Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah , "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah"
Hadis riwayat Imam Muslim
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kaum
perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.” (surah al-Hujurat: 11)
"Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna"
[surah Al-Mu'minun : 3]
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang mampu menjaga apa yang terdapat di antara dua janggutnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, maka aku jamin dia akan masuk syurga."
Sabda Rasulullah S.A.W
"Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang yang diumpat."
-Hadis Riwayat Ibnu Abid dan Ibnu Hibban-
Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dab bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan”
(HR Abu Daud, Tirmidzi)
Lidah adalah anggota yang boleh membawa ke Syurga namun ramai manusia tidak memanfaatkannya...
Bagaimana lidah boleh membawa ke Neraka?
1.Bercakap bohong.
2.Mengumpat.
3.Mengejek.
4.Mencari kesalahan orang lain.
5.Menghina.
6.Batu api.
7.Marah melampau.
8.Prasangka buruk.
9.Rasuah.
10.Mengajar kejahatan.
11.Mempermainkan agama.
12.Memaki hamun.
13.Merendahkan martabat orang lain.
14.Mengajar ilmu sesat.
15.Mungkir janji.
16.Tidak bersyukur.
17.Memanggil gelaran yang buruk.
18.Sengaja melahirkan kemarahan orang lain.
19.Menutup keaiban produk dalam bisnes.
20.Memuji kelebihan produk dalam bisnes tanpa fakta sebenar.
21.Menipu pelanggan dalam bisnes.
22.Lidah bercabang.
23.Membocorkan rahsia.
24.Mendedahkan kelemahan dan keaiban pasangan bukan di Mahkamah.
25.Meniru suara berlainan jantina: Lelaki bercakap suara perempuan atau perempuan bercakap dengan suara lelaki.
26.Suka bergaduh.
27.Sumpah bohong.
28.Bersumpah bukan dengan nama Allah.
29.Mencarut.
30.Mengutuk orang atau makhluk.
Demikianlah beberapa kesalahan lidah.Lidah boleh menyebabkan manusia terpalit dosa-dosa besar dan pastinya dosa besar membawa manusia ke Neraka.
Bagaimana lidah boleh membawa ke Neraka?
1.Bercakap bohong.
2.Mengumpat.
3.Mengejek.
4.Mencari kesalahan orang lain.
5.Menghina.
6.Batu api.
7.Marah melampau.
8.Prasangka buruk.
9.Rasuah.
10.Mengajar kejahatan.
11.Mempermainkan agama.
12.Memaki hamun.
13.Merendahkan martabat orang lain.
14.Mengajar ilmu sesat.
15.Mungkir janji.
16.Tidak bersyukur.
17.Memanggil gelaran yang buruk.
18.Sengaja melahirkan kemarahan orang lain.
19.Menutup keaiban produk dalam bisnes.
20.Memuji kelebihan produk dalam bisnes tanpa fakta sebenar.
21.Menipu pelanggan dalam bisnes.
22.Lidah bercabang.
23.Membocorkan rahsia.
24.Mendedahkan kelemahan dan keaiban pasangan bukan di Mahkamah.
25.Meniru suara berlainan jantina: Lelaki bercakap suara perempuan atau perempuan bercakap dengan suara lelaki.
26.Suka bergaduh.
27.Sumpah bohong.
28.Bersumpah bukan dengan nama Allah.
29.Mencarut.
30.Mengutuk orang atau makhluk.
Demikianlah beberapa kesalahan lidah.Lidah boleh menyebabkan manusia terpalit dosa-dosa besar dan pastinya dosa besar membawa manusia ke Neraka.