.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, July 1, 2015

Qiraat dan Tarannum : Suatu Pengenalan


A. QIRAAT AL-QURAN
Qiraat ( قراءة ) adalah dalam bentuk masdar dari perkataan ( قرأ ) yang bermaksud bacaan. Sedangkan menurut terminologi, terdapat berbagai pendapat para ulama tentang pengertian makna qiraat ini. Menurut Al-Dimyathi sebagaimana dipetik oleh Dr. Abdul Hadi al-Fadli bahawasanya qiraat adalah: “Suatu ilmu
untuk mengetahui cara pengucapan lafaz-lafaz al-Quran, baik yang disepakati maupun yang diikhtilafkan
oleh para ahli qiraat, seperti hazf (membuang huruf), isbat (menetapkan huruf), wasal (menyambung huruf), ibdal (menggantikan huruf atau lafaz tertentu) dan lain-lain yang didapat melalui deria pendengaran.”
Imam Shihabuddin al-Qushthal, qiraat adalah “Suatu ilmu untuk mengetahui kesepakatan serta perbezaan para ahli qiraat, seperti yang bersangkutan dengan aspek bahasa, i’rab, isbat, fasal dan lain-lain yang diperolehi dengan cara periwayatan.” Dari definisi-definisi di atas, nampak bahawa qiraat al-Quran berasal dari Nabi Muhammad SAW, melalui al-sima’ ( السماع ) dan an-naql ( النقل ). Berdasarkan huraian di atas pula dapat disimpulkan bahawa:
1.Yang dimaksudkan qiraat dalam perbahasan ini, iaitu cara pengucapan lafaz-lafaz al-Quran sebagaimana yang di ucapkan Nabi saw atau sebagaimana yang di ucapkan para sahabat di hadapan Nabi lalu beliau mentaqrirkannya.
2. Qiraat al-Quran diperolehi berdasarkan periwayatan Nabi saw, baik secara fi’liyah mahupun taqririyah.
3. Qiraat al-Quran tersebut adakalanya memiliki satu versi qiraat dan adakalanya memiliki beberapa bentuk. Selain itu ada beberapa ulama yang mengaitkan definisi qiraat dengan mazhab atau imam qiraat tertentu. Muhammad Ali ash-Shobuni contohnya, mengemukakan definisi sebagai berikut: “Qiraat merupakan suatu mazhab tertentu dalam cara pengucapan al-Quran, dianuti oleh salah satu imam qiraat yang berbeza dengan mazhab yang lain, berdasarkan sanad-sanadnya yang bersambung sampai kepada Nabi saw.” Sehubungan dengan ini, terdapat beberapa istilah tertentu dalam menisbatkan suatu Qiraat al-Quran kepada salah seorang imam qiraat dan kepada orang-orang sesudahnya. Istilah tersebut antara lain adalah sebagai berikut:
1. القرأة : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang imam qiraat tertentu seperti qiraat Nabi umpamanya.
2. الرواية : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang perawi qiraat dari imamnya.
3. الطريق : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang pembaca al-Quran berdasarkan pilihannya terhadap bentuk qiraat tertentu.
Perbezaan Qiraat
Pendapat-pendapat para ulama:
1. Sebagaimana ulama berpendapat bahawa perbezaan Qiraat al-Quran disebabkan kerana perbezaan qiraat Nabi saw, ertinya dalam menyampaikan dan mengajarkan al-Quran, baginda membacakannya dalam berbagai bentuk qiraat. Contoh: Nabi pernah membaca ayat 76 surat ar-Rahman dengan qiraat yang berbeza. Ayat tersebut berbunyi: مُتَّكِئِيْنَ عَلَى رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَ عَبْقَرِيٍّ حِسَاٍن .Lafaz ( رَفْرَفٍ ) juga pernah dibaca Nabi dengan lafaz ( رَفَارَفٍ ), demikian pula dengan lafaz ( عَبْقَرِيٍّ ) pernah dibaca (عَبَاقَرِيٍّ ), sehingga menjadi:مُتَّكِئِيْنَ عَلَى رَفَارَفٍ خُضْرٍ وَعَبَاقَرِيٍّ حِسَانٍ
2. Pendapat lain mengatakan: Perbezaan pendapat disebabkan adanya taqrir Nabi saw terhadap berbagai qiraat yang berlaku dikalangan kaum muslimin pada saat itu. Sebagai contoh: ( حَتَّى حِيْنَ ) dibaca ( حَتَّى عِيْنَ ), atau ( تَعْلَمْ ) dibaca ( تِعْلَمْ ).
3. Suatu pendapat mengatakan, perbezaan qiraat disebabkan kerana perbezaannya qiraat yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi saw melalui perantaraan Malaikat Jibril as.
4. Jumhur ulama ahli qiraat berpendapat bahawa perbezaan qiraat adalah disebabkan dengan adanya riwayat para sahabat Nabi saw berbagai bentuk qiraat yang ada.
5. Sebahagian ulama berpendapat, perbezaan qiraat disebabkan adanya perbezaan dialek bahasa di kalangan bangsa Arab pada masa turunnya al-Quran.
6. Perbezaan qiraat merupakan hasil ijtihad atau rekaan para imam qiraat. Baihaqi menjelaskan bahawa mengikuti orang-orang sebelum kita dalam hal-hal qiraat merupakan sunnah, tidak boleh menyalahi mushaf dan tidak pula menyalahi qiraat yang mashur meskipun tidak berlaku dalam bahasa arab.
Tingkatan Qiraat
(2). مطابقة الرسم , harus sesuai dengan rasm mushaf salah satu mushaf Uthmani. 
(3). موافقة العربية , harus sesuai dengan kaedah Bahasa Arab. Jika salah satu dari syarat ini tidak terpenuhi, maka qiraat itu dinamakan qiraat yang lemah, syadz atau bathil. Berdasarkan kuantiti sanad dalam periwayatan qiraat tersebut dari Nabi saw, maka para ulama mengklasifikasikan qiraat al-Quran kepada beberapa tingkatan. Sebahagian ulama membahagi qiraat kepada 6 tingkatan, iaitu seperti berikut:
1. المتواتر : Qiraat yang dinukilkan oleh sejumlah besar periwayat yang tidak mungkin bersepakat untuk berdusta.
2. المشهور : Qiraat yang sahih sanadnya tetapi tidak mencapai darjat mutawatir dan sesuai dengan kaedah Bahasa Arab juga rasm Uthmani.
3. الآحد : Qiraat yang sahih sanadnya tetapi menyalahi rasm Uthmani ataupun kaedah Bahasa Arab (qiraat ini tidak termasuk qiraat yang diamalkan).
4. الشاذ : Qiraat yang tidak sahih sanadnya, seperti qiraat مَلَكَ يَوْمَ الدِّيْنِ , versi lain qiraat yang terdapat dalam firman Allah, berikut: مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ (الفاتحة:4)
5. الموضوع : Qiraat yang tidak ada asalnya.
6. المدرج : Qiraat yang berfungsi sebagai tafsir atau penjelas terhadap suatu ayat al-Quran.
Jenis-jenis Qiraat
Yang dimaksudkan dengan jenis-jenis qiraat disini iaitu ragam qiraat yang dapat diterima sebagai qiraat al-Quran. Dan hal ini banyak berkait dengan qiraat sab’ah dan qiraat syazzat.
a. Qiraat Sab’ah
Iaitu tujuh versi qiraat yang diisbatkan kepada para imam qiraat yang berjumlah tujuh orang, iaitu: Ibn Amir, Ibn Katsir, Ashm, Abu Amr, Hamzah, Nafi dan al-Kisai. Qiraat ini dikenali di dunia Islam pada akhir abad ke-2 hijrah, dan di bukukan pada akhir abad ke-3 hijrah di Baghdad, oleh seorang ahli qiraat bernama Ibn Mujahid Ahmad Ibn Musa Ibn Abbas. Contoh qiraat sab’ah yang tidak mempengaruhi makna, adalah: وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْنًا {البقرة : 83} . Ibn Katsir, Abu Amr, Nafi, Ashm dan Ibn Amir membaca حُسْبًا , sementara Hamzah dan al-Kisai membacaحَسَنًا .Contoh qiraat sab’ah yang mempengaruhi makna, adalah: وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُوْنَ {الأنعام : 132 } Ibn Amir membaca تَعْمَلُوْنَ , sementara yang lainnya membaca يَعْمَلُوْنَ .
     Qiraat Syazzat
Iaitu qiraat yang sanadnya sahih, sesuai dengan kaedah Bahasa Arab, akan tetapi menyalahi rasm Usmani. Dengan demikian qiraat ini dapat diterima kewujudannya, akan tetapi para ulama sepakat tidak mengakui kegunaannya, dengan kata lain qiraat ini dimaksudkan sebagai penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kegunaannya. Beberapa contoh qiraat syazzat adalah:
· Qiraat Aisyah dan Hafsah
· Qiraat Ibn Mas’ud
· Qiraat Ubay Ibn Ka’ab
· Qiraat Sa’ad Ibn Abi Waqas
· Qiraat Ibn Abbas
· Qiraat Jabir
 Mempelajari Qiraat
Dengan berbagai variasi qiraat, maka banyak sekali manfaat atau faedah mempelajari qiraat, diantaranya:
1. Menunjukkan betapa terpelihara dan terjaganya kitab Allah dari perubahan dan penyimpangan.
2. Meringankan umat Islam dan memudahkan mereka untuk membaca al-Quran
3. Bukti kemukjizatan al-Quran dari segi kepadatan makna, kerana setiap qiraat menunjukkan sesuatu hukum syara’ tertentu tanpa perlu pengulangan lafaz.
4. Penjelasan terhadap apa yang mungkin masih global dalam qiraat lain.
5. Memperbanyakkan pahala.
Perbezaan Qiraat Terhadap Istinbat Hukum
Sebelum masuk kepada pengaruh perbezaan qiraat terhadap istinbat hukum, perkataan istinbat ( إستنباط ) adalah dari Bahasa Arab yang akar katanya al-nabth ( النبط ) bererti air yang pertama kali keluar atau tampak pada saat seseorang menggali telaga.
Adapun istinbat menurut bahasa bererti: “Mengeluarkan air dari mata air (dalam tanah)”, kerana itu, secara umumnya kata istinbat ini dipergunakan dalam erti istikhraj ( استخراج ), mengeluarkan. Sedangkan menurut istilah, yang dimaksudkan dengan istinbat ialah: إستخراج المعانى من النصوص بفرط الذهب وقوة الفريحة “Mengeluarkan kandungan hukum dari nas-nas yang ada (al-Quran dan as-Sunnah), dengan ketajaman nalar serta kemampuan yang optimal.”
Dari definisi di atas, dapat difahami bahawa, kepentingan istinbat iaitu: Upaya melahirkan ketentuan-ketentuan hukum yang terdapat baik dalam al-Quran maupun dari as-Sunnah. Mengenai objek atau sasarannya iaitu dalil-dalil syar’i baik berupa nas maupun bukan nas, namun hal ini masih berasaskan kepada nas.
Adapun perbezaan qiraat al-Quran yang khusus menyangkut ayat-ayat hukum dan berpengaruh terhadap istinbat hukum, dapat dikemukakan dalam contoh berikut: Firman Allah SAWT:يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ قَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْابِرُءُ وْسِكُمْ وَاَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ { المائدة : 6 } “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai kedua mata kaki.” (QS. al-Maidah/5: 6)
Ayat ini menjelaskan, bahawa seseorang yang hendak mendirikan solat, diwajibkan berwuduk. Caranya adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah di atas. Sementara itu, para ulama berbeza pendapat tentang apakah dalam berwuduk, kedua kaki ( وارجلكم ) wajib dicuci atau hanya wajib disapu dengan air.
Hal ini adalah kerana adanya dua versi qiraat yang bersangkut dalam hal ini. Ibn Kathir, Hamzah dan Abu Amr membaca وَاَرْجُلِكُمْ . Nafi, Ibn Amir dan al-Kisai membaca وَاَرْجُلَكُمْ Sementara Ashm riwayat Syu’bah membaca وَاَرْجُلِكُمْ , sedangkan Ashm riwayat Hafsah membaca وَاَرْجُلَكُمْ .
Qiraat وَاَرْجُلَكُمْ menurut zahirnya menunjukkan bahawa kedua kaki wajib dicuci, yang dalam hal ini ma’thuf kepada قَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ. Sementara qiraat وَاَرْجُلِكُمْ menurut zahirnya menunjukkan bahawa kedua kaki hanya wajib disapu dengan air, yang dalam hal ini ma’thuf kepada وَامْسَحُوْابِرُءُ وْسِكُمْ .Jumhur ulama lebih cenderung memilih qiraat وَاَرْجُلَكُم , mereka memberikan pendapat sebagai berikut: 
(a). Menunjukkan betapa terpelihara dan terjaganya kitab Allah dari perubahan dan penyimpangan. 
(b). Dalam ayat tersebut Allah membataskan kaki sampai mata kaki, sebagaimana halnya membatasi tangan sampai dengan siku. Hal ini menunjukkan bahawa dalam berwuduk, kedua kaki wajib dicuci sebagaimana diwajibkannya mencuci kedua tangan.
Selain itu jumhur berupaya menta’wilkan qiraat وَاَرْجُلِكُمْ sebagai berikut:
a. Qiraat وَاَرْجُلِكُمْ kedudukannya ma’thuf kepada kata وَاَيْدِيَكُمْ , akan tetapi kata وَاَرْجُلِكُمْ dibaca majrur disebabkan karena berdekatan dengan رُءُوْسِكُمْ yang juga majrur.
b. Lafaz اَرْجُلِكُمْ dalam ayat tersebut dibaca majrur, semata-mata kerana ma’thuf kepada lafaz وَاَرْجُلِكُمْ yang majrur. Akan tetapi ma’thufnya hanya dari segi lafaz bukan dari segi makna.
Sementara itu, sebahagian ulama dari kalangan Syi’ah Immamiyyah lebih cenderung memilih qiraat وَاَرْجُلِكُمْ . Sedangkan ulama az-Zahir berpendapat bahawa dalam berwuduk diwajibkan menggabungkan antara mengusap dan mencuci dua kaki, dengan alasan mengamalkan ketentuan hukum yang tedapat dalam dua versi qiraat tersebut. Menurut Ibn Jabir at-Thabari berpendapat bahawa seseorang yang berwuduk, boleh memilih antara mencuci kaki dan mengusapnya (dengan air).
Dari huraian di atas nampak jelas bahawa perbezaan qiraat dapat menimbulkan perbezaan istinbat hukum. Qiraat وارجلكمdipahami oleh jumhur ulama dengan menghasilkan ketentuan hukum, bahawa dalam berwuduk diwajibkan mencuci kedua kaki, sementara qiraat وَاَرْجُلِكُمْ difahami oleh sebahagian ulama dengan menghasilkan ketentuan hukum bahwa dalam berwuduk tidak diwajibkan mencuci kedua kaki, akan tetapi diwajibkan mengusapnya. Sementara ulama lainnya membolehkan untuk memilih salah satu dari kedua ketentuan hukum tersebut. Dan ada pula yang mewajibkan untuk menggabungkan kedua ketentuan hukum tersebut.

B. TARANNUM AL-QURAN
Taranum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya.
Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran.“
Terdapat pelbagai aliran taranum seperti misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.

Rasulullah saw bersabda :
حَسِّنُوا الْقُرْءَانَ بِأَصْوَاتِكُمْ فَأِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيْدُ الْقُرْءَانَ حَسَنًا
Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan
bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan
seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :
إقرؤا القرأن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون اهل الفسق وأهل كتابين
Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).
Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai Kemahiran al-Quran khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli al-Quran merupakan “Ahlullah Wa Khassah” yang dijanjikan kedudukan yang mulia di sisi Allah swt.

Jenis-jenis Tarannum



TARANNUM BAYYATI


Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Contoh :

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah
• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

HUKUM

Ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.”
Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang daripada mendengarnya.
Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:
“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”
Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.
Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.
Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)
“Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar,” katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:
“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768).
“Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.
“Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.
“Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.
“Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah,” katanya.
Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.
“Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum,” katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadis bermaksud: “Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.”
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.
“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
“Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan al-Quran,” katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi), lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
“Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.
“Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
“Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH