.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, April 4, 2016

TIPU DAYA IBLIS TERHADAP KETURUNAN ADAM A.S DAN KETURUNANNYA

Baqi bin Mukhlid menyebut di dalam tafsirnya :
“Iblis menjerit sebanyak empat kali, iaitu ketika di laknat, ketika dibuang, ketika Rasulullah s.a.w dilahirkan dan ketika Fatihatul Kitab diturunkan.”

Sa’id bin Jabir pula berkata :
“Ketika Allah melaknat iblis pada ketika itu wujudnya telah disamakan dengan malaikat, ia menjerit. Setiap jeritan di dunia terasa hingga hari kamat.”

Riwayat daripada Ibnu Hatim daripada Sa’id bin Jabir daripada Ibnu Abbas, bahawa ketika Rasulullah s.a.w Berjaya mengusai Kot Mekah, iblis memanggil seluruh tenteranya dan berkata : “Keinginan kamu untuk mengembalikan umat Muhammad kepada kemusyrikan telah hilang, tetapi jadikanlah mereka tertipu dalam agamanya dan biarkanlah mereka menangis.”

(Riwayat At-Tabrani, Abu Na’im dan Ad-Diya’)



1. Bisikan iblis terhadap Adam dan Hawa ketika menamakan anak

Firman Allah :

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلًا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
فَلَمَّا آتَاهُمَا صَالِحًا جَعَلَا لَهُ شُرَكَاءَ فِيمَا آتَاهُمَا فَتَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur."
Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.”
(orang-orang musyrik itu menjadikan sekutu bagi Tuhan dalam menciptakan anak itu dengan erti bahawa anak itu mereka pandang sebagai hamba pula bagi berhala yang mereka sembah. Maka itulah mereka menamakan anak-anak mereka dengan Abdul Uzza, Abdu Manaah, Abdu Syam dan sebagainya.)
(Al-A’raf 189-190)

Para ulama tafsir berpendapat :
Dari riwayat  yang berasal daripada Ibnu Abbas serta para sahabat lain seperti Said bin Jabir, Ikrimah dan para ulama tafsir yang lain bahawa :
Gambar hiasan
Ketika Hawa mengandung, iblis telah datang kepada kepada Adam dan Hawa dengan berkata : “Apakah kamu tahu bahawa jika anak yang akan kamu lahirkan ini tidak diberi nama Abdul Haris, maka dia akan lahir cacat ataupun menjadi seekor haiwan?”. Pada mulanya Nabi Adam a.as dan Hawa menamakan anak itu Abdullah dan Ubaidillah, namun keduanya meninggal dunia. Maka iblis berkata kepada mereka : “Jika kamu menamakan anak itu Abdul Haris, maka sudah tentu dia kan hidup sehingga sekarang.”
(Hadis  dhaif. Diriwayatkan Imam At-Tarmizi menurutnya bahawa hadis ini hasan gharib dan tidak diketahui marfu’ kecuali daripada Umar bin Ibrahim daripada Qatadah)

Maksud firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 190 adalah orang-orang musyrik daripada keturunan Adam dan Hawa. Maka atas sebab itu tidaklah mungkin Nabi Adam a.s musyrik kepada Allah sedangkan dialah seorang nabi dan rasul yang dilantik dan terpelihara daripada kemusyrikan. Para ulama Muhaqqiq antaranya Al-Wahidi berkata : “maksud fitnah ini adalah qusai bin Kilab dengan sebutan Abdul Manaf, Abdul Izza, Abdu Qushai, Abdul Dar. Maka yang demikian tujuan perintah ayat ini adalah kepada kaum Quraisy yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Beliau adalah daripada keluarga Qusai sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w tentang kisah Ummu Abdu.”

Terdapat juga ahli tafsir berpendapat dengan pendapat yang menakjubkan bahawa iblis berkata kepada Nabi Adam a.s dan Hawa : “Jika engkau tidak mentaatiku, maka aku akan meletakkan tandukku untukmu.”

Sa’laba berkata :
“Para ulama tafsir berkata : Maksud syirik adalah syirik penamaan dan sifat, bukan penyembahan terhadap ketuhanan selain Allah.”

Manakala pendapat lain pula mengatakan bahawa tujuannya adalah nama Abdul Haris akan menyelamatkan Hawa dan anak mereka.


2. Syaitan berkuasa terhadap manusia?

Firman Allah :

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.
(Al-Hijr : 42)

Ulama mentafsirkan kalimah ‘Abdu adalah hamba yang soleh dan taat yang menghindari daripada perbuatan dosa-dosa besar. Manakala kalimah ‘Sulthon’ adalah kekuatan atau hujah. Maka maksud bagi ayat di atas bahawa syaitan tidak memiliki kekuatan untuk menipu. Abu Sulaiman Ad-Damasyqusi mengatakan bahawa ayat di atas adalah kemampuan untuk memaksa dsn menipu dilakukan dengan penipuan dan godaan sahaja.

Firman Allah :
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ

Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.”
(An-Nahl : 99-100)

Kandungan ayat :

1. Syaitan tidak berkuasa dan tidak mampu menggoda orang-orang yang ikhlas dan beriman.
2. Syaitan memiliki kemampuan untuk menggoda orang-orang yang musyrik dan orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya.

Firman Allah :

وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّ وَرَبُّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ

Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.”
(Saba’ : 20-21)

Melalui ayat ini dijelaskan bahawa syaitan tidak memiliki kemampuan untuk menggoda manusia. Akan tetapi dalam firman Allah di atas, Allah menerangkan bahawa syaitan hanya akan menggoda orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya sahaja.

Ibnu Qatadah berkata :
“Ketika iblis memohon agar diberi tangguh, maka Allah mengabulkan permohonannya, lalu ia berkata : “Nescaya aku aku pasti akan menipu dan menyesatkan mereka.””

Firman Allah :

لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).”
(An-Nisaa’ : 118)

Maka bukanlah bererti iblis mempunyai kemampuan mutlak untuk menyesatkan manusia. Ia mengucapkan kalimah ini dengan prasangka bahawa ia meiliki kekuatan dan kemampuan untuk menggoda manusia ketika manusia menigikuti jejak langkah dan ajakannya.

Dalam kitab Al-Funun, Ibnu Aqil mengatakan :
“Kesucian ulama salaf terpecah antara ilmu dan mendapatkan harta ataupun menghindari “Dharar” (mudarat), sementara kesucian ulama kita masa kini berhubung dengan keturunan, pemuda dan para syeikh, di mana mereka tidak pernah melihat permasalahan hukum kecuali pada permasalahan yang merugikan dan membuka kejahatan.”

Firman Allah :

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”
(Al-A’raf : 16-17)

Umar bin bin Abdul Aziz berkata :
“Seandainya Allah menginginkan agar setiap makhluk beriman dan tidak mengingkari Nya, maka tentulah Dia tidak menciptakan iblis.”

Daripada Zaid bin Asam r.a meriwayatkan :
“Pada suatu malam Rasulullah s.a.w bermalam di dalam perjalanan menuju ke Mekah. Baginda mengarahkan Bilan bi Rabah al-habsyi membangukan mereka yang sedang tidur. Namun tidak lama kemudian bila tidur dan diikuti oleh para sahabat lainnya sehinggalah mereka terjaga ketika matahari telah terbit. Lalu Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka naik ke atas kenderaan mereka untuk meninggalkan tempat tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda : “Di lembah ini terdapat syaitan.”
Lalu mereka meneruskan perjalanan. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka untuk turun dari kenderaan mereka dan berwudhu’. Baginda memerintahkan Bilal melaungkan azan. Lalu Rasulullah s.a.w melakukan solat dengan berjamaah. Setelah selesai solat, Baginda melihat para sabahatnya berasa hairan, lalu Baginda s.a.w bersabda :
“Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Allah telah mencabut roh kita, dan jika Dia berkehendak, maka Dia mampu mengembalikannya. Jika salah seorang daripada di antara kamu tertidur ataupun lupa mengerjakan solat, maka hendaklah dia melakukan solat yang dia terlupa itu.”
Kemudian Rasulullah s.a.w berpaling kepada Sayidina Abu Bakar r.a dan bersabda :
“Sesungguhnya syaitan telah datang kepada Bilal ketika engkau sedang solat. Ia sentiasa bersenandung seperti bayi sehingga akhirnya tertidur.”
Kemudian Rasulullah s.a.w memanggil Bila dan memberitahunya seperti apa yang diberitahukan Rasulullah s.a.w kepada Sayidina Abu Bakara r.a. Bilal berkata : “Aku bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis Dhiaf riwayat Imam Malik dalam Muwattha’ daripada Zaid bin Aslam. Hadis ini juga terdapat dalam Sahihain daripada Abi Qatadah denga lafaz yang lebih singkat.)


3. Tujuh godaan Syaitan

Bahawasanya syaitan menyertai orang-orang mukmin dalam tujuh keadaan dan tempat.

1. Kekafiran
2. Perkara Bid’ah
3. Perbuatan dosa kecil
4. Perbuatan dosa besar
5. Perbuatan Mubah
6. Perbuatan yang tidak Afdhal
7. Mengalahkan musuh zalim

Seandainya seseorang itu telah memilih islam maka syaitan akan menggodanya dalam perkara-perkara bid’ah. Kemudian syaitan akan terus menggodanya dalam perbuatan-perbuatan dosa-dosa kecil dan diikuti dengan dosa-dosa besar. Jika seseorang itu terselamat daripada kekafiran, terselamat daripada melakukan perkara-perkara bid’ah, terselamat daripada melakukan dosa kecil dan dosa besar, maka syaitan akan menggodanya untuk melakukan perkara-perkara mubah iaitu dengan melalaikannya daripada ketaatan. Jika seseorang itu Berjaya menghindari kemubahan, maka syaitan akan menggodanya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak afdhal. Jika tetap terselamat, syaitan terus akan menggodanya dengan godaan yang tidak ada seorang pun yang terselamat darinya iaitu mengalahkan musuh zalim dalam pelbagai bentuk kezaliman.

Riwayat daripada Ibnu abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seseorang daripada kita mendapatkan sesuatu di dalam dirinya, dan menyembunyikannya lebih disukai daripada mengungkapkannya dengan dia berkata : “Allahu Akbar, Alhamdulillahil Lazi radda kaiduhu ilal waswas (Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada keraguan.””
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’I, Ahmad, Ibnu Nasr, At-Tabrani disahihkan oleh oleh AlAlbani dalam sahih Abu daud)

Daripada Abu Zamil, dia berkata :
“Aku bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah seseorang yang aku temukan di dalam dadaku?”
Ibnu Abbas menjawab : “Apakah itu?”
Aku menjawab : “Demi Allah, aku tidak akan mengungkapkannya.”
Ibnu Abbas berkata : “Sesuatu yang berasal daripada keraguan telah menjelaskanmu.”
Katanya lagi : “Tidak ada seorangpun daripada kita yang selamat daripadanya, hinggalah Allah menurunkan ayat Nya :

فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Maka jika engkau (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.
(Yunus : 94)
Jika kamu mendapatkan sesuatu perkara tersebut maka ucapkanlah :”Dialah yang Awal dan yang Akhir, dan yang Zahir serta yang Batin, dan Dialah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Riwayat Abu daud)


4. IKATAN SYAITAN DI UBUN-UBUN ANAK ADAM SETIAP MALAM


Sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Syaitan mengikat pada ubun-ubun kepala ketika tidur sebanyak tiga ikatan. Ia mengikat setiap ikatan sambil menghembus :”Engkau memiliki malam yang panjang, tidurlah.” Jika dia terbangun mengingati Allah, nescaya satu ikatan akan terlepas. Jika dia berwudhu’, maka satu lagi ikatan akan terlepas. Apabila dia mengerjakan solat, maka terlepaslah satu lagi ikatan dan dia menjadi insan yang bersemangat serta baik jiwanya. Kalau tidak, dia menjelma dengan wajah yang buruk jiwanya lagi malas.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Al-Hamdi, Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi)

Ibnu Abdul Bar berkata :
“Ikatan ini adalah seperti ikatan sihir daripada firman Allah  :
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (simpulan-simpulan).”
(Al-Falaq : 4)
Dan tidak ada seorangpun yang menempatkannya pada hakikatnya. Qafiyah (ubun-ubun) adalah hujung kepala. Maka oleh sebab itu Baginda Rasulullah s.a.w disebut sebagai Al-Muqaffiy kerna baginda s.a.w adalah nabi yang terakhir atau penghujung.”

Hadis sahih riwayat daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidaklah seorang muslim samada lelaki mahupun perempuan tidur kecuali padanya ada tali yang terikat. Jika dia bangun dan menyebut Allah, maka akan terlepas satu ikatan. Jika dia berwudhu’ kemudian menunaikan solat, maka dia menjadi bersemangat dan mendapat kebaikan dan telah terlepas semua ikatannya. Jika bangun dan tidak menyebut Allah, maka ikatannya tetap (melekat) padanya sehingga menjadi berat dan malas dan tidak mendapat kebaikan.”
(Riwayat Ahmad dalam musnadnya dan At-Tabrani dalam Al-Kabir dengan isnad yang sahih)

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Uqbah bin Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seseorang daripada umatku bangun daripada tidur mengubati diri menuju kesucian. Jika dia mencuci tangannya maka akan terlepas satu ikatan. Jika dia mencuci wajahnya, maka akan terlepas lagi satu ikatan. Jika dia membasuh rambutnya, maka akan terlepas satu ikatan. Jika dia mencuci kakinya, maka telpeas satu ikatan. Lalu Allah berfirman kepada mereka yang di sebalik hijab “Lihatlah kepada hamba Ku ini, yang mengubati dirinya dan apa yang dia minta, maka pasti akan diperolehi.””
(Hadis sahih riwayat Ahmad dan At-Tabrani dengan isnad sahih)

Dalam riwayat Ibnu Hibban yang mengulas tentang hadis ini katanya :
“Syaitan terkadang mengikat anggota wudhu’ seorang muslim di atas ubun-ubun kepalanya ketika tidur.”

Para ulama berbeza pandangan dan pendapat tentang ikatan-ikatan ini samada ianya adalah hakikat sebenar atau majas.
1. Majas : Kerana ikatan pada diri anak Adam dapat menghalang dari melakukan pergerakan. Maka begitulah yang dilakukan oleh syaitan kepada orang yang sedang tidur sehingga menghalang dan mencegahnya daripada zikrullah dan melakukan solat. Ini adalah pendapat At-Tahawi.
2. Hakikat : Maksud ikatan yang disebutkan adalah hakikat yang sebenarnya yang bersandarkan zahir hadis. Ini diperkuat dengan sabda Rasulullah s.a.w : “Sebanyak tiga ikatan.” Jika ianya berbentuk majas maka tiada faedah Rasulullah s.a.w menyebutkannya. Ianya juga diperkuat dengan sabda baginda s.a.w : “ada tali yang terikat.”

Ibnu Hajar berkata :
“Para ulama berbeza pendapat mengenai ikatan ini. Ada yang berpendapat bahawa bentuk hadis ini adalah sesuai hakikatnya (bukan majas) sepertimana penyihir mengikat orang yang disihirnya sehingga memberikan pengaruh kepada objek yang disihir. Ini seiringan dengan firman Allah : “dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (simpulan-simpulan).”
(Al-Falaq : 4)
(Fathul Bari bi Syarhi Sahih Al-Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata :
“Kekasihku (Rasulullah s.a.w) berwasiat kepadaku untuk berpuasa tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat setiap hari dan menunaikan solat witir sebelum tidur.”
(Riwayat Bukhari, Abu daud, An-Nasa’I, At-Tarmizi, Ad-Darimi, ahmad, Ibnu Hibban, At-Tayalisi, Abu Ya’la, Abu Awanah, Ibnu Khuzaimah, Abu Naim dan Al-baihaqi)

Rasulullah s.a.w berwasiat kepada Abu Hurairah r.a  untuk melakukan perkara-perkara tersebut adalah disebabkan bahawa Abu Hurairah memilih pelajaran hadis di malam hari atas solat. Rasulullah s.a.w memerintahkannya menunaikan solat Dhuha sebagai ganti Qiyamullail. Maka itu Rasulullah s.a.w memerintahkannya untuk tidak tidur sehingga menunaikan solat witir. Maka abu hurairah menunaikan solat witir sebelum tidur. Namun Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan seperti mana Abu Hurairah kepada Sayidina Abu Bakar, Umar dan para sahabat yang lain.
Di dalam sahih Bukhari disebutkan bahawa Abu Hurairah, isterinya dan pelayannya membahagikan malam kepada tiga bahagian. Bangun di bahagian ini, kemudian bahagian ini dan kemudian bahagian lainnya.”
(Riwayat Bukhari, ahmad, daripada Usman An-Nahdi)

Ibnu Abi Hatim menyebutkan, daripada Bakar bin Muhammad ‘abid Sufyan At-Thauri berkata :
“Bacaan tidak akan tercapai kecuali dengan zuhud, maka berzuhudlah, tidur dan solatlah lima waktu.”
(Jarh wa Ta’diil)

5. Makanan, muntah dan kencing syaitan

Riwayat daripada Ibnu Mas’ud, katanya, pernah disebutkan kepada Rasulullah s.a.w tentang seseorang yang tidur sehingga pagi hari. Lalu baginda s.a.w bersabda :
“Orang itu telah dikecing syaitan di telinganya ataupun telah (menggoda) di telinganya.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad Abu Ya’la dan At-Tabrani)

At-Thahawi mengatakan :
“Kecing yang disebutkan bukanlah dalam bentuk yang sebenarnya. Akan tetapi merupakan perumpamaan yang bermaksud tanda buruk bagi orang yang tidur.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
“Yang demikian ini adalah bagi yang mensia-siakan (melalaikan) solat isya’ terakhir dan melakukan perbuatan makruh yang berupa tidur sebelum melaksanakan solat isya’.”

