.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, April 14, 2016

BERLINDUNG DARIPADA GODAAN SYAITAN



Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(Al-A’raf :201)

Orang yang bertakwa akan mendapat keselamatan walaupun kadangkala terlalai. Syaitan akan menggoda hati setiap orang yang bertkwa. Apatah lagi jika lalai daripada zikir, ketika tersedar maka
mereka kembali kepada zikir sehingga syaitan lari daripada mereka. Syaitan akan menggoda setiap kaum muslimin. Maka dengan demikian tidak ada hati yang terlepas daripada godaan iblis kerana adakalanya hati itu tertidur kerana lalai. Manakala syaitan sentiasa menunggu-nunggu keadaan ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata :
“Zikir adalah makananku, jika aku tidak makan, maka aku akan lemah.”

Dalam riwayat daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berkata
لآ إله إلا الله لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

sebanyak seratus kali setiap hari, dia memiliki sepuluh penolong dan dituliskan untuknya seratus kebaikan dan dihilangkan seratus keburukannya. Dia akan terhindar dari kejahatan syaitan dari pagi hingga petang di mana dia membaca amalan tersebut. Tidak ada yang melebihi amalan ini kecuali orang yang lebih banyak mengucapkannya.”
(Hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, At-Tarmizi dan An-Nasa’i)

Dalam sahih Muslim disebutkan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Barangsiapa yang mengucapkan 'Laa ilaaha illallaahu wahdah, laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir' {Tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi Nya. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu} dalam sehari seratus kali, maka orang tersebut akan mendapat pahala sama seperti orang yang memerdekakan seratus orang budak, dicatat seratus kebaikan untuknya, dihapus seratus keburukan untuknya. Pada hari itu ia akan terjaga dari godaan syaitan sampai petang dan tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya, kecuali orang yang membaca lebih banyak dari itu. Barang siapa membaca Subhaanallaah wa bi hamdihi {Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya} seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih lautan."


Dalam sebuah hadis sahih Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda :

عن سَعْدٍ  قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ قَالَ يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ.
Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a, dia berkata, "Kami pernah berada di sisi Rasulullah s.a.w. Setelah itu beliau bertanya, 'Apakah mampu salah seorang dari kalian memperoleh seribu kebaikan dalam sehari?' Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih seribu kebaikan dalam sehari?" Rasulullah berkata, "Ketahuilah bahawa orang yang bertasbih seratus kali akan dicatat seribu kebaikan untuknya dan dihapus seribu kesalahan darinya."

Daripada Abu Maliki Al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“sesungguhnya Allah mengajarkan Yahya bin Zakariya lima kalimah dan memerintahkan agar Bani Israil mengamalkannya.”
Lalu banginda s.a.w menyebutkan tauhid, solat, puasa dan sedekah, kemudian baginda bersabda : “Perumpamaannya adalah seperti yang terhindar daripada musuh kerana melihatnya, demikian pula dengan seorang hamba tidak akan pernah terhindar daripada syaitan kecuali dengan zikir.”
(Riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Ibnu Hibban)

Abdurrahman Al-Habli berkata :
“Jika suatu kaum berkumpul untuk berzikir, maka syaitan akan pergi sambil berkata kepada pengikutnya: “Lihatlah, apakah mereka telah selesai berzikir?.” Syaitan berkata lagi : “Aku takut mereka terus berzikir sehingga Allah menurunkan rahmat bagi mereka, sehingga Allah tidak menurunkan lagi azab.”

Daripada Abu Muawiyah menceritakan kepada kami, Hujjaj menceritakan kepada kami, daripada Rabi bin Maliki daripada Khulah binti Hakim r.anha, dia meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang memasuki suatu tempat kemudian dia membaca
أعوذ بكلمات التمّات من شرّ ما خلق
Dia tidak akan menadapat bahawa selama berada di tempat tersebut.”
(Musnad Imam Ahmad, Sahih Muslim)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِي إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ هُمْ خَيْرٌ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, "Rasulullah s.a.w telah bersabda, 'Allah telah berfirman, 'Aku bergantung pada sangkaan hamba Ku kepada Ku dan Aku akan bersama hamba Ku ketika ia mengingati Ku. Apabila ia mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatnya dalam diri  Ku. Apabila ia mengingati Ku di tengah orang banyak, maka Aku juga akan mengingatnya di tengah orang banyak yang lebih baik daripada mereka. Apabila ia  dekat kepada Ku sejengkal, maka Aku akan  dekat kepadanya sehasta. Apabila ia  dekat kepada Ku sehasta, maka Aku akan  dekat kepadanya sedepa. Apabila ia datang kepada Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.'
(Riwayat Muslim)


والله تعالى أعلم

Rujukan :
Kitab-kitab hadis sahih yang disebutkan di dalam petikan.
Kitab-kitab ulama yang disebutkan di dalam petikan.
Tafsir Al-Quran : Ibnu Kathir, Al-Qurtubhi, Mizan-Thabathaba'i, Ibnu Abbas, Ibnu Hisyam.
Tipu Daya Syaitan : abu Abdurrahman Al-Qaathubi Yasr
Kitab-kitab Sirah Nabawiyah dan Tarikh an-Nabawiyah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH