Imam Ahmad mengatakan, Abu Amir
menceritakan kepada kami, Abdullah bin Jaafar menceritakan kepada kami,
daripada Usman bin Muhammad daripada Al-Muqabbari daripada Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rsulullah s.a.w bersabda :
“Setiap orang akan keluar, maka
pintunya terdapat royat (lambing) di tangan malaikat dan royat
(lambing di
tangan syaitan. Jika dia keluar kepada perkara-perkara yang disukai Allah, maka
malaikat tersebut dan royatnya akan ikut dan dia tetap berada dalam lindungan
royat malaikat sehingga dia pulang ke rumahnya. Jika dia keluar untuk melakukan
perkara-perkara yang dibenci Allah, maka syaitan dan royatnya akan mengikutinya
dan dia akan berada di bawah royat syaitan sehingga dia pulang.”
(Sanadnya lemah. Riwayat Ahmad,
At-Tabrani, Al-Baihaqi : Daripada Abdullah bin Jaafar daripada Usman bin
Muhammad Al-Khanas daripada Said Al-Muqabbari daripada Abu Hurairah r.a)
Sayidina Ali Abi Talib pula
meriwayat bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila hari jumaat tiba, maka
syaitan akan pergi ke pasar dengan royatnya (lambangnya), lalu melemparkan
manusia dengan perkara-perkara yang dapat melalaikan manusia untuk melakukan
solat jumaat. Para malaikat berdiri di hadapan pintu-pintu masjid, lalu menulis
setiap lelaki yang datang sehingga imam selesai melakukan solat.”
(Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi.
Syeikh Al-Albani mendhaifkan hadis ini dalam kitabnya : Dhaif Al-Jami’)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Al-Qasim dalam kitab At-Tarhib mengatakan :
“Apabila Rasulullah s.a.w memasuki
pasar, maka baginda membaca doa “Allhumma Inni A’uzu Bika Min Syarri Hazihis
Suqi Wa Syarri mMa Fiha Wa A’uzu Bika An Ishiba Fiha Shafqatan Khasirata Wa
Yaminan Fajirata.”
(Sanadnya lemah. Riwayat Ruwiyani
dalam kitab sanadnya. Al-Hakim,
At-Tabrani. Syeikh Al-Albani melemahkan hadis ini dalam Dhaif Al-Jami’)
Ad-Dhiya dalam kitabnya Al-Mukhtarah
menyebutkan :
“Oleh kerana pasar sentiasa dipenuhi
iblis, maka sesiapa saja yang ingin memasukinya hendaklah memperbanyakkan
zikir.”
Muhammad bin Wasi’ berkata :
“Ketika aku sampai di Khurrasan, aku
telah bertemu dengan Qatibah bin Muslim, lalu aku berkata kepadanya : “aku
datang kepadamu dengan hadiah.” Lalu aku memberikan kepadanya. Pada ketika itu
dia sedang menaiki kenderaannya ke pasar, lalu dia membaca :
لاإله إلا الله وحده لاشريك له، له الحمد،له الملك،
وله الحمد يحي ويميت بيده الخير وهو على كل شيء قدير
Dan dia terus pulang.”
Kalimah ini diucapkan oleh seseorang ketika berada dalam keadaan
lalai. Sifat inilah yang sering menghantui manusia ketika berada di dalam
pasar. Allah yang Maha Pemberi rezeki menjadikan segala sesuatu tanpa mempunyai
keganjilan. Maka bagi orang-orang yang bertaqwa akan sentiasa memalingkan
hatinya dari segala keindahan dan kebisingan yang ada di pasar kemudian mereka
mencari keredhaan Allah. Berbeza dengan mereka yang hatinya lalai, mereka akan
mencari keuntungan di tengah-tengah keriuhan pasar.