.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, November 8, 2014

NASIHAT RASULULLAH S.A.W


 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari :

"Wahai Abu Dzar,
1. Perbaharuilah perahumu, kerana lautan itu sangat dalam;


Perbaharui perahumu maksudnya perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar engkau memperoleh pahala dan selamat dari siksa Allah s.w.t. Hanya dengan Niat yang ikhlas dapat menghubung setiap perbuatan kita kepada keredhaan Allah. Diserupakannya akhirat dengan lautan yang dalam,
perjalanan yang jauh, dan rintangan yang amat sulit untuk diatasi, kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dilewati untuk sampai kepada kebahagiaan akhirat.

2. Carilah bekalan yang lengkap, karena perjalanan itu sangat jauh;



Bekalan adalah Amal yang soleh, kerana tiada apapun yang diadakan di dunia ini yang mendatangkan manfaat ( sebagai bekal ) kelak di akhirat, selain perbuatan yang tidak melanggar hak orang lain dan bertujuan hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.

3. Kurangilah beban, kerana rintangan itu amatlah sukar diatasi; dan



Kurangilah beban, yang bermaksud janganlah mengambil dunia dengan sebanyaknya. Semua hal tentang dunia itu tidak bermanfaat bagimu ( kita ), kecuali hanya akan menjadi beban diakhirat kelak, kerana semua itu akan ditanya  dari mana? bagaimana?; dan  untuk apa?. Ibaratnya, sebiji paku yang kita miliki, kelak akan diminta pertanggung jawaban kita dari mana paku itu kita dapat, bagaimana paku itu kita dapatkan, dan untuk apa paku itu kita pergunakan. Dan itu bererti, semakin banyak kita mengumpul dunia, semakin banyak pula pertanggung jawaban yang harus kita tanggung kelak.

4. Ikhlaslah dalam beramal, kerana yang menilai baik dan buruk adalah Dzat Yang Maha Melihat."
Ikhlaslah dalam beramal. Dunia ini dihuni oleh sekumpulan makhluk yang tidak sempurna. Yang mempunyai pancaindra yakni penglihatan, melihat jernihnya warna Air laut tampak seperti biru, yang mempunyai pancaindra yakni pendengaran dari suara pada ambang batas frekuensi hanya mulai dari 20 hertz hingga 20.000 hertz sahaja, yang hanya mampu membaca hikmah sebatas ilmu yang dimilikinya sahaja. Haruskah kita mencari penilaian bagi segala amal kita kepada mereka (manusia) yang terbatas? Dan apakah penilaian mereka (manusia) akan menentukan baik-buruknya kita diakhirat kelak?

Anas meriwayatkan bahwa :

"Pada suatu hari Rasulullah keluar rumah, sambil memegang tangan Abu Dzar beliau bersabda : "Wahai Abu Dzar, tahukah engkau bahawa dihadapan kita ada rintangan yang amat sukar untuk diatasi, yang tidak akan mampu untuk melewatinya, kecuali orang yang ringan?" Lantas ada seorang lelaki berkata : "Ya Rasulullah, apakah aku termasuk orang yang ringan atau orang yang berat?" Maka Rasulullah s.a.w bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk sehari?" Lelaki tadi menjawab : "Punya!" Rasulullah lalu bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk esok?" Lelaki itu menjawab : "Punya!" Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Apakah engaku punya makanan untuk lusa?" Lelaki itu menjawab : "Tidak!" Beliau lantas bersabda : "Apabila engkau memiliki makanan buat jatah sampai tiga hari, maka engkau termasuk orang-orang yang berat."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)