin. Jika yang meninggalkan solat adalah sekelompok orang yang enggan melakukannya, mereka harus diperangi kerana meninggalkannya menurut ijma' kaum muslimin. Demikian juga mereka harus diperangi ketika enggan membayar zakat, berpuasa dan selainnya. Demikian juga kerana menghalalkan sesuatu yang jelas haram dan disepakati keharamannya, seperti menikahi mahram, membuat kerosakan di muka bumi dan semacamnya. Setiap kelompok yang enggan berpegang teguh kepada syariat Islam yang jelas dan mutawatir wajib diperangi sehingga agama seutuhnya hanya demi Allah. Demikian kesepakatan para ulama'.

[Majmu al-Fatawa, 28/308]



2. Di dalam sujud tilawah tidak disyariatkan takbiratul ihram, dan tidak pula takbir ketika bangkit. Dan ini adalah sunnah yang terkenal dari Nabi SAW. Dan para salaf umumnya mengamalkan sunnah ini. Atas dasar ini dapat disimpulkan bahawa sujud tilawah bukan solat, sehingga tidak disyaratkan apa-apa yang menjadi syarat solat ketika melakukannya.



3. "Para ulama' yang pakar di kalangan ahli hadis dan fiqh dan selainnya telah berkata: 'Dibenarkan dan juga digalakkan di dalam beramal (al-'amal) kepada amalan baik dan sikap yang baik (al-fadhail), menggalakkan kepada kebaikan dan menakutkan daripada kejahatan (al-targhib wa al-tarhib), disandarkan (walaupun) kepada hadis lemah (bi al-hadith al-da'if) selagi ia bukanlah hadis palsu (maudhu').
( Kitab Al-Azkar )


4. "Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah Taala tidak memerintahkan hamba-hambaNya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrad (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrid (cuai terhadap agama). Justera Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya dari sesiapapun selainNya maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada banyak ajaran syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama sepertimana melurunya anak panah daripada busarnya." [Majmu al-Fatawa]




5. Di dalam kitabnya As-Siyasah Asy-Syar'iyyah fi Islah Ar-Ra'iy wa Ar-Ra'iyyah adalah al-Quwwah dan al-Amanah. Beliau menyebut: "Hendaklah dipastikan orang yang terbaik baik bagi setiap jawatan kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dia rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan:


Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah."
(surah al-Qasas 28:26)



Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s:


Maksudnya: "Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai."
(surah Yusuf 12:54)



Firman Allah SWT dalam menyifatkan Jibril:


Maksudnya: "Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai Arasy, yang ditaati lagi dipercayai."
(surah at-Takwir 81:19-21)



Kata Ibn Taimiyyah lagi: "Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. Al-Quwwah dalam memgetuai peperangan merujuk kepada keberanian hari, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam pelbagai jenis peperangan. Al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu tentang keadilan seperti yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan as-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Manakala amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah SWT, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia."




ثم سبب قضاء حاجة بعض هؤلاء الداعين الأدعية المحرمة أن الرجل منهم قد يكون مضطرا اضطرارا لو دعا الله بها مشرك عند وثن لاستجيب له ، لصدق توجهه إلى الله ، وإن كان تحري الدعاء عند الوثن شركا ، ولو استجيب له على يد المتوسل به ، صاحب القبر أو غيره لاستغاثته ، فإنه يعاقب على ذلك ويهوي في النار ، إذا لم يعف الله عنه ..."
ثم يقول : " ومن هنا يغلط كثير من الناس ؛ فإنهم يبلغهم أن بعض الأعيان من الصالحين عبدوا عبادة أو دعوا دعاء ، ووجدوا أثر تلك العبادة وذلك الدعاء ، فيجعلون ذلك دليلا على استحسان تلك العبادة والدعاء ،
ويجعلون ذلك العمل سُنّة ، كأنه قد فعله نبي ؛ وهذا غلط لما ذكرناه


Kemudian, sebab tercapainya hajat sebahagian golongan yang meminta dengan doa yang haram itu adalah kerana mungkin ada lelaki dikalangan mereka itu yang sedang berada dalam kesusahan atau kesempitan yang sekiranya seorang musyrik pun berada ditempatnya lalu berdoa kepada patung berhalanya akan dimakbulkan. Hal ini kerana benarnya pengharapan dia kepada Allah, sekalipun berdoa kepada berhala itu syirik dan sekalipun doanya itu dimakbulkan melalui tangan atau wasilah yang menjadi sekutu kepada Allah tersebut.




أن الاشتغال بالتفضيل بين بعض المذاهب ، أو الشيوخ المتبوعين ، وتنقص الآخرين ، هو من أصول أهل البدع 


'Sesungguhnya perbuatan menyibukkan diri dengan membeza-bezakan keutamaan di antara sebahagian mazhab ke atas mazhab yang lain, atau membandingkan antara syeikh-syeikh yang lebih patut diikuti dan kemudian merendahkan pihak yang lain, hal ini adalah termasuk dasar ahli bid’ah....[Majmuk al-fatawa, Ibn Taimiyyah]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)