.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, November 4, 2014

Mari Berkenalan : Ummu Mihjan

Ummu Mihjan, seorang wanita berkulit hitam merupakan salah seorang wanita dari kalangan sahabat Nabi S.A.W.

Ummu Mihjan  telah berkhidmat untuk Islam,  apa khidmatnya? Membersihkan Masjid di zaman Rasulullah S.A.W. Itu saja? Bagi sebahagian kita, kerja membersihkan masjid, surau atau mana-mana tempat
adalah tugas kecil dan selalunya kita panggil orang yang rajin membersihkan surau atau masjid dengan panggil 'Tok Siak'. Gelaran 'tok' itu menggambarkan orang yang rajin berkhidmat membersihakn surau dan masjid ini adalah orang yang telah berusia/ orang tua.

Dr. Aidh al-Qarni di dalam salah satu rancangan tv bertajuk 'Haddathana al-Zaman' telah menyarankan kita agar melakukan 'sesuatu' untuk dunia dan akhirat dengan penuh kesungguhan, walaupun tugas itu nampak 'kecil' atau 'tidak penting' bagi sesetengah mata yang memandang.

Beliau memberikan contoh para sahabat Nabi S.A.W. yang mempunyai pelbagai tugas dan kelebihan termasuk apa yang dilakukan oleh Ummu Mihjan.

Mari kita lihat bersama kisah pendek Ummu Mihjan sebagaimana disebut dalam buku-buku hadith :

"...terdapat seorang perempuan berkulit hitam, kerjanya membersihkan masjid. Pada satu hari dia telah meninggal dunia (para sahabat tidak sempat memberitahu Nabi S.A.W. di atas sebab-sebab tertentu). Maka Nabi S.A.W. bertanya kepada para sahabat yang lain tentangnya (kenapa dia tidak kelihatan lagi membersihkan masjid), lalu mereka memberitahu Baginda bahawa dia telah meninggal dunia...

Rasulullah SAW berkata: "kenapa kamu tidak beritahu kepadaku? Tunjukkan kepadaku kuburnya"

Lalu Baginda pergi ke kuburnya dan menunaikan solat jenazah dan mendoakannya..."

Semoga Allah SWT meredhai dan merahmati Ummu Mihjan....

Kedudukannya mungkin kecil pada pandangan sebahagian manusia pada waktu itu...

Tetapi lihatlah kedudukannya pada pandangan mata Rasulullah S.A.W. !!!

* Kisah Ummu Mihjan adalah kisah yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam-Imam Hadith seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)