.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, April 17, 2016

Meninggalkan solat : Muhammad bin Saleh Al Uthaimin

Meninggalkan Solat

Siapa kah kita tanpa melakukan ibadah ini..siapa kah kita yang memang tidak mahu melakukan ibadah ini..siapa kah kita yang lagho melakukan ibadah ini..malah hebat sangatkah kita jika tidak melakukan ibadah ini...

ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

Firman Allah: 
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar), taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka engganmengerjakannya." 
(Al-Mursalat 48 )

Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,

Allah berfirman: 
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, mereka tidak dapat melakukannya (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan sihat." 
(Al-Qalam: 42-43)

Makna solat dari Allah adalah Rahmat, sedangkan makna solat dari seseorang adalah doa dan istighfar. Manakala dalam istilah syar’i solat bererti, ...rukun-rukun yang dikhususkan dