.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, April 16, 2016

MANHAJ SALAFI

Firman Allah :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.”
(Ali-Imran : 103 )

Firman Allah lagi :

وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka (meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai kepercayaan menurut hawa nafsu mereka ) dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
(Ar-Ruum : 31-32)

Firman Allah lagi :

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”
(An-Nisa’ : 115 )


Rasulullah s.a.w bersabda :
Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabii’t tabi’in )” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Malik telah berkata :
كُلُّ خَيْرٍ فِي إتِباَعِ مَنْ سَلَف وَ كُلُّ شَرٍّ فِي إبْتِداَعِ مَنْ خَلَفِ
“Setiap kebaikan adalah apa-apa yang mengikuti para pendahulu (salaf), dan setiap kejelekan adalah apa-apa yang diada-adakan orang kemudian (khalaf)” dan “Tidak akan baik akhir dari umat ini kecuali kembali berdasarkan perbaikan yang dilakukan oleh generasi pertama”.
Imam Nawawi berkata: “Ulama salaf memiliki ilmu yang sempurna, lurus, jelas dan lebih bersih, karenanya mereka semua menjadi terdepan dalam menyampaikan petunjuk jalan yang benar, penerang jalan dalam langkah mereka. Orang yang duduk bersama mereka tidak merasa celaka, orang yang mengikutinya tidak merasa takut kepadanya, orang yang mengikutinya tidak akan sesat dan orang yang menyalahi mereka tidak mendapatkan petunjuk”.
Pendapat jumhur ulama bahwa yang dimaksud dengan ulama salaf adalah para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in (pengikut tabi’in). karena mereka mendapatkan pujian dari Rasulullah s.a.w dan beliau bersaksi atas mereka dengan kebaikan.
Maka Para SalafusSoleh adalah orang yang paling mengetahui Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya, mas kita wajib mengikuti langkah dan jejak mereka.
Manhaj
Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan yang terang atau jelas” (الوالبيان اضح). Dan apabila dikatakan (طريق نَهج) bererti “Jalan Yang Terang” atau (بين) “Jelas”.
Menurut Ibnu Kathir manhaj ialah:
فَهُوَ الطَّرِيْقُ الْوَاضِحُ السَّهْلُ

“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.

سُنَّةُ النَّبِي ، اَوْ الْبَيِّنُ الْوَاضِحُ

“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas”.
Maka Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.

LANDASAN DAKWAH SALAFIAH

Rasulullah s.a.w bersabda :

تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَى الْحَوْضَ.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat apabila berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitabullah dan sunnahku. Tidak akan bercerai berai sehingga keduanya menghantarkanku ke telaga (di Syurga).”
(Disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Sahihul Jami’)

Maka landasan utama yang dipegang oleh ulama salafiah adalah :

PERTAMA :  Al-Quranul Karim

KEDUA     :  As-Sunnah As-Sahihah (hadis-hadis Rasulullah صلي الله عليه وسلم  yang sahih)
Para Salafiyyin di seluruh penjuru dunia memusatkan per­hatian mereka pada hadis-hadis sahih, (mengapa demikian?) kerana mereka bersepakat bahawasanya telah menyusup ked alam Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم  perkara yang bukan berasal darinya, semenjak lebih dari sepuluh abad yang lalu, dan ini adalah perkara yang tidak terdapat perselisihan padanya. Oleh sebab itu, merupakan kesepakatan pula bahawasanya "tashfiyah" (pemurnian) Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم  dari perkara-perkara yang telah menyusup masuk padanya merupakan sebuah keharusan. Berdasarkan itu, maka para Sala­fiyyin dengan penuh kemantapan (berprinsip) bahawa landasan yang kedua ini (Sunnah) tidak sepatutnya diambil secara sewenangnya, kerana di dalamnya terdapat hadis-hadis dha'if dan maudhu' (palsu) yang tidak boleh diamalkan, sekalipun di dalam fadhaa-ilul 'amaal. Inilah dasar yang kedua, dan inilah yang disepakati oleh kaum muslimin Salaf dan Khalaf.

KETIGA    :  Al-Quran dan As-Sunnah wajib difahami dengan pemahaman Sahabat Nabi صلي الله عليه وسلم, Tabi'in serta Tabi'it Tabi'in.
Landasan ketiga ini merupakan keistimewaan yang dimiliki oleh dakwah Salafiyyah atas seluruh dakwah-dakwah yang berada di muka bumi zaman ini. Dakwah-dakwah tersebut ada yang ber­sumber dari ajaran Islam yang dapat diterima, dan ada pula yang bukan berasal dari Islam kecuali hanya nama saja.

Dakwah Salafiyyah mempunyai keistimewaan dengan dasar yang ketiga ini iaitu Al-Quran dan Sunnah wajib difahami seiringan dengan manhaj Salafus Soleh dari kalangan para Sahabat Nabi صلي الله عليه وسلم, Tabi'in (orang yang mengikuti para Sahabat Nabi صلي الله عليه وسلم , dan Tabi'it Tabi'in (orang yang mengikuti para Tabi'in), dengan kata lain tiga generasi pertama yang telah diberi persaksian akan kebaikan mereka oleh hadis-hadis Rasulullah صلي الله عليه وسلم  yang telah di­maklumi.
Semua ini berdasarkan pada dalil-dalil yang cukup, se­hingga menjadikan kami memastikan bahawa setiap orang yang ingin memahami Al-Quran dan  Sunnah tanpa disertai landasan yang ketiga ini, pasti akan datang dengan membawa ajaran Islam yang baru.

Bukti terbesar yang menunjukkan adanya kelompok-kelompok Islam yang terus bertambah setiap hari. Penyebabnya kerana tidak berpegang teguh pada ketiga landasan ini, Al-Quran, Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم  yang sahih dan pema­haman Salafus Soleh. Ke­lompok ini menyebarluaskan pemikiran-pemikiran dan racun-racunnya di berbagai negeri Islam, dan mendakwahkan bahawa mereka berada di atas Al-Quran dan  Sunnah. Alangkah serupa­nya dakwah mereka itu dengan kelompok Khawarij. Kelompok Khawarij   mendakwah  berpegang teguh pada Al-Quran dan  Sunnah, namun mereka mentafsirkan Al-Quran dengan hawa nafsu mereka tanpa melihat (mengacu) pada pemahaman Salafus Soleh khususnya para Sahabat Nabi صلي الله عليه وسلم.

Para ulama peneliti berkata :
وَكُلُّ خَيْرٍ فِيْ اتَّبَاعِ مَنْ سَلَفَ    وَكُلُّ سَرٍ فِيْ ابْتِدَاعِ مَنْ خَلَفَ
"Segala kebaikan tertumpu dalam mengikuti Salafus Soleh"
"Segala kejahatan pada bid'ah para khalaf (generasi sesudah salaf)".

Ini bukanlah sya'ir, ini adalah perkataan yang disimpulkan dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم, (Allah سبحانه و تعالي  berfirman) :
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”
(An-Nisa’ : 115 )

Allah  سبحانه و تعالي  berfirman :
وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin".

Padahal Allah سبحانه و تعالي    berfirman :
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas ke­benaran baginya, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali".

Allah berfirman :
وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin"

Sabda Rasulullah  صلي الله عليه وسلم tentang perpecahan yang terjadi pada umatnya, beliau صلي الله عليه   وسلم bersabda :
كُلَّهَا فِيْ النَّارِ إِلاَّ وَاحِدَةً قَالُوا مَنْ هِيَ يَارَسُولَ الله؟ قَالَ: الجَمَاعَةُ، وَفِيْ أُحْرَي: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ
"Semuanya di Neraka kecuali satu kelompok, para Sahabat bertanya : "Siapa kelompok itu ya Rasulullah", beliau ber­sabda: "Al-Jama'ah". Dalam riwayat yang lain: "Sesuatu yang mana aku dan para Sahabatku berpijak padanya".

Mengapa Rasulullah  صلي الله عليه وسلم menyebut kelompok yang selamat itu berada di atas pemahaman jama'ah, iaitu jama'ah Rasulullah صلي الله عليه وسلم. Maka yang demikian itu agar beliau menutup jalan bagi orang-orang ahli ta'wil dan orang-orang yang mempermainkan nash-nash Al-Quran dan Hadis.
Firman  Allah سبحانه و تعالي:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ. إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri- seri. Kepada Rabb-nya lah mereka melihat".
(Al-Qiyaamah:22-23)

Ayat di atas adalah nash yang sangat jelas dalam Al-Quran bahawa Allah سبحانه و تعالي  akan memberikan kurnia Nya kepada hamba-hamba Nya yang beriman pada hari Kiamat, mereka akan melihat Yang Mahamulia, sebagaimana dikatakan oleh seorang faqih ahli sya'ir yang ber'aqidah salaf:

يَرَاهُ الْمُؤْمِنُونَ بِغَيْرِكَيْفٍ
وَتَثْبِيْهِ وَضَرْبٍ لِلْمِثْالِ

"Kaum mu'minin melihat Allah tanpa takyif (menanyakan bagaimana), tidak pula tasybih (menyerupakan) dan me­misalkan".

Golongan Mu'tazilah (salah satu golongan sesat) ber­kata "tidak mungkin seorang hamba mampu melihat Rabb-nya di dunia mahupun di akhirat". ( ditanyakan kepadanya) "Akan tetapi ke mana kamu membawa makna ayat itu? ", dia berkata "Ayat itu bermakna: wajah orang-orang mukmin melihat pada kenikmatan Rabb-nya". Maka ditanyakan kepadanya "Kamu mentakwilkan maknanya dengan melihat kenikmatan Rabb-nya. Sedangkan Allah سبحانه و   تعالي berfirman:" "Kepada Rabb-nya lah mereka melihat? ". Dari mana kamu datangkan kata kenikmatan? ". Ia berkata : Ini adalah majaz (kiasan).

Maka dengan itu syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengingkari adanya majaz di dalam Al-Quran kerana majaz merupakan salah satu pegangan terkuat dan terbesar yang telah merobohkan aqidah Islam. Ayat di atas, menetapkan suatu kurniaan Allah  سبحانه و تعالي kepada hamba Nya, iaitu mereka akan melihat wajah Allah سبحانه و تعالي pada hari Kiamat, akan tetapi golongan Mu'tazilah mengatakan tidak mungkin.


Firman Allah سبحانه و تعالي:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

"... Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, Dia-lah Yang Mahamendengar lagi Mahamelihat".
(Asy-Syuura: 11)

Maka sebagai seorang muslim, wajib berpegang kepada Kitabullah   dan Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم  dengan pemahaman Salafus Soleh.

Adapun tujuan-tujuan dakwah Salafiyyah adalah mewujud­kan mayarakat Islam, yang mana dengan masyarakat yang Islami itu dapat merealisasikan hukum-hukum Islam, bukan hukum-hukum selainnya. (kerana) penerapan hukum Islam pada masyarakat yang tidak Islami adalah dua perkara yang berbeza, berlawanan dan tidak akan bertemu.

عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا إِنِّي أُوتِيتُ الْكِتَابَ وَمِثْلَهُ مَعَهُ أَلَا يُوشِكُ رَجُلٌ شَبْعَانُ عَلَى أَرِيكَتِهِ يَقُولُ عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْقُرْآنِ فَمَا وَجَدْتُمْ فِيهِ مِنْ حَلَالٍ فَأَحِلُّوهُ وَمَا وَجَدْتُمْ فِيهِ مِنْ حَرَامٍ فَحَرِّمُوهُ أَلَا لَا يَحِلُّ لَكُمْ لَحْمُ الْحِمَارِ الْأَهْلِيِّ وَلَا كُلُّ ذِي نَابٍ مِنْ السَّبُعِ وَلَا لُقَطَةُ مُعَاهِدٍ إِلَّا أَنْ يَسْتَغْنِيَ عَنْهَا صَاحِبُهَا وَمَنْ نَزَلَ بِقَوْمٍ فَعَلَيْهِمْ أَنْ يَقْرُوهُ فَإِنْ لَمْ يَقْرُوهُ فَلَهُ أَنْ يُعْقِبَهُمْ بِمِثْلِ قِرَاهُ
Dari Al Miqdam bin Ma'di Karib, dari Rasulullah s.a.w bahawa beliau bersabda, "Ketahuilah sesungguhnya telah diberikan kepadaku Al-Quran dan yang sepertinya dengannya (Sunnah) dan akan ada seorang lelaki yang kekenyangan duduk di kursi santainya sambil berkata, 'Hendaknya kalian berpegang teguh kepada Al-Quran! apa yang dihalalkan yang kalian dapatkan padanya maka halalkanlah, dan apa yang kalian dapati diharamkan bagi kalian di dalamnya maka haramkanlah! Ketahuilah, tidak dihalalkan bagi kalian daging himar jinak dan setiap binatang yang mempunyai taring dari binatang buas, serta barang temuan yang terpelihara melainkan pemiliknya tidak memerlukannya. Barangsiapa yang singgah di suatu kaum hendaknya mereka memberikan tempat tinggal, dan apabila mereka tidak memberi tempat tinggal hendaknya ia mengambil dari mereka hak tinggal sesuai hak inapnya. "
(Sahih: Ibnu Majah )


MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT

1.      Golongan Yang Selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah s.a.w dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya.

Iaitu Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada Rasul Nya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis sahih. Beliau memerintahkan umat Islam agar berpegang teguh kepada keduanya:
Rasulullah s.a.w bersabda :

تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَى الْحَوْضَ.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat apabila berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitabullah dan sunnahku. Tidak akan bercerai berai sehingga keduanya menghantarkanku ke telaga (di Syurga).”
(Disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Sahihul Jami’)
   2.      Golongan Yang Selamat akan kembali (merujuk) kepada Kalamullah dan Rasul Nya ketika terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, s firman Allah:

"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang
demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat-nya." (An-Nisaa': 59)

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisaa': 65)
 
     3.      Golongan Yang Selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas Kalamullah dan Rasul Nya, firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hujurat: 1)

Ibnu Abbas berkata:

"Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan, 'Nabi s.a.w  bersabda, sedang mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata'." (Riwayat Ahmad dan Ibnu 'Abdil Barr)
 
      4.      Golongan Yang Selamat sentiasa menjaga kemurnian tauhid.

Mengesakan Allah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan baik dalam masa sulit mahupun lapang, menyembelih korban, bernazar, bertawakkal, berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar.
Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan landasan tauhid. Dan sungguh, suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid, tidak membendung dan memerangi syirik dengan segala bentuknya. Perkara-perkara di atas merupakan tauladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad s.a.w.
 
     5.      Golongan Yang Selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah, baik dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidupnya.

Kerana itulah mereka menjadi orang-orang asing di tengah kaumnya, sebagaimana disabdakan oleh Nabi sa.w:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ وَهُوَ يَأْرِزُ بَيْنَ الْمَسْجِدَيْنِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ فِي جُحْرِهَا
 Dari Ibnu Umar r.a, dari Rasulullah s.a.w  bersabda, "Sesungguhnya Islam datang pertama kali terasa asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana pertama kali muncul, dan Islam akan kembali berlindung di antara dua masjid sebagaimana ular kembali berlindung ke dalam liangnya."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan:

"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (Al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad sahih")
 
   6.      Golongan Yang Selamat tidak berpegang kecuali kepada Kalamullah dan Kalam RasulNya yang maksum, yang berbicara dengan tidak mengikuti hawa nafsu.

Adapun manusia selainnya, betapapun tinggi darjatnya, terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Setiap bani Adam (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad)

Imam Malik berkata, "Tidak seorang pun sesudah Nabi s.a.w melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi s.a.w (yang ucapannya selalu diambil dan diterima)."
 
   7.      Golongan Yang Selamat adalah para ahli hadis.

Tentang mereka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah." (Riwayat Muslim)

Seorang penyair berkata, "Ahli hadis itu, mereka ahli (keluarga) Nabi, sekalipun mereka tidak bergaul dengan Nabi, tetapi jiwa mereka bergaul dengannya.
 
    8.      Golongan Yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.

Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari Al-Quran, hadis-hadis yang sahih, dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis sahih. Ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadis sahih, dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya.
 
   9.      Golongan Yang Selamat menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Mereka melarang segala jalan bid'ah dan perkara-perkara  yang menghancurkan serta memecah belah umat. Samada bid'ah dalam   agama mahupun dalam   sunnah Rasul dan para sahabatnya.
 
    10.  Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan para sahabatnya.

Sehingga mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafa'at Rasulullah dengan izin Allah.
 
   11.  Golongan Yang Selamat mengingkari peraturan perundang-undangan yang dibuat oleh manusia apabila undang-undang tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Golongan Yang Selamat mengajak manusia berhukum kepada Kitabullah yang diturunkan Allah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, sesuai dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman.

Sungguh, sebab kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan mundurnya khususnya dunia Islam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum Kitabullah dan sunnah Rasulullah. Umat Islam tidak akan berjaya dan mulia kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, baik secara peribadi, kelompok mahupun secara pemerintahan. Kembali kepada hukum-hukum Kitabullah,   firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad: 11)
 
     12.  Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.

Jihad adalah wajib bagi setiap Muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan:
Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan: Mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. Rasulullah s.a.w telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda:

"Hari Kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala." (Hadis shaih , riwayat Abu Daud, hadis yang semakna ada dalam riwayat Muslim)

Kedua, jihad dengan harta: Menginfakkan harta buat penyebaran dan peluasan ajaran Islam, mencetak buku-buku dakwah ke jalan yang benar, memberikan santunan kepada umat Islam yang masih lemah iman agar tetap memeluk agama Islam, membeli senjata-senjata dan peralatan perang, memberikan bekal kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.

Ketiga , jihad dengan jiwa:Bertempur   di medan peperangan untuk kemenangan Islam. Agar kalimah Allah ( Laa ilaaha illallah) tetap jaya sedang kalmia  orang-orang kafir (syirik) menjadi hina. Dalam hu bungannya dengan ketiga perincian jihad di atas, Rasulullah   mengisyaratkan dalam sabdanya:

"Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu." (Riwayat. Abu Daud, hadis sahih)

Adapun hukum jihad di jalan Allah adalah:
Pertama , fardhu 'ain : Berupa perlawanan terhadap musuh-musuh yang melakukan penyerangan ke beberapa negara Islam wajib dihalau.

Kedua, fardhu kifayah: Jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur. Seperti dakwah mengembangkan misi Islam ke negara-negara lain, sehingga berlaku hukum-hukum Islam di segenap penjuru dunia. Barangsiapa menghalangi jalan dakwah ini, ia harus diperangi, sehingga dakwah Islam dapat berjalan lancar.

Maka wajiblah berpegang teguh pada manhaj atau madzab Salaf, dia adalah sebuah jaminan bagi seorang muslim untuk tergolong menjadi firqatun naajiyah (kelompok yang selamat), dan tidak masuk dalam kelompok yang sesat, itulah sebagai pemeliharanya.
Dan hendaknya kita menolehkan pandangan kita - ketika mengajak seluruh kaum muslimin untuk berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah di atas manhaj Salafus Soleh sebagaimana yang telah   dijelaskan berupa keterangan dan dalil-dalil yang sahih - bahawasanya kita tidak jauh dari mereka dalam masalah pokok keimanan pada Al-Quran dan   Sunnah. Kerana kita yakin bahawa mereka adalah "orang-orang sakit" dalam 'aqidah mereka, yang dengannya mereka telah menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah. Maka kita selalu mengajak mereka sebagai wujud pelak­sanaan kewajiban dalam berdakwah. Merupakan kaedah dasar bagi setiap orang yang ingin mengajak manusia kepada Islam.

Firman Allah:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik...
(An-Nahl: 125)

Maka merupakan kewajiban kita untuk tidak menganggap remeh dan mempermudahkan orang-orang yang menyimpang dari manhaj Salafus Soleh, tidak hanya dalam permasalahan hukum, bahkan dalam banyak permasalahan yang berkaitan dengan akidah, sebagaimana yang telah disebutkan di atas   berhubungan dengan sifat-sifat Allah dan seumpamanyanya. Maka kita berdakwah kepada mereka dengan cara yang terbaik, tidak kita jauhi dan meninggalkan mereka, berdasarkan sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم:

لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ عَلَي يَدَيْكَ رجُلاً أَحَبَّ إِلَي مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

"Bahawa Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan perantaramu lebih aku sukai daripada unta merah (harta yang berharga)

 _______________

Sahih Muslim
Sahih Bukhari
Sahih Abu Daud
Sahih Muslim
Sahih Ahmad
Tafsir Ibnu Kathir
Sahihul Jami’
TIGA LANDASAN UTAMA MANHAJ SALAF : SyEikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
AL FIRQOTUN NAAJIYAH : Syeikh Muhammad Jamil Zainu
At-Tabari
Fathul Qadir : As-Syaukani.
Fathul Bari (Kitab al-Iman).
Ibnu Kathir. : Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah Khalid bin Abdullatif.


TANDA TANDA GOLONGAN YANG SELAMAT


Golongan Yang Selamat jumlahnya sangat sedikit di tengah banyaknya Umat Manusia .

Tentang keadaan mereka, Rasulullah s.a.w  bersabda,
"Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang soleh di kalangan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang menderhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." (Riwayat  Ahmad, hadis sahih)

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Firman Allah :
"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Saba': 13)
 
Golongan Yang Selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan dilecehkan dengan gelaran dan sebutan yang buruk. 

Nasib mereka seperti nasib para anbiya’ yang dijelaskan dalam firman Allah,

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)."
(Al-An'am: 112)

Sebagaimana Rasulullah s.a.w, ketika mengajak kepada tauhid, terhadap kaumnya beliau digelarkan dan dituduh sebagai "tukang sihir lagi sombong". Padahal sebelumnya mereka memberi beliau dengan gelaran "ash-shadiqul amin", yang jujur dan dapat dipercayai.
 
Syeikh Abdul Aziz bin Baz  ketika ditanya tentang Golongan Yang Selamat, beliau menjawab, "Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para Salafus Soleh (Rasulullah s.a.w, para sahabat dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka)."

 
GOLONGAN YANG MENDAPAT PERTOLONGAN (THA'IFAH MANSHURAH)

Siapakah Tha'ifah Manshurah yang bakal mendapat pertolongan Allah?

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah."
(Riwayat. Muslim)
 
Rasulullah s.a.w juga bersabda,

"Jika penduduk Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan di antara kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang hari Kiamat."
(Riwayat  Ahmad, hadis sahih)
 
Ibnu Mubarak berkata, "Menurutku, mereka adalah Ashhabul Hadis (para ahli hadis)."
 
Imam Bukhari menjelaskan, "Menurut Ali bin Madini mereka adalah Ashhabul hadis."
 
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Jika golongan yang mendapat pertolongan itu bukan Ashhabul hadis maka aku tidak mengetahui lagi siapa sebenarnya mereka."
 
Imam Syafi'i berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal, "Engkau lebih tahu tentang hadis daripada aku. Bila sampai kepadamu hadis yang sahih maka beritahukanlah padaku, sehingga aku bermazhab dengannya, baik ia (mazhab) Hijaz, Kufah mahupun Basrah."
 
Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Syarafu Ashhabil Hadis menulis :
"Jika shahibur ra'yi disibukkan dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya, lalu dia mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w, nescaya dia akan mendapatkan sesuatu yang membuatnya tidak memerlukan lagi selain sunnah.
Sebab sunnah Rasulullah s.a.w mengandungi pengetahuan tentang dasar-dasar tauhid, menjelaskan tentang janji dan ancaman Allah, sifat-sifat Tuhan semesta alam, mengkhabarkan perihal sifat Syurga dan Neraka, apa yang disediakan Allah di dalamnya buat orang-orang yang bertaqwa dan yang ingkar, ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi.”

Di dalam hadis terdapat kisah-kisah para nabi dan berita-berita orang-orang zuhud, para kekasih Allah, nasihat-nasihat yang mengena, pendapat-pendapat para ahli fiqih, khutbah-khutbah Rasulullah s.a.w  dan mukjizat-mukjizatnya...
Di dalam hadis juga terdapat tafsir Al-Quran berupa khabar dan peringatan yang penuh bijaksana, pendapat-pendapat sahabat tentang berbagai hukum yang terpelihara.
Allah menjadikan ahli hadis sebagai tiang seri syari'at. Dengan mereka, setiap bid'ah yang keji dihancurkan. Mereka adalah pemegang amanah Allah di tengah para makhluk Nya, perantara antara nabi dan umatnya, orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam me-melihara kandungan (matan) hadis, cahaya mereka berkilau dan keutamaan mereka senantiasa hidup.
Setiap golongan yang cenderung kepada nafsu jika sadar pasti kembali kepada hadis. Tidak ada pendapat yang lebih baik selain pendapat ahli hadis. Bekal mereka Kitabullah, dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah hujjah mereka. Rasulullah s.a.w kelompok mereka, dan kepada beliau nisbah mereka, mereka tidak mengendahkan berbagai pendapat, selain merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Barangsiapa menyusahkan mereka, nescaya akan dibinasakan oleh Allah, dan barangsiapa memusuhi mereka, nescaya akan dihinakan oleh Allah."


JANGAN MENOLAK KEBENARAN

Allah telah mengutus segenap rasul Nya kepada umat manusia. Allah memerintahkan mereka agar menyeru manusia beribadah kepada Allah dan mengesakan Nya.
Tetapi sebahagian besar umat-umat itu mendustakan dakwah para rasul. Mereka menentang dan menolak kebenaran yang kepadanya mereka diseru, yakni tauhid. Oleh itu kesudahan mereka adalah kehancuran dan kebinasaan.
Rasulullah s.a.w bersabda,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang ada kesombongan seberat biji sawi di dalam hatinya." Seorang laki-iaki bertanya, "Sesungguhnya semua orang senang bajunya bagus, sandalnya bagus, (apakah itu kesombongan?") Beliau s.a.w menjawab, "Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia".
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, setiap mukmin tidak boleh menolak kebenaran dan nasihat, sehingga menyerupai orang-orang kafir, juga agar tidak terjerumus ke dalam sifat sombong yang boleh menghalangnya masuk Syurga. Maka hikmah (kebijaksanaan) adalah harta orang mukmin yang hilang. Di mana saja ditemukan, maka ia akan mengambil dan memungutnya. Maka dari itu, kita wajib menerima kebenaran dari siapa saja.
Tersebut dalam riwayat, bahawa Rasulullah s.a.w  menjadikan Abu Hurairah sebagai penjaga Baitul Maal.
Suatu hari, datang seseorang untuk mencuri, tetapi Abu Hurairah segera mengetahui, sehingga menangkap pencuri tersebut. Pencuri itu lalu mengharap, merayu dan mengadu kepada Abu Hurairah, bahawa ia orang yang amat lemah dan miskin lalu melepaskan pencuri tersebut.
Tetapi pencuri itu kembali lagi melakukan pada kali kedua dan ketiga. Abu Hurairah kemudian menangkapnya, seraya mengancam, "Sungguh, aku akan mengadukan perbuatanmu kepada Rasulullah s.a.w ."
Orang itu ketakutan dan berkata merayu, "Biarkanlah aku, jangan adukan perkara ini kepada Rasulullah! Jika kau penuhi, sungguh aku akan mengajarimu suatu ayat dari Al-Qu'an, yang jika engkau membacanya, nescaya setan tak akan mendekatimu." Abu Hurairah bertanya, "Ayat apakah itu?"
Ia menjawab, "Ia adalah ayat Kursi." Lalu Abu Hurairah melepas kembali pencuri tersebut. Kemudian Abu Hurairah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w  apa yang ia saksikan. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya padanya, "Tahukah kamu, siapakah orang yang berbicara tersebut? Sesungguhnya ia adalah syaitan. Ia berkata benar padahal dia adalah pendusta."
(Riwayat Bukhari).









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH