.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, November 3, 2014

PERINTAH MENJAGA LIDAH


وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

".....dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyanyang." ( Al-Hujurat : 12 ).

HADIS-HADIS RASULULLAH SAW


1-   Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjada apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan
apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)


2-   Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathul Bari. Jld 8:316)



3-   Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Tarmizi:2406)



4-   Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kpa Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami. (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)



5-   Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)



6-   Daripada Ibnu Masud: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah” (lihat al-Targhib, jld 3:526-oleh al-Mundziri)



7-   Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang keduan-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya drp yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Hal-1938)


Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman” ( Hadith riwayat Muslim ).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)