Daripada Sayidina Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Aku memerhati pada malam isra’ dan melihat suatu kaum yang memukul kepala mereka dengan batu besar. Lalu aku bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, siapakah mereka?”, Jibril menjawab : “Mereka adalah umatmu.” Aku bertanya lagi : “Kenapa mereka?”. Jibril menjawab : “Mereka tidur tanpa melaksanakan solat isya’.””
(Riwayat Bukhari. Al-Haitami berkata : Hadis ini diriwayatlan daripada Al-Baraaz dan para periwayatnya adalah dipercayai kecuali Rabi’ bin Anas. Ibnu Abdul Bar pula mengatakan bahawa walaupun hadis ini isnadnya lemah, namun hadis Abu Barzah menguatkannya. Akan tetapi maknanya menjelaskan bahawa mereka tidur dan tidak menunaikan solat isya’.)

Dalam kitab Kasyfu Al-Musykil :
“Ada dua perkara dalam masalah ini :
Pertama ianya sesuai dengan zahirnya. Di dalam Al-Quran dinyatakan bahawa syaitan berkahwin sepertimana firman Allah :

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.”
(Ar-Rahman : 56)

Dan Firman Allah :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam ,maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.”
(Al-Kahfi : 50)

Kedua ia merupakan perumpamaan bagi orang yang melalaikan solat dengan tidur”
(Ibnu Al-Jawziy)

Dalam satu riwayat, suatu ketika Rasulullah s.a.w duduk, dan ada seorang yang makan tanpa mengucapkan Basmalah. Dia terus makan hingga berbaki sepotong daripada makanannya. Ketika itu dia memasukkan potongan terakhir itu ke dalam mulutnya, lalu mengucapkan “Bismillahi Fi Awwalihi wa Akhiri “ Melihatkan itu Baginda Rasulullah s.a.w tersenyum dan kemudian bersabda : “Syaitan masih terus ikut makan bersamanya dan ketika dia telah mengucapkan nama Allah, syaitan memuntahkan apa yang ada dalam perutnya.”
(Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasa’I dan Al-Mustadrak Al-Hakim.)

Daripada Huzaifah r.a katanya : “Ketika kami sedang berada dalam satu jamuan bersama Rasulullah s.a.w maka kami tidak menyentuh makanan tersebut sehingga Rasulullah s.a.w menyentuhnya terlebih dahulu. Pada suatu hari ketika kami sedang dalam jamuan makan, datang seorang hamba perempuan tergerak untuk mengambil makanan tersebut, tetapi Rasulullah s.a.w menangkap tangannya. Lalu datang seorang lelaki Badwi  yang juga tergerak untuk mengambil makanan itu juga, lalu Rasulullah s.a.w juga menagkap tangannya, lalu Baginda s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya syaitan itu membuat makanan jadi halal baginya apabila makanan tersebut tidak dibacakan Bismillah. Ia telah datang kepada hamba perempuan itu untuk menjadikan makan itu halal baginya. Lalu syaitan juga datang kepada lelaki Badwi untuk menghalalkan makanan itu. Maka itu aku menangkap tangan mereka. Demi Tuhan yang jiwaku dalam genggaman Nya, tangannya berada dalam tanganku bersama tangan hamba perempuan itu.””
(Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasa’I, Ahmad, Abu Awanah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi : Hadis Sahih)

Daripada Abdullah bin Imran r.a, katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jika salah seorang daripada kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu, kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
(Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang berasal daripada Jabir bin Abdullah r.a yang mengatakan, bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila seseorang muslim masuk kerumahnya lalu dia mengingat Allah ketika memasukinya dan juga ketika makan, maka syaitan berkata : “Tidak ada tempat tinggal dan makanan bagi kamu.” Namun jika masuk ke dalam rumah dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan akan berkata : “Kamu telah menemui tempat tinggal.” Dan jika dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka syaitan akan berkata : “Kamu telah mendapat makanan.””
(Riwayat Muslim : Sahih Muslim)

Perut mempunyai nafsu yang boleh menjadi perosak yang berbahaya. Kerana dek nafsu ini Nabi Adam a.s dikeluarkan daripada syurga. Memenuhi perut atauun kenyang dengan makanan adalah suatu yang sangat berbahaya samada kepada tubuh badan atau rohani. Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tidaklah anak Adam mengisi bejana yang lebih buruk selain perut. Cukuplah anak Adam beberapa suapan sekadar yang dapat menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak mungkin, maka sepertiga makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya.”
(Riwayat A-Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda :
“Orang mukmin itu makan dalam satu usus, dan orang kafir itu makan dalam tujuh usus.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda s.a.w lagi :
“Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah terhadap sesuatu yang diisi dengan penuh, selain memenuhi perut dengan makanan.”

Rasulullah s.a.w juga bersabda :
“Cukuplah beberapa suap makanan bagi seseorang muslim untuk dapat menegakkan punggung.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam hadis yang lain :
“Syaitan mengalir di tubuh manusia seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan lapar.”

Suatu ketika Uqbah Ar-Rasibi memasuki rumah Al-Hasan yang mana ketika itu Al-Hasan sedang makan. Hasan menjemput Uqbah dengan berkata : “Ke marilah!.”
Uqbah menjawab : “Aku sudah makan, hingga tidak mampu untuk makan lagi.”
Hasan berkata : “SubhanAllah. Adakah orang muslim makan hingga dia tidak mampu untuk makan lagi?.”

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya syaitan mencari-cari kesempatan untuk ikut menyantap makanan yang tidak dibacakan Basmalah atasnya.”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Daripada Umaiyyah bin Makhsyiy r.a katanya :
“Rasulullah s.a.w sedang duduk, lalu ada seorang yang makan dengan lahapnya hingga tidak berbaki (tersisa) daripada makanannya kecuali hanya sesuap. Ketika dia mengangkat suapan itu hendak memasukkannya ke dalam mulutnya, dia pun membaca : Dengan Nama Allah pada awal dan akhirnya.”
Maka Rasulullah s.a.w tertawa melihatnya lalu bersabda :
“Tadi syaitan terus ikut makan bersamanya hingga dia menyebut nama Allah, maka syaitan pun memuntahkan semua isi perutnya.”

Ibnu Mas’ud melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Janganlah kamu bersuci dengan menggunakan kotoran binatang ataupun tulang belulang, kerana keduanya merupakan makanan bagi saudara-saudara kamu daripada bangsa jin.”
(Riwayat Muslim dan At-Tarmizi)

Daripada Ibnu Mas’ud, katanya :
“Ketika utusan bangsa jin datang menemui Rasulullah s.a.w meraka mengatakan : “Wahai Rasulullah, laranglah umatmu bersuci dengan tulang, kotoran dan arang, kerana Allah menjadi rezeki kami daripadanya.”
Ibnu Mas’ud berkata : “Maka Rasulullah s.a.w melarang perkara tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)

6. Godaan iblis pada tubuh Bani Adam

Imam Ahmad berkata : AbdurRazzaq dan Abdul Al-A’la bercerita kepada kami daripada Muammar daripada Az-Zuhri daripada Ibnu Husaini daripada Shafiyah binti Hay meriwayat bahawa :
“Ketika Rasulullah s.a.w sedang beriktikaf, aku menziarahinya pada malam hati lalu berbincang dan solat bersama baginda. Kemudian aku balik dan baginda menemaniku. Tiba di Dar Abu Usamah bin Zaid, dua orang lelaki melintas. Ketika mereka melihat Rasulullah s.a.w mereka mempercepatkan langkah mereka. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka berdua : “Demi Rasul kamu berdua, dia adalah Sufiyah binti Hay.”
Mereka berkata : “SubhanAllah, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya syaitan akan menggoda dan berada pada tubuh Bani Adam seperti aliran darah. Sesungguhnya aku takut ia akan meletakkan dan membisikkan kejahatan ke dalam hati kamu.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Di dalam musnad Imam Ahmad, Hakim  bin Musa menceritakan kepada kami, katanya, Isa bin Yunus bercerita kepada kami, Mujalid bin Said bercerita kepada kami daripada As-Sya’bi daripada Jabir r.a dia meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jangan sekali-kali bersungguh-sungguh menceritakan aib seseorang, sesungguhnya syaitan menggoda dan berada dalam tubuh manusia seperti aliran darah.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Imam Syafi’e berkata :
“Rasulullah s.a.w berasa khuatir mereka akan digoda syaitan, sehingga mereka menjadi kafir. Baginda mengatakan semua itu untuk kebaikan mereka bukan untuk kebaikannya sendiri. Ada yang mengatakan riwayat ini menunjukkan agar sentiasa berwaspada dengan segala sesuatu yang dapat merosakkan iman.”

Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata :
“Berhati-hati terhadap sesuatu yang diingkari hati walaupun engkau mampu meminta ampun.”

Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu Taimiyah mengatakan :
“SesungghnyaAllah mengharamkan darah, kerana ia merupakan jalan ataupun kenderaaan syaitan. Sesungguhbnya ia mengalir dalam tubuh Bani Adam seperti aliran darah.”

Daripada Ikrimah daripada Abu Hurairah r.a dan Ibnu Abbas r.a, mereka meriwayatkan bahawa :
“Rasulullah s.a.w melarang Syarith Syaitan iaitu sesuatu yang disembelih lalu kulitnya dipotong.”

Abu Daud dan  Ibnu Hibban meriwayatkan, Ikrimah berkata bahawa :
“Mereka memotong sedikit daripadanya, kemudian membiarkannya mati, kemudian perbuatan ini dilarang.”

Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu Taimiyah mengatakan :
“Malaikat dan syaitan mengetahui apa yang dibisikkan ke dalam hati setiap hamba. Adapun tujuan malaikat mengetahuinya adalah untuk menghitung kebaikan dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang. Syaitan berada dalam tubuh anak Adam seperti aliran darah. Ia akan sentiasa menggoda dan membisikkan kejahatan ke dalam hatinya.”
“Malaikat mengetahui apa yang ada dalam hati seorang hamba. Tetapi bukan bererti diberikan kelebihan untuk mengetahui perkara yang ghaib.”

Ibnu Iyyinah pula berkata :
“Mereka merasakan bau wangian yang sedap, lalu mereka menyedari bahawa aroma tersebut adalah kebaikan. Mereka mencium aroma yang busuk (tidak sedap) dan mereka tahu bahawa aroma itu adalah sesuatu yang jahat. Setiap kali mereka mencium bau yang busuk mereka tidak memerlukannya. Bahkan mereka mengetahui, melihat dan mendengar bisikan dan godaan syaitan terhadap diri sendiri. Bahkan syaitan sentiasa menggoda hati. Jika seseorang mengingati Allah, maka ia menggodanya. Jika lalai, maka ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati. Syaitan sedar bahawa manusia akan lemah di hadapan hawa nafsu. Itulah sebabnya mereka akan dibelenggu syahwat. Sementara dekatnya malaikat dengan hati Bani Adam dapat dilihat melalui atsar (peninggalan) yang diriwayatkan secara mutawatir, samada hamba tersebut kafir ataupun mukmin. Barangkali asal riwayat yang mengatakan bahawa syaitan berada dalam tubuh manusia seperti aliran darah adalah riwayat yang berasal daripada Wahab bin Munabbih. Syaitan masuk kepada anak Adam melalui jalan aliran darah. Dengan berpuasa, maka dia aman dari gangguan syaitan, kekuatan nafsu syahwat dan kemarahan. Maka itu Rasulullah s.a.w menjadikan puasa sebagai benteng untuk menghalang nafsu syahwat sehingga baginda memerintahkan orang yang belum mampu bernikah agar berpuasa.”
(Larha’iful Ma’arif : Ibnu Rajab)

Sesungguhnya iblis meletakkan seorang anak di antara kedua tangan Hawa sambil berkata : “Peliharalah dia.”
Adam a.s berkata : “Apakah ini wahai Hawa?”
Hawa menjawab : “Musuh kita datang membawa anak ini lalu menyuruh untuk memeliharanya.”
Adam a.s berkata : “Bukankah aku telah mengatakan kepadamu agar jangan sekali-kali mentaatinya, kerana ia telah menggoda dan menipu kita sehingga akhirnya kita mengingkari perintah Allah.”
Kemudian ia memotong anak itu menjadi empat bahagian.
Lalu iblis datang dan bertanya : “Wahai Hawa, di manakah anakku?”
Hawa memberitahu apa yang dilakukan oleh Adam a.s. Maka iblis berkata : “Wahai Khannas, jawablah aku!.”
Maka Khannas menjawabnya lalu iblis datang semula kepada Hawa dan berkata : Peliharalah ia.”
Lalu Adam a.as datang dan membakarnya dengan api, kemudian membuangnya di dasar lautan. Kemudian iblis datang dan bertanya : “Di manakah anakku?”
Hawa memberitahu apa yang telah dilakukan oleh Adam a.s terhadap anak itu. Iblis pergi ke laut dan menyeru : “Wahai Khannas, jawablah aku!”
Maka Khannas menjawabnya.
Kemudian iblis datang lagi kepada Hawa dan berkata : “Peliharalah dia.”
Kemudian Adam a.as melihatnya, lalu menyembelih dan mereka memakannya. Datanglah iblis dengan pertanyaan yang sama dan Hawa memberitahukan apa yang dilakukan oleh Adam a.s.
Iblis berkata : Wahai Khannas, jawablah aku!”
Ketika Khannas menjawab panggilan iblis dari dalam perut Adam a.s dan Hawa, iblis pun berkata : “Inilah yang aku inginkan, sesungguhnya aku sudah lama meletakkanmu di dalam dada Bani Adam.”
(Riwayat Hakim, At-Tarmizi dan At-Tabari)


Maka atas sebabitulah iblis akan sentiasa menggoda hati Bani Adam ketika lalai. Jika mengingati Allah maka ia akan bersembunyi.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tiap seorang daripada kamu memiliki qarinah daripada malaikat dan jin.”



7. Godaan syaitan di dalam solat dan kemiskinan

Usman bin Abi Al-Ash meriwayatkan katanya :
“Aku Bertanya : Wahai Rasulullah, syaitan telah datang dan menggangguku dalam solatku.”
Rasulullah s.a.w menjawab :
“Itu adalah tipu saya syaitan. Jika engkau merasakannya maka berlindunglah kepada Allah dan berludahlah kearah kiri.”
(Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad, Abdu bin Hamid, Ibnu Abi  Syaibah : Al-Musannaf, Abdurrazaq : Al-Musannaf, Al-Hakim, At-Tabrani : Al-Kabir)

Ibnu Abu Musa berkata :
“Dia sering ragu kerana banyak waswas sehingga akhirnya dia melakukan dosa besar kerana dia menambah bilangan rakaat sedangkan dia yakin telah melakukannya dengan sempurna.”

Imam Maliki berkata :
“Perasaan waswas akan menimbulkan bahaya dan sayaitan akan sentiasa melakukan perkara ini kepada manusia ketika mereka solat. Ia akan memberikan rasa waswas sehingga manusia berasa ragu-ragu akan sah niat solatnya. Lalu syaitan memberikan keraguan bagi orang tersebut sehunga berulang-ulang untuk berniat dan bertakbir sehingga akhirnya tertinggal untuk mengikuti takbir pertama bersama imam.”

Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu Taimiyah mengatakan :
“Jika Allah mewajibkan solat dan wudhu’ tanpa niat, maka Allah akan mewajibkan sesuatu yang tidak disanggupi seorang hamba. Sedangkan hal itu tidak pernah diberikan kepada manusia. Lalu apakah maksud melakukannya dengan penuh kesulitan dan rintangan. Sesungguhnya jika ragu mendapatkannya, maka dia ia tergolong dalam golongan gila.”

Ibnu Aqil pernah berkata : “Aku pernah ditanya…seorang lelaki mencelupkan tangannya berulang-ulang ke dalam bekas yang berisi air, apakah air tersebut masih sah untuk mandi janabah ataupun tidak?” Aku menjawab : “Pergilah, sesungguhnya solat telah gugur daripadamu.
Lelaki itu bertanya : “Bagaimana hal ini boleh terjadi?”
Aku menjawab : “Nabi s.a.w bersabda : Kewajipan diangkat daripada tiga perkara, iaitu bagi orang gila sehingga ia sembuh.”
(Mauquf. Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi katanya hasan gharib kerana telah diriwayatkan dari sanad Ali daripada Nabi s.a.w. Mereka menambah : “Daripada kanak-kanan sehingga dia iltiham (dewasa). Tetapi kami tidak pernah mengetahui riwayat yang mengatakan bahawa hasan mendengar terus riwayat ini daripada Ali bin Abu Talib daripada Nabi s.a.w)

Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu Taimiyah berkata :
“Adanya keinginan tidak menjadikan seseorang mengetahui keadaan tersebut. Allah menjadikan manusia mencintai keinginannya seperti dirinya sendiri. Jika mereka mengetahuinya sam sebagaimana orang yang ingin melakukan solat, tetapi tidak ingat apakah telah berniat ataupun tidak, sedangkan dia mengira belum berniat, maka jelaslah bahawa keberadaan cinta dan keinginan tidak menjadikan seseorang mangetahuinya.”

Imam Al-Qurthubi berkata :
“Aku mendengar Syeikh Muhammad Al-Mu’thi Al-Iskandariyah berkata : Menurut Al-Baidhawi, syaitan boleh berubah seperti orang miskin. Jika ada yang kelaparan, maka rumah mereka terang benderang, lalu mereka menyangka semua ini berasal daripada Allah.”

Firman Allah :

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah : 268)

Ibnu Abi Hatim berkata bahawa Abu Zar’ah menceritakan kepada kami, Hanadah bin As-Sirri menceritakan kepada kami, Abu Al-Ahush menceritakan kepada kami, daripada Atha’ bin As-Saib daripada Mar’ah Al-Hamdani daripada Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Syaitan akan berkumpul dengan Bani Adam dan satu kumpulan dengan raja. Adapun perkumpulan syaitan adalah menjadikan seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Adapun perkumpulan dengan raja, menjadikannya mengulangi kebaikan serta membenarkan kebenaran.”


Hamidun Al-Qassar berkata :
“Jika iblis dan bala tenteranya berkumpul, mereka tidak akan berbahagia seperti kebahagiaan mereka terhadap tiga perkara :
1. Ketika seorang mukmin membunuh mukmin yang lain,
2. Jika seseorang meninggal dalam keadaan kafir,

3. Hati seseorang yang diselimuti perasaan takut terhadap kemiskinan.”




LAMBANG (ROYAT) SYAITAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH