Baqi bin
Mukhlid menyebut di dalam tafsirnya :
“Iblis menjerit
sebanyak empat kali, iaitu ketika di laknat, ketika dibuang, ketika Rasulullah
s.a.w dilahirkan dan ketika Fatihatul Kitab diturunkan.”
Sa’id bin Jabir
pula berkata :
“Ketika Allah
melaknat iblis pada ketika itu wujudnya telah disamakan dengan malaikat, ia
menjerit. Setiap jeritan di dunia terasa hingga hari kamat.”
Riwayat
daripada Ibnu Hatim daripada Sa’id bin Jabir daripada Ibnu Abbas, bahawa ketika
Rasulullah s.a.w Berjaya mengusai Kot Mekah, iblis memanggil seluruh tenteranya
dan berkata : “Keinginan kamu untuk mengembalikan umat Muhammad kepada
kemusyrikan telah hilang, tetapi jadikanlah mereka tertipu dalam agamanya dan
biarkanlah mereka menangis.”
(Riwayat
At-Tabrani, Abu Na’im dan Ad-Diya’)
1. Bisikan iblis terhadap Adam dan Hawa ketika menamakan anak
Firman Allah :
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ
مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلًا
خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ
آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
فَلَمَّا آتَاهُمَا صَالِحًا جَعَلَا لَهُ شُرَكَاءَ
فِيمَا آتَاهُمَا فَتَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Dialah
Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan
isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya,
isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan
(beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri)
bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi
kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur."
Tatkala Allah
memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka keduanya menjadikan
sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya
itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.”
(orang-orang
musyrik itu menjadikan sekutu bagi Tuhan dalam menciptakan anak itu dengan erti
bahawa anak itu mereka pandang sebagai hamba pula bagi berhala yang mereka
sembah. Maka itulah mereka menamakan anak-anak mereka dengan Abdul Uzza, Abdu
Manaah, Abdu Syam dan sebagainya.)
(Al-A’raf
189-190)
Para
ulama tafsir berpendapat :
Dari
riwayat yang berasal daripada Ibnu Abbas
serta para sahabat lain seperti Said bin Jabir, Ikrimah dan para ulama tafsir
yang lain bahawa :
Gambar hiasan |
Ketika
Hawa mengandung, iblis telah datang kepada kepada Adam dan Hawa dengan berkata
: “Apakah kamu tahu bahawa jika anak yang akan kamu lahirkan ini tidak diberi
nama Abdul Haris, maka dia akan lahir cacat ataupun menjadi seekor haiwan?”.
Pada mulanya Nabi Adam a.as dan Hawa menamakan anak itu Abdullah dan
Ubaidillah, namun keduanya meninggal dunia. Maka iblis berkata kepada mereka :
“Jika kamu menamakan anak itu Abdul Haris, maka sudah tentu dia kan hidup
sehingga sekarang.”
(Hadis dhaif. Diriwayatkan Imam At-Tarmizi
menurutnya bahawa hadis ini hasan gharib dan tidak diketahui marfu’ kecuali
daripada Umar bin Ibrahim daripada Qatadah)
Maksud
firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 190 adalah orang-orang musyrik daripada
keturunan Adam dan Hawa. Maka atas sebab itu tidaklah mungkin Nabi Adam a.s
musyrik kepada Allah sedangkan dialah seorang nabi dan rasul yang dilantik dan
terpelihara daripada kemusyrikan. Para ulama Muhaqqiq antaranya Al-Wahidi
berkata : “maksud fitnah ini adalah qusai bin Kilab dengan sebutan Abdul Manaf,
Abdul Izza, Abdu Qushai, Abdul Dar. Maka yang demikian tujuan perintah ayat ini
adalah kepada kaum Quraisy yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Beliau
adalah daripada keluarga Qusai sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w tentang
kisah Ummu Abdu.”
Terdapat
juga ahli tafsir berpendapat dengan pendapat yang menakjubkan bahawa iblis
berkata kepada Nabi Adam a.s dan Hawa : “Jika engkau tidak mentaatiku, maka aku
akan meletakkan tandukku untukmu.”
Sa’laba
berkata :
“Para
ulama tafsir berkata : Maksud syirik adalah syirik penamaan dan sifat, bukan
penyembahan terhadap ketuhanan selain Allah.”
Manakala
pendapat lain pula mengatakan bahawa tujuannya adalah nama Abdul Haris akan
menyelamatkan Hawa dan anak mereka.
2. Syaitan
berkuasa terhadap manusia?
Firman
Allah :
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا
مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
“Sesungguhnya
hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang
yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat. “
(Al-Hijr : 42)
Ulama mentafsirkan kalimah ‘Abdu
adalah hamba yang soleh dan taat yang menghindari daripada perbuatan dosa-dosa
besar. Manakala kalimah ‘Sulthon’ adalah kekuatan atau hujah. Maka maksud bagi
ayat di atas bahawa syaitan tidak memiliki kekuatan untuk menipu. Abu Sulaiman
Ad-Damasyqusi mengatakan bahawa ayat di atas adalah kemampuan untuk memaksa dsn
menipu dilakukan dengan penipuan dan godaan sahaja.
Firman Allah :
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ
وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ
“Sesungguhnya
syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan
bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas
orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang
mempersekutukannya dengan Allah.”
(An-Nahl :
99-100)
Kandungan ayat
:
1. Syaitan
tidak berkuasa dan tidak mampu menggoda orang-orang yang ikhlas dan beriman.
2. Syaitan
memiliki kemampuan untuk menggoda orang-orang yang musyrik dan orang-orang yang
mengikuti jejak langkahnya.
Firman Allah :
وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ
فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا
لِنَعْلَمَ مَنْ يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّ وَرَبُّكَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ
“Dan
sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap
mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.
Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami
dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa
yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.”
(Saba’ : 20-21)
Melalui ayat
ini dijelaskan bahawa syaitan tidak memiliki kemampuan untuk menggoda manusia.
Akan tetapi dalam firman Allah di atas, Allah menerangkan bahawa syaitan hanya
akan menggoda orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya sahaja.
Ibnu Qatadah
berkata :
“Ketika iblis
memohon agar diberi tangguh, maka Allah mengabulkan permohonannya, lalu ia
berkata : “Nescaya aku aku pasti akan menipu dan menyesatkan mereka.””
Firman Allah :
لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ
نَصِيبًا مَفْرُوضًا
“yang
dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Aku benar-benar akan
mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).”
(An-Nisaa’ :
118)
Maka bukanlah
bererti iblis mempunyai kemampuan mutlak untuk menyesatkan manusia. Ia
mengucapkan kalimah ini dengan prasangka bahawa ia meiliki kekuatan dan
kemampuan untuk menggoda manusia ketika manusia menigikuti jejak langkah dan
ajakannya.
Dalam kitab
Al-Funun, Ibnu Aqil mengatakan :
“Kesucian ulama
salaf terpecah antara ilmu dan mendapatkan harta ataupun menghindari “Dharar”
(mudarat), sementara kesucian ulama kita masa kini berhubung dengan keturunan,
pemuda dan para syeikh, di mana mereka tidak pernah melihat permasalahan hukum
kecuali pada permasalahan yang merugikan dan membuka kejahatan.”
Firman Allah :
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ
صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ
خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ
شَاكِرِينَ
“Iblis
menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar
akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku
akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari
kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur
(taat).”
(Al-A’raf :
16-17)
Umar bin bin
Abdul Aziz berkata :
“Seandainya
Allah menginginkan agar setiap makhluk beriman dan tidak mengingkari Nya, maka
tentulah Dia tidak menciptakan iblis.”
Daripada Zaid
bin Asam r.a meriwayatkan :
“Pada suatu
malam Rasulullah s.a.w bermalam di dalam perjalanan menuju ke Mekah. Baginda
mengarahkan Bilan bi Rabah al-habsyi membangukan mereka yang sedang tidur.
Namun tidak lama kemudian bila tidur dan diikuti oleh para sahabat lainnya
sehinggalah mereka terjaga ketika matahari telah terbit. Lalu Baginda
Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka naik ke atas kenderaan mereka untuk
meninggalkan tempat tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda : “Di lembah ini
terdapat syaitan.”
Lalu mereka
meneruskan perjalanan. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka untuk
turun dari kenderaan mereka dan berwudhu’. Baginda memerintahkan Bilal
melaungkan azan. Lalu Rasulullah s.a.w melakukan solat dengan berjamaah.
Setelah selesai solat, Baginda melihat para sabahatnya berasa hairan, lalu
Baginda s.a.w bersabda :
“Wahai sekelian
manusia, sesungguhnya Allah telah mencabut roh kita, dan jika Dia berkehendak,
maka Dia mampu mengembalikannya. Jika salah seorang daripada di antara kamu
tertidur ataupun lupa mengerjakan solat, maka hendaklah dia melakukan solat
yang dia terlupa itu.”
Kemudian
Rasulullah s.a.w berpaling kepada Sayidina Abu Bakar r.a dan bersabda :
“Sesungguhnya
syaitan telah datang kepada Bilal ketika engkau sedang solat. Ia sentiasa
bersenandung seperti bayi sehingga akhirnya tertidur.”
Kemudian
Rasulullah s.a.w memanggil Bila dan memberitahunya seperti apa yang
diberitahukan Rasulullah s.a.w kepada Sayidina Abu Bakara r.a. Bilal berkata :
“Aku bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah.”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim. Hadis Dhiaf riwayat Imam Malik dalam Muwattha’ daripada
Zaid bin Aslam. Hadis ini juga terdapat dalam Sahihain daripada Abi Qatadah
denga lafaz yang lebih singkat.)
3. Tujuh
godaan Syaitan
Bahawasanya
syaitan menyertai orang-orang mukmin dalam tujuh keadaan dan tempat.
1.
Kekafiran
2.
Perkara Bid’ah
3.
Perbuatan dosa kecil
4.
Perbuatan dosa besar
5.
Perbuatan Mubah
6.
Perbuatan yang tidak Afdhal
7.
Mengalahkan musuh zalim
Seandainya
seseorang itu telah memilih islam maka syaitan akan menggodanya dalam
perkara-perkara bid’ah. Kemudian syaitan akan terus menggodanya dalam
perbuatan-perbuatan dosa-dosa kecil dan diikuti dengan dosa-dosa besar. Jika
seseorang itu terselamat daripada kekafiran, terselamat daripada melakukan
perkara-perkara bid’ah, terselamat daripada melakukan dosa kecil dan dosa
besar, maka syaitan akan menggodanya untuk melakukan perkara-perkara mubah
iaitu dengan melalaikannya daripada ketaatan. Jika seseorang itu Berjaya
menghindari kemubahan, maka syaitan akan menggodanya untuk melakukan
perbuatan-perbuatan yang tidak afdhal. Jika tetap terselamat, syaitan terus
akan menggodanya dengan godaan yang tidak ada seorang pun yang terselamat
darinya iaitu mengalahkan musuh zalim dalam pelbagai bentuk kezaliman.
Riwayat
daripada Ibnu abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seseorang
daripada kita mendapatkan sesuatu di dalam dirinya, dan menyembunyikannya lebih
disukai daripada mengungkapkannya dengan dia berkata : “Allahu Akbar,
Alhamdulillahil Lazi radda kaiduhu ilal waswas (Allah Maha Besar, segala puji
bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada keraguan.””
(Riwayat
Abu Daud, An-Nasa’I, Ahmad, Ibnu Nasr, At-Tabrani disahihkan oleh oleh AlAlbani
dalam sahih Abu daud)
Daripada
Abu Zamil, dia berkata :
“Aku
bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah seseorang yang aku temukan di dalam dadaku?”
Ibnu
Abbas menjawab : “Apakah itu?”
Aku
menjawab : “Demi Allah, aku tidak akan mengungkapkannya.”
Ibnu
Abbas berkata : “Sesuatu yang berasal daripada keraguan telah menjelaskanmu.”
Katanya
lagi : “Tidak ada seorangpun daripada kita yang selamat daripadanya, hinggalah
Allah menurunkan ayat Nya :
فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ
فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ لَقَدْ جَاءَكَ
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Maka
jika engkau (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami
turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab
sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab
itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu. “
(Yunus : 94)
Jika kamu mendapatkan sesuatu
perkara tersebut maka ucapkanlah :”Dialah yang Awal dan yang Akhir, dan yang
Zahir serta yang Batin, dan Dialah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”
(Riwayat Abu daud)
4. IKATAN
SYAITAN DI UBUN-UBUN ANAK ADAM SETIAP MALAM
Sebuah hadis
sahih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Syaitan
mengikat pada ubun-ubun kepala ketika tidur sebanyak tiga ikatan. Ia mengikat
setiap ikatan sambil menghembus :”Engkau memiliki malam yang panjang,
tidurlah.” Jika dia terbangun mengingati Allah, nescaya satu ikatan akan
terlepas. Jika dia berwudhu’, maka satu lagi ikatan akan terlepas. Apabila dia
mengerjakan solat, maka terlepaslah satu lagi ikatan dan dia menjadi insan yang
bersemangat serta baik jiwanya. Kalau tidak, dia menjelma dengan wajah yang
buruk jiwanya lagi malas.”
(Riwayat
Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Al-Hamdi, Abu Ya’la, Ibnu Hibban,
Al-Baihaqi)
Ibnu Abdul Bar
berkata :
“Ikatan ini
adalah seperti ikatan sihir daripada firman Allah :
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
“dan
dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
(simpulan-simpulan).”
(Al-Falaq : 4)
Dan tidak ada
seorangpun yang menempatkannya pada hakikatnya. Qafiyah (ubun-ubun) adalah
hujung kepala. Maka oleh sebab itu Baginda Rasulullah s.a.w disebut sebagai
Al-Muqaffiy kerna baginda s.a.w adalah nabi yang terakhir atau penghujung.”
Hadis sahih
riwayat daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidaklah
seorang muslim samada lelaki mahupun perempuan tidur kecuali padanya ada tali
yang terikat. Jika dia bangun dan menyebut Allah, maka akan terlepas satu
ikatan. Jika dia berwudhu’ kemudian menunaikan solat, maka dia menjadi
bersemangat dan mendapat kebaikan dan telah terlepas semua ikatannya. Jika
bangun dan tidak menyebut Allah, maka ikatannya tetap (melekat) padanya
sehingga menjadi berat dan malas dan tidak mendapat kebaikan.”
(Riwayat Ahmad
dalam musnadnya dan At-Tabrani dalam Al-Kabir dengan isnad yang sahih)
Dalam sebuah
hadis riwayat daripada Uqbah bin Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Seseorang
daripada umatku bangun daripada tidur mengubati diri menuju kesucian. Jika dia
mencuci tangannya maka akan terlepas satu ikatan. Jika dia mencuci wajahnya,
maka akan terlepas lagi satu ikatan. Jika dia membasuh rambutnya, maka akan
terlepas satu ikatan. Jika dia mencuci kakinya, maka telpeas satu ikatan. Lalu
Allah berfirman kepada mereka yang di sebalik hijab “Lihatlah kepada hamba Ku
ini, yang mengubati dirinya dan apa yang dia minta, maka pasti akan
diperolehi.””
(Hadis sahih
riwayat Ahmad dan At-Tabrani dengan isnad sahih)
Dalam riwayat
Ibnu Hibban yang mengulas tentang hadis ini katanya :
“Syaitan
terkadang mengikat anggota wudhu’ seorang muslim di atas ubun-ubun kepalanya
ketika tidur.”
Para ulama
berbeza pandangan dan pendapat tentang ikatan-ikatan ini samada ianya adalah
hakikat sebenar atau majas.
1. Majas :
Kerana ikatan pada diri anak Adam dapat menghalang dari melakukan pergerakan.
Maka begitulah yang dilakukan oleh syaitan kepada orang yang sedang tidur
sehingga menghalang dan mencegahnya daripada zikrullah dan melakukan solat. Ini
adalah pendapat At-Tahawi.
2. Hakikat :
Maksud ikatan yang disebutkan adalah hakikat yang sebenarnya yang bersandarkan
zahir hadis. Ini diperkuat dengan sabda Rasulullah s.a.w : “Sebanyak tiga
ikatan.” Jika ianya berbentuk majas maka tiada faedah Rasulullah s.a.w
menyebutkannya. Ianya juga diperkuat dengan sabda baginda s.a.w : “ada tali
yang terikat.”
Ibnu Hajar
berkata :
“Para ulama berbeza
pendapat mengenai ikatan ini. Ada yang berpendapat bahawa bentuk hadis ini
adalah sesuai hakikatnya (bukan majas) sepertimana penyihir mengikat orang yang
disihirnya sehingga memberikan pengaruh kepada objek yang disihir. Ini
seiringan dengan firman Allah : “dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir
yang menghembus pada buhul-buhul (simpulan-simpulan).”
(Al-Falaq : 4)
(Fathul Bari bi
Syarhi Sahih Al-Bukhari)
Abu Hurairah
r.a berkata :
“Kekasihku
(Rasulullah s.a.w) berwasiat kepadaku untuk berpuasa tiga hari pada setiap
bulan, solat Dhuha dua rakaat setiap hari dan menunaikan solat witir sebelum
tidur.”
(Riwayat
Bukhari, Abu daud, An-Nasa’I, At-Tarmizi, Ad-Darimi, ahmad, Ibnu Hibban,
At-Tayalisi, Abu Ya’la, Abu Awanah, Ibnu Khuzaimah, Abu Naim dan Al-baihaqi)
Rasulullah
s.a.w berwasiat kepada Abu Hurairah r.a
untuk melakukan perkara-perkara tersebut adalah disebabkan bahawa Abu
Hurairah memilih pelajaran hadis di malam hari atas solat. Rasulullah s.a.w
memerintahkannya menunaikan solat Dhuha sebagai ganti Qiyamullail. Maka itu
Rasulullah s.a.w memerintahkannya untuk tidak tidur sehingga menunaikan solat
witir. Maka abu hurairah menunaikan solat witir sebelum tidur. Namun Rasulullah
s.a.w tidak memerintahkan seperti mana Abu Hurairah kepada Sayidina Abu Bakar,
Umar dan para sahabat yang lain.
Di dalam sahih
Bukhari disebutkan bahawa Abu Hurairah, isterinya dan pelayannya membahagikan
malam kepada tiga bahagian. Bangun di bahagian ini, kemudian bahagian ini dan
kemudian bahagian lainnya.”
(Riwayat Bukhari,
ahmad, daripada Usman An-Nahdi)
Ibnu Abi Hatim
menyebutkan, daripada Bakar bin Muhammad ‘abid Sufyan At-Thauri berkata :
“Bacaan tidak
akan tercapai kecuali dengan zuhud, maka berzuhudlah, tidur dan solatlah lima
waktu.”
(Jarh wa
Ta’diil)
5. Makanan,
muntah dan kencing syaitan
Riwayat daripada Ibnu Mas’ud,
katanya, pernah disebutkan kepada Rasulullah s.a.w tentang seseorang yang tidur
sehingga pagi hari. Lalu baginda s.a.w bersabda :
“Orang itu telah dikecing syaitan di
telinganya ataupun telah (menggoda) di telinganya.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasa’I,
Ibnu Majah, Ahmad Abu Ya’la dan At-Tabrani)
At-Thahawi mengatakan :
“Kecing yang disebutkan bukanlah
dalam bentuk yang sebenarnya. Akan tetapi merupakan perumpamaan yang bermaksud
tanda buruk bagi orang yang tidur.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
“Yang demikian ini adalah bagi yang
mensia-siakan (melalaikan) solat isya’ terakhir dan melakukan perbuatan makruh
yang berupa tidur sebelum melaksanakan solat isya’.”
Daripada Sayidina Ali bin Abi Talib
r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Aku memerhati pada malam isra’ dan
melihat suatu kaum yang memukul kepala mereka dengan batu besar. Lalu aku
bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, siapakah mereka?”, Jibril menjawab :
“Mereka adalah umatmu.” Aku bertanya lagi : “Kenapa mereka?”. Jibril menjawab :
“Mereka tidur tanpa melaksanakan solat isya’.””
(Riwayat Bukhari. Al-Haitami berkata
: Hadis ini diriwayatlan daripada Al-Baraaz dan para periwayatnya adalah
dipercayai kecuali Rabi’ bin Anas. Ibnu Abdul Bar pula mengatakan bahawa
walaupun hadis ini isnadnya lemah, namun hadis Abu Barzah menguatkannya. Akan
tetapi maknanya menjelaskan bahawa mereka tidur dan tidak menunaikan solat
isya’.)
Dalam kitab Kasyfu Al-Musykil :
“Ada dua perkara dalam masalah ini :
Pertama ianya sesuai dengan
zahirnya. Di dalam Al-Quran dinyatakan bahawa syaitan berkahwin sepertimana
firman Allah :
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ
إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
“Di
dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya,
tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga
yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.”
(Ar-Rahman :
56)
Dan Firman
Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ
أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ
بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
“Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam ,maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin,
maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan
keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka
adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi
orang-orang yang zalim.”
(Al-Kahfi : 50)
Kedua ia
merupakan perumpamaan bagi orang yang melalaikan solat dengan tidur”
(Ibnu
Al-Jawziy)
Dalam satu
riwayat, suatu ketika Rasulullah s.a.w duduk, dan ada seorang yang makan tanpa
mengucapkan Basmalah. Dia terus makan hingga berbaki sepotong daripada
makanannya. Ketika itu dia memasukkan potongan terakhir itu ke dalam mulutnya,
lalu mengucapkan “Bismillahi Fi Awwalihi wa Akhiri “ Melihatkan itu Baginda
Rasulullah s.a.w tersenyum dan kemudian bersabda : “Syaitan masih terus ikut
makan bersamanya dan ketika dia telah mengucapkan nama Allah, syaitan
memuntahkan apa yang ada dalam perutnya.”
(Sunan Abu
Daud, Sunan An-Nasa’I dan Al-Mustadrak Al-Hakim.)
Daripada Huzaifah r.a katanya :
“Ketika kami sedang berada dalam satu jamuan bersama Rasulullah s.a.w maka kami
tidak menyentuh makanan tersebut sehingga Rasulullah s.a.w menyentuhnya
terlebih dahulu. Pada suatu hari ketika kami sedang dalam jamuan makan, datang
seorang hamba perempuan tergerak untuk mengambil makanan tersebut, tetapi
Rasulullah s.a.w menangkap tangannya. Lalu datang seorang lelaki Badwi yang juga tergerak untuk mengambil makanan
itu juga, lalu Rasulullah s.a.w juga menagkap tangannya, lalu Baginda s.a.w bersabda
:
“Sesungguhnya syaitan itu membuat
makanan jadi halal baginya apabila makanan tersebut tidak dibacakan Bismillah.
Ia telah datang kepada hamba perempuan itu untuk menjadikan makan itu halal
baginya. Lalu syaitan juga datang kepada lelaki Badwi untuk menghalalkan
makanan itu. Maka itu aku menangkap tangan mereka. Demi Tuhan yang jiwaku dalam
genggaman Nya, tangannya berada dalam tanganku bersama tangan hamba perempuan
itu.””
(Riwayat Muslim, Abu Daud,
An-Nasa’I, Ahmad, Abu Awanah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi : Hadis Sahih)
Daripada Abdullah bin Imran r.a,
katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jika salah seorang daripada kamu
makan, maka makanlah dengan tangan kananmu, kerana syaitan makan dan minum
dengan tangan kiri.”
(Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang berasal
daripada Jabir bin Abdullah r.a yang mengatakan, bahawa dia mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila seseorang muslim masuk
kerumahnya lalu dia mengingat Allah ketika memasukinya dan juga ketika makan,
maka syaitan berkata : “Tidak ada tempat tinggal dan makanan bagi kamu.” Namun
jika masuk ke dalam rumah dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan akan
berkata : “Kamu telah menemui tempat tinggal.” Dan jika dia tidak menyebut nama
Allah ketika makan, maka syaitan akan berkata : “Kamu telah mendapat makanan.””
(Riwayat Muslim : Sahih Muslim)
Perut mempunyai nafsu yang boleh
menjadi perosak yang berbahaya. Kerana dek nafsu ini Nabi Adam a.s dikeluarkan
daripada syurga. Memenuhi perut atauun kenyang dengan makanan adalah suatu yang
sangat berbahaya samada kepada tubuh badan atau rohani. Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Tidaklah anak Adam mengisi bejana
yang lebih buruk selain perut. Cukuplah anak Adam beberapa suapan sekadar yang
dapat menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak mungkin, maka sepertiga
makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya.”
(Riwayat A-Tarmizi, Ibnu Majah dan
Ahmad)
Baginda Rasulullah s.a.w juga
bersabda :
“Orang mukmin itu makan dalam satu
usus, dan orang kafir itu makan dalam tujuh usus.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda s.a.w lagi :
“Tidak ada yang lebih dibenci oleh
Allah terhadap sesuatu yang diisi dengan penuh, selain memenuhi perut dengan
makanan.”
Rasulullah s.a.w juga bersabda :
“Cukuplah beberapa suap makanan bagi
seseorang muslim untuk dapat menegakkan punggung.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam
hadis yang lain :
“Syaitan mengalir di tubuh manusia
seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan lapar.”
Suatu ketika Uqbah Ar-Rasibi
memasuki rumah Al-Hasan yang mana ketika itu Al-Hasan sedang makan. Hasan
menjemput Uqbah dengan berkata : “Ke marilah!.”
Uqbah menjawab : “Aku sudah makan,
hingga tidak mampu untuk makan lagi.”
Hasan berkata : “SubhanAllah. Adakah
orang muslim makan hingga dia tidak mampu untuk makan lagi?.”
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya syaitan mencari-cari
kesempatan untuk ikut menyantap makanan yang tidak dibacakan Basmalah atasnya.”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Daripada Umaiyyah bin Makhsyiy r.a
katanya :
“Rasulullah s.a.w sedang duduk, lalu
ada seorang yang makan dengan lahapnya hingga tidak berbaki (tersisa) daripada
makanannya kecuali hanya sesuap. Ketika dia mengangkat suapan itu hendak
memasukkannya ke dalam mulutnya, dia pun membaca : Dengan Nama Allah pada awal
dan akhirnya.”
Maka Rasulullah s.a.w tertawa
melihatnya lalu bersabda :
“Tadi syaitan terus ikut makan
bersamanya hingga dia menyebut nama Allah, maka syaitan pun memuntahkan semua
isi perutnya.”
Ibnu Mas’ud melaporkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Janganlah kamu bersuci dengan
menggunakan kotoran binatang ataupun tulang belulang, kerana keduanya merupakan
makanan bagi saudara-saudara kamu daripada bangsa jin.”
(Riwayat Muslim dan At-Tarmizi)
Daripada Ibnu Mas’ud, katanya :
“Ketika utusan bangsa jin datang
menemui Rasulullah s.a.w meraka mengatakan : “Wahai Rasulullah, laranglah
umatmu bersuci dengan tulang, kotoran dan arang, kerana Allah menjadi rezeki
kami daripadanya.”
Ibnu Mas’ud berkata : “Maka
Rasulullah s.a.w melarang perkara tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)
6. Godaan
iblis pada tubuh Bani Adam
Imam Ahmad berkata : AbdurRazzaq dan
Abdul Al-A’la bercerita kepada kami daripada Muammar daripada Az-Zuhri daripada
Ibnu Husaini daripada Shafiyah binti Hay meriwayat bahawa :
“Ketika Rasulullah s.a.w sedang
beriktikaf, aku menziarahinya pada malam hati lalu berbincang dan solat bersama
baginda. Kemudian aku balik dan baginda menemaniku. Tiba di Dar Abu Usamah bin
Zaid, dua orang lelaki melintas. Ketika mereka melihat Rasulullah s.a.w mereka
mempercepatkan langkah mereka. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka
berdua : “Demi Rasul kamu berdua, dia adalah Sufiyah binti Hay.”
Mereka berkata : “SubhanAllah, wahai
Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya
syaitan akan menggoda dan berada pada tubuh Bani Adam seperti aliran darah.
Sesungguhnya aku takut ia akan meletakkan dan membisikkan kejahatan ke dalam
hati kamu.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu daud,
An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam musnad Imam Ahmad,
Hakim bin Musa menceritakan kepada kami,
katanya, Isa bin Yunus bercerita kepada kami, Mujalid bin Said bercerita kepada
kami daripada As-Sya’bi daripada Jabir r.a dia meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda :
“Jangan sekali-kali
bersungguh-sungguh menceritakan aib seseorang, sesungguhnya syaitan menggoda
dan berada dalam tubuh manusia seperti aliran darah.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan Ahmad)
Imam Syafi’e berkata :
“Rasulullah s.a.w berasa khuatir
mereka akan digoda syaitan, sehingga mereka menjadi kafir. Baginda mengatakan
semua itu untuk kebaikan mereka bukan untuk kebaikannya sendiri. Ada yang
mengatakan riwayat ini menunjukkan agar sentiasa berwaspada dengan segala
sesuatu yang dapat merosakkan iman.”
Sayidina Ali bin Abi Talib r.a
berkata :
“Berhati-hati terhadap sesuatu yang
diingkari hati walaupun engkau mampu meminta ampun.”
Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu
Taimiyah mengatakan :
“SesungghnyaAllah mengharamkan
darah, kerana ia merupakan jalan ataupun kenderaaan syaitan. Sesungguhbnya ia
mengalir dalam tubuh Bani Adam seperti aliran darah.”
Daripada Ikrimah daripada Abu
Hurairah r.a dan Ibnu Abbas r.a, mereka meriwayatkan bahawa :
“Rasulullah s.a.w melarang Syarith
Syaitan iaitu sesuatu yang disembelih lalu kulitnya dipotong.”
Abu Daud dan Ibnu Hibban meriwayatkan, Ikrimah berkata
bahawa :
“Mereka memotong sedikit
daripadanya, kemudian membiarkannya mati, kemudian perbuatan ini dilarang.”
Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu
Taimiyah mengatakan :
“Malaikat dan syaitan mengetahui apa
yang dibisikkan ke dalam hati setiap hamba. Adapun tujuan malaikat
mengetahuinya adalah untuk menghitung kebaikan dan kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang. Syaitan berada dalam tubuh anak Adam seperti aliran darah. Ia
akan sentiasa menggoda dan membisikkan kejahatan ke dalam hatinya.”
“Malaikat mengetahui apa yang ada
dalam hati seorang hamba. Tetapi bukan bererti diberikan kelebihan untuk
mengetahui perkara yang ghaib.”
Ibnu Iyyinah pula berkata :
“Mereka merasakan bau wangian yang
sedap, lalu mereka menyedari bahawa aroma tersebut adalah kebaikan. Mereka
mencium aroma yang busuk (tidak sedap) dan mereka tahu bahawa aroma itu adalah
sesuatu yang jahat. Setiap kali mereka mencium bau yang busuk mereka tidak
memerlukannya. Bahkan mereka mengetahui, melihat dan mendengar bisikan dan
godaan syaitan terhadap diri sendiri. Bahkan syaitan sentiasa menggoda hati.
Jika seseorang mengingati Allah, maka ia menggodanya. Jika lalai, maka ia akan
membisikkan sesuatu ke dalam hati. Syaitan sedar bahawa manusia akan lemah di
hadapan hawa nafsu. Itulah sebabnya mereka akan dibelenggu syahwat. Sementara
dekatnya malaikat dengan hati Bani Adam dapat dilihat melalui atsar
(peninggalan) yang diriwayatkan secara mutawatir, samada hamba tersebut kafir
ataupun mukmin. Barangkali asal riwayat yang mengatakan bahawa syaitan berada
dalam tubuh manusia seperti aliran darah adalah riwayat yang berasal daripada
Wahab bin Munabbih. Syaitan masuk kepada anak Adam melalui jalan aliran darah.
Dengan berpuasa, maka dia aman dari gangguan syaitan, kekuatan nafsu syahwat
dan kemarahan. Maka itu Rasulullah s.a.w menjadikan puasa sebagai benteng untuk
menghalang nafsu syahwat sehingga baginda memerintahkan orang yang belum mampu
bernikah agar berpuasa.”
(Larha’iful Ma’arif : Ibnu Rajab)
Sesungguhnya iblis meletakkan
seorang anak di antara kedua tangan Hawa sambil berkata : “Peliharalah dia.”
Adam a.s berkata : “Apakah ini wahai
Hawa?”
Hawa menjawab : “Musuh kita datang
membawa anak ini lalu menyuruh untuk memeliharanya.”
Adam a.s berkata : “Bukankah aku
telah mengatakan kepadamu agar jangan sekali-kali mentaatinya, kerana ia telah
menggoda dan menipu kita sehingga akhirnya kita mengingkari perintah Allah.”
Kemudian ia memotong anak itu
menjadi empat bahagian.
Lalu iblis datang dan bertanya : “Wahai
Hawa, di manakah anakku?”
Hawa memberitahu apa yang dilakukan
oleh Adam a.s. Maka iblis berkata : “Wahai Khannas, jawablah aku!.”
Maka Khannas menjawabnya lalu iblis
datang semula kepada Hawa dan berkata : Peliharalah ia.”
Lalu Adam a.as datang dan
membakarnya dengan api, kemudian membuangnya di dasar lautan. Kemudian iblis
datang dan bertanya : “Di manakah anakku?”
Hawa memberitahu apa yang telah
dilakukan oleh Adam a.s terhadap anak itu. Iblis pergi ke laut dan menyeru : “Wahai
Khannas, jawablah aku!”
Maka Khannas menjawabnya.
Kemudian iblis datang lagi kepada
Hawa dan berkata : “Peliharalah dia.”
Kemudian Adam a.as melihatnya, lalu
menyembelih dan mereka memakannya. Datanglah iblis dengan pertanyaan yang sama
dan Hawa memberitahukan apa yang dilakukan oleh Adam a.s.
Iblis berkata : Wahai Khannas,
jawablah aku!”
Ketika Khannas menjawab panggilan
iblis dari dalam perut Adam a.s dan Hawa, iblis pun berkata : “Inilah yang aku
inginkan, sesungguhnya aku sudah lama meletakkanmu di dalam dada Bani Adam.”
(Riwayat Hakim, At-Tarmizi dan
At-Tabari)
Maka atas sebabitulah iblis akan
sentiasa menggoda hati Bani Adam ketika lalai. Jika mengingati Allah maka ia akan
bersembunyi.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tiap
seorang daripada kamu memiliki qarinah daripada malaikat dan jin.”
7. Godaan
syaitan di dalam solat dan kemiskinan
Usman bin Abi Al-Ash meriwayatkan
katanya :
“Aku Bertanya : Wahai Rasulullah,
syaitan telah datang dan menggangguku dalam solatku.”
Rasulullah s.a.w menjawab :
“Itu adalah tipu saya syaitan. Jika
engkau merasakannya maka berlindunglah kepada Allah dan berludahlah kearah
kiri.”
(Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad,
Abdu bin Hamid, Ibnu Abi Syaibah :
Al-Musannaf, Abdurrazaq : Al-Musannaf, Al-Hakim, At-Tabrani : Al-Kabir)
Ibnu Abu Musa berkata :
“Dia sering ragu kerana banyak
waswas sehingga akhirnya dia melakukan dosa besar kerana dia menambah bilangan
rakaat sedangkan dia yakin telah melakukannya dengan sempurna.”
Imam Maliki berkata :
“Perasaan waswas akan menimbulkan
bahaya dan sayaitan akan sentiasa melakukan perkara ini kepada manusia ketika
mereka solat. Ia akan memberikan rasa waswas sehingga manusia berasa ragu-ragu
akan sah niat solatnya. Lalu syaitan memberikan keraguan bagi orang tersebut
sehunga berulang-ulang untuk berniat dan bertakbir sehingga akhirnya tertinggal
untuk mengikuti takbir pertama bersama imam.”
Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu
Taimiyah mengatakan :
“Jika Allah mewajibkan solat dan
wudhu’ tanpa niat, maka Allah akan mewajibkan sesuatu yang tidak disanggupi
seorang hamba. Sedangkan hal itu tidak pernah diberikan kepada manusia. Lalu
apakah maksud melakukannya dengan penuh kesulitan dan rintangan. Sesungguhnya
jika ragu mendapatkannya, maka dia ia tergolong dalam golongan gila.”
Ibnu Aqil pernah berkata : “Aku
pernah ditanya…seorang lelaki mencelupkan tangannya berulang-ulang ke dalam
bekas yang berisi air, apakah air tersebut masih sah untuk mandi janabah
ataupun tidak?” Aku menjawab : “Pergilah, sesungguhnya solat telah gugur
daripadamu.
Lelaki itu bertanya : “Bagaimana hal
ini boleh terjadi?”
Aku menjawab : “Nabi s.a.w bersabda
: Kewajipan diangkat daripada tiga perkara, iaitu bagi orang gila sehingga ia
sembuh.”
(Mauquf. Riwayat Abu Daud,
At-Tarmizi katanya hasan gharib kerana telah diriwayatkan dari sanad Ali
daripada Nabi s.a.w. Mereka menambah : “Daripada kanak-kanan sehingga dia
iltiham (dewasa). Tetapi kami tidak pernah mengetahui riwayat yang mengatakan
bahawa hasan mendengar terus riwayat ini daripada Ali bin Abu Talib daripada
Nabi s.a.w)
Syeikhul Islam Taqiyuddin Ibnu
Taimiyah berkata :
“Adanya keinginan tidak menjadikan
seseorang mengetahui keadaan tersebut. Allah menjadikan manusia mencintai
keinginannya seperti dirinya sendiri. Jika mereka mengetahuinya sam sebagaimana
orang yang ingin melakukan solat, tetapi tidak ingat apakah telah berniat
ataupun tidak, sedangkan dia mengira belum berniat, maka jelaslah bahawa
keberadaan cinta dan keinginan tidak menjadikan seseorang mangetahuinya.”
Imam Al-Qurthubi berkata :
“Aku mendengar Syeikh Muhammad
Al-Mu’thi Al-Iskandariyah berkata : Menurut Al-Baidhawi, syaitan boleh berubah
seperti orang miskin. Jika ada yang kelaparan, maka rumah mereka terang
benderang, lalu mereka menyangka semua ini berasal daripada Allah.”
Firman Allah :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ
بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ
وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Syaitan
menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu keampunan daripada-Nya dan
kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah :
268)
Ibnu Abi Hatim
berkata bahawa Abu Zar’ah menceritakan kepada kami, Hanadah bin As-Sirri menceritakan
kepada kami, Abu Al-Ahush menceritakan kepada kami, daripada Atha’ bin As-Saib
daripada Mar’ah Al-Hamdani daripada Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Syaitan akan
berkumpul dengan Bani Adam dan satu kumpulan dengan raja. Adapun perkumpulan
syaitan adalah menjadikan seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan
kebenaran. Adapun perkumpulan dengan raja, menjadikannya mengulangi kebaikan
serta membenarkan kebenaran.”
Hamidun Al-Qassar berkata :
“Jika iblis dan bala tenteranya
berkumpul, mereka tidak akan berbahagia seperti kebahagiaan mereka terhadap
tiga perkara :
1. Ketika seorang mukmin membunuh
mukmin yang lain,
2. Jika seseorang meninggal dalam keadaan
kafir,
3. Hati seseorang yang diselimuti
perasaan takut terhadap kemiskinan.”
LAMBANG (ROYAT) SYAITAN