.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, January 1, 2015

Abdullah Ibnu Umar r.a

Abdullah bin Umar bin Khattab (عبد الله بن عمربن الخطاب) dikenali sebagai Abdullah bin Umar atau Ibnu Umar  (lahir 612 - wafat 693/696 atau 72/73 H) adalah seorang sahabat Nabi s.a.w dan merupakan periwayat hadith yang terkenal. Anak kepada Umar bin Al-Khattab, salah seorang sahabat utama Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafaur Rasyidin yang kedua.

Ibnu Umar memeluk Islam bersama ayahnya ketika masih kecil, dan berhijrah ke Madinah bersama ayahnya. Ketika umurnya 13 tahun, berhajat  untuk menyertai ayahnya dalam Perang Badar, namun Rasulullah s.a.w menolaknya. Perang pertama yang sertainya adalah Perang Khandaq, bersama Ja'far bin Abu Thalib dalam
Perang Mu'tah, dan turut pula dalam pembebasan kota Makkah (Fathu Makkah). Setelah Nabi Muhammad s.aw meninggal, beliau menyertai  Perang Yarmuk dan dalam penaklukan Mesir serta beberapa tempat di Afrika.

Khalifah Uthman bin Affan pernah menawarkan Ibnu Umar untuk menjadi  hakim, tapi beliau menolaknya Setelah Uthman terbunuh, sebahagian kaum muslimin pernah  membai'atnya menjadi khalifah, tapi dia juga menolaknya. Dia tidak masuk campur dalam pertentangan antara Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abu Sufyan. Beliau juga cenderung untuk menjauhi dunia politik, meskipun beliau sempat terlibat konflik dengan Abdullah bin Zubair yang pada ketika itu telah menjadi penguasa Makkah.

Ibnu Umar adalah seorang yang meriwayatkan hadith terbanyak kedua setelah Abu Hurairah, iaitu sebanyak 2.630 hadits, kerana sering bersama Rasulullah s.a.w. Bahkan Aisyah isteri Rasulullah pernah memujinya dan berkata :"Tak seorang pun mengikuti jejak langkah Rasulullah di tempat-tempat perhentiannya,  seperti yang telah dilakukan Ibnu Umar". Beliau sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith Nabi. Demikian pula dalam mengeluarkan fatwa,  sentiasa mengikuti tradisi dan sunnah Rasulullah, kerana tidak mahu melakukan ijtihad. Biasanya ia memberi fatwa pada musim haji, atau pada kesempatan lainnya. Di antara para Tabi'in, yang paling banyak meriwayatkan darinya ialah Salim dan hambaanya bernama Nafi'.


Jabir bin Abdullah berkata: " Tidak ada di antara kami disenangi oleh dunia dan dunia senang kepadanya, kecuali Umar dan putera Abdullah." Abu Salamah bin Abdurrahman mengatakan: "Ibnu Umar meninggal dan keutamaannya sama seperti Umar. Umar hidup pada masa ramai orang yang sebanding dengan dia, sementara Ibnu Umar hidup pada masa yang tidak ada seorang pun yang sebanding dengan dia".

Ibnu Umar adalah seorang pedagang yang berjaya dan kaya raya, tetapi juga banyak berderma. Hidup sehingga usianya 60 tahun setelah wafatnya Rasulullah. Ia kehilangan pengelihatannya pada masa tuanya. Meninggal dunia dalam usia lebih dari 80 tahun, dan merupakan salah satu sahabat yang paling akhir yang meninggal di kota Makkah.

Sekelumit Kisah :

Setelah memeluk Islam, Abdullah Ibnu Mas'ud bertemu Rasulullah dan meminta kepada baginda agar dia diterima menjadi pelayan baginda dan Rasulullah pun menyetujuinya. Sejak hari itu, Abdullah Ibnu Mas'ud tinggal di rumah Rasulullah. Dia berhenti dari menggembala kambing untuk menjadi pelayan utusan Allah dan pemimpin umat. Abdullah Ibnu Mas'ud sentiasa mendampingi Rasulullah dan selalu mengikuti ke mana pun baginda  pergi. 

Dia membangunkan Rasulullah untuk solat bila baginda tertidur, menyediakan air untuk mandi, mengambilkan terompah apabila baginda hendak pergi dan pulang. Dia membawakan tongkat dan siwak Rasulullah, menutupkan pintu kamar apabila baginda hendak tidur. Bahkan Rasulullah mengizinkan Abdullah memasuki kamar baginda jika perlu.

 Baginda  memercayakan kepadanya hal-hal yang rahsia, tanpa khuatir rahsia tersebut akan terbuka. Kerana itu, Abdullah Ibnu Mas'ud dipanggil dengan sebutan "Shahibus Sirri Rasulullah" (pemegang rahsia Rasulullah). Abdullah Ibnu Mas'ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah. Kerana itu dia menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya. Sampaikan orang mengatakan, karakter dan akhlak Abdullah Ibnu Mas'ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah. Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata tentang pengetahuannya mengenai Kitabullah (Al-Qur'an) sebagai berikut, 

"Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Qur'an, melainkan aku tahu di mana dan dalam situasi bagaimana diturunkan. Seandainya ada orang yang lebih tahu daripada aku, niscaya aku datang belajar kepadanya."

 Abdullah Ibnu Mas'ud tidak berlebihan dengan ucapannya itu. 

Pada suatu malam, Khalifah Umar sedang dalam perjalanan, ia bertemu dengan sebuah kabilah. Malam sangat gelap hingga menutupi pandangan. Abdullah Ibnu Mas'ud berada dalam kabilah tersebut. Khalifah Umar memerintahkan seorang pengawal agar bertanya. 

"Hai kabilah, dari mana kamu?" teriak pengawal. 

"Min fajjil ‘amiq (dari lembah nan dalam)," jawab Abdullah. 

"Hendak kemana kamu?" "Ke Baitu Atiq (rumah tua, Ka'bah)," jawab Abdullah. 

"Di antara mereka pasti ada orang alim," kata Umar. 

Kemudian diperintahkannya pula menanyakan, "Ayat Al-Qur'an manakah yang paling ampuh?" 

Abdullah menjawab, "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur…" (QS Al-Baqarah: 255). 

"Tanyakan pula kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang lebih kuat hukumnya?" kata Umar memerintah. 

Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (QS An-Nahl: 9). 

"Tanyakan kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang mencakup semuanya!" perintah Umar. 

Abdullah menjawab, "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun sebesar dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula." (QS Al-Zalzalah: 8).

Demikian seterusnya, ketika Umar memerintahkan pengawal untuk bertanya tentang Al-Qur'an, Abdullah Ibnu Mas'ud langsung menjawabnya dengan tegas dan tepat. Hingga pada akhirnya Khalifah Umar bertanya, "Adakah dalam kabilah kalian Abdullah Ibnu Mas'ud?" 

Jawab mereka, "Ya, ada!" Abdullah Ibnu Mas'ud bukan hanya sekedar qari' (ahli baca Al-Qur'an) terbaik, atau seorang yang sangat alim atau zuhud, namun ia juga seorang pemberani, kuat dan teliti. Bahkan dia seorang pejuang (mujahid) terkemuka. Dia tercatat sebagai Muslim pertama yang mengumandangkan Al-Qur'an dengan suara merdu dan lantang. 

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah berkumpul di Makkah. Mereka berkata, "Demi Allah, kaum Quraisy belum pernah mendengar ayat-ayat Al-Qur'an yang kita baca di hadapan mereka dengan suara keras. Siapa kira-kira yang dapat membacakannya kepada mereka?" 

"Aku sanggup membacakannya kepada mereka dengan suara keras," kata Abdullah. 

"Tidak, jangan kamu! Kami khuatir kalau kamu membacakannya. Hendaknya seseorang yang punya keluarga yang dapat membela dan melindunginya dari penganiayaan kaum Quraisy," jawab mereka. 

"Biarlah, aku saja. Allah pasti melindungiku," kata Abdullah tak gentar. Keesokan harinya, kira-kira waktu Dhuha, ketika kaum Quraisy sedang duduk-duduk di sekitar Ka'Baha Ad-Daulah. Abdullah Ibnu Mas'ud berdiri di Maqam Ibrahim, lalu dengan suara lantang dan merdu dibacanya surah Ar-Rahman ayat 1-4. Bacaan Abdullah yang merdu dan lantang itu kedengaran oleh kaum Quraisy di sekitar Ka'bah. Mereka terkesima saat mendengar dan merenungkan ayat-ayat Allah yang dibaca Abdullah.

Kemudian mereka bertanya, "Apakah yang dibaca oleh Ibnu Ummi Abd (Abdullah Ibnu Mas'ud)?" "Dia membaca ayat-ayat yang dibawa Muhammad!" kata mereka begitu tersedar. Lalu mereka berdiri serentak dan memukul Abdullah. Namun Abdullah Ibnu Mas'ud meneruskan bacaannya hingga akhir surah. Ia lalu pulang menemui para sahabat dengan muka bengkak dan berdarah. "Inilah yang kami khawatirkan terhadapmu," kata mereka. "Demi Allah, kata Abdullah, "Bahkan sekarang musuh-musuh Allah itu semakin kecil di mataku. Jika kalian menghendaki, besok pagi aku akan baca lagi di hadapan mereka." 

Abdullah Ibnu Mas'ud hidup hingga masa Khalifah Othman Ibnu Affan memerintah. Ketika ia hampir meninggal dunia, Khalifah Othman datang menjenguknya. "Sakit apakah yang kau rasakan, wahai Abdullah?" tanya khalifah. "Dosa-dosaku," jawab Abdullah. "Apa yang kau inginkan?" "Rahmat Tuhanku." "Tidakkah kau ingin supaya kusuruh orang membawa gaji-gajimu yang tidak pernah kau ambil selama beberapa tahun?" tanya Khalifah. "Aku tidak memerlukannya," kata Abdullah. "Bukankah kau mempunyai anak-anak yang harus hidup sepeninggalmu?" tanya Othman. "Aku tidak khuatir, jawab Abdullah, "Aku menyuruh mereka membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam. Kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya!" Pada suatu malam yang hening, Abdullah Ibnu Mas'ud pun berangkat menghadap Tuhannya dengan tenang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)