.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, November 5, 2014

Tazkirah Ringkas

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :
“Bersegeralah engkau sekalian untuk melakukan amalan-amalan yang baik – sebelum datangnya bermacam-macam fitnah yang diumpamakan sebagai potongan-potongan dari malam yang gelap gelita.”
Berpagi-pagian seseorang itu menjadi orang mukmin dan berpetangan menjadi orang kafir,
ada lagi yang berpetangan masih sebagai seorang mukmin, tetapi berpagi-pagian telah menjadi seorang kafir. Orang itu menjual agamanya dengan harta dari keduniaan.” (Riwayat Muslim)


Daripada Suhaib al-Rumi, Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Apabila ahli Syurga telah memasuki Syurga, dan ahli Neraka memasuki Neraka, Allah SWT berfirman kepada ahli Syurga: ‘Mahukah kamu Aku tambahkan lagi?’ Ahli Syurga berkata: ‘Ya Allah, kenikmatan apa lagi yang akan engkau berikan? Bukankah engkau telah memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke Syurga dan menyelamatkan kami dari Neraka?’
Rasulullah SAW bersabda, “Tiba-tiba disingkap hijab (sehingga mereka dapat melihat Allah SWT). Maka tidak ada sesuatu yang lebih mereka sukai daripada memandang wajah Allah SWT.” (Riwayat Muslim)

Daripada Jarir bin Abdillah katanya, suatu malam Rasulullah SAW memandang bulan purnama. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya kamu akan memandang kepada Tuhanmu sebagaimana kamu memandang kepada bulan purnama. Tidak ada halangan dalam penglihatan-Nya. Maka sesiapa yang mampu untuk tidak melalaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, maka lakukanlah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibn Rajab al-Hanbali:
“Ihsan adalah menyembah Allah SWT di dunia dengan menghadirkan hati dan muraqabah. Seolah-olah ia melihat dan memandang Allah SWT dengan hatinya ketika ia melaksanakan ibadah tersebut. Sebagai balasannya, ia akan memandang zat Allah SWT dengan mata zahirnya di akhirat kelak.”

Ibn Katsir:
Memandang zat Allah SWT ini berlaku seperti pada waktu-waktu ibadah. Ahli Syurga yang paling tinggi darjatnya (al-muqarrabin al-akhyar) diperkenankan untuk memandang wajah Allah SWT setiap pagi dan petang. Sementara kebanyakan ahli Syurga yang lain hanya dapat melihat Allah SWT seminggu sekali sahaja.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya rombongan pertama yang akan masuk ke Syurga, rupa mereka seperti bulan pada malam purnama. Rombongan berikutnya laksana bintang yang sangat terang di angkasa. Mereka tidak meludah, membuang hingus ataupun buang air di dalam Syurga. Sikat rambut mereka dibuat daripada emas. Peluh mereka (seperti minyak wangi) misk. Setanggi mereka daripada gaharu yang wangi. Isteri mereka ialah para bidadari. Rupa mereka semua mirip antara satu sama lain, seperti rupa bapa mereka Adam, (tinggi mereka) 60 hasta. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”.
(Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu? Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.a. menganggap pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu dia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapaku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya adalah lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.


Kata-Kata Hikmah :
Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah SWT.
Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan juga Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.


Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".


" Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita”
(Riwayat Abu Daud)


Rasulullah S.a.w bersabda:
Akan terlerai ikatan Islam itu satu demi satu. Maka apabila terlerainya satu ikatan, maka manusia akan beralih kepada ikatan yang lain pula. Perkra pertama yang akan terlerai ialah hukum dan yang terakhirnya ialah sembahyang.(Hadis Hassan, diriwayatkan oleh Imam Ahamd dlm musnadnya-jilid 5, muka surat 252. )
Rasulullah S.a.W mengingatkan umat-umatnya kesan tidak melaksanakan undang-undang yang diturunkan oleh Allah, iaitu mereka akan hidup berpuak-puak dan bercakaran antara satu sama lain (Riwayat Muslim)


Sabda Rasullulah S.a.w
Peminpin yang tidak menghukum dengan kitab Allah nescaya Allah akan menjadikan mereka bercakaran sesama sendiri ( Riwayat Ibnu Majah)


Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada kitab Nuzhatun- Naadhiriin
Rasulullah s.a.w meriwayatkan:-
" mahukah kamu aku tunjukkan sebaik-baik manusia, sejahat-jahat manusia, semalas-malas manusia, sekikir-kikir manusia, sekeji-keji manusia dan sepencuri-pencuri manusia?"
Rasulullah s.a.w bersabda:
1. Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain.
2. Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak tidur di waktu malam, namun ia tidak sedikit pun mengingati Alla walaupun sekejap,
baik dengan lisan mahupun dengan anggota badannya.
3. Semalas-malas manusia ialah orang yang tidak tidur di waktu malam, namun ia tidak sedikit pun mengingati Alla walaupun sekejap,
baik dengan lisan mahupun dengan anggota badannya.
4. Sekeji-keji manusia itu ialah orang yang disebut namaku di sisiNya, namun tidak selawat untukku.
5. Sekikir-kikir manusia itu ialah orang yang kikir memberi salam kepada orang lain
6. Sepencuri-pencuri manusia itu ialah orang yang mencuri di dalam sembahyangnya. ( iaitu orang yangtidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.)
Rasulullah SAW bersabda:
”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” 
(Riwayat Muslim)


Ibnu Qayyim telah berkata :

Manusia akan dihadapkan Allah SWT dalam dua keadaan,
Pertama semasa mendirikan Solat dan yang kedua berdiri dihadapan Allah SWT pada Hari Qiamat nanti tetapi jika seseorang mampu berdiri semasa solat maka dia akan mampu berdiri dihadapan Allah SWT pada hari Qiamat nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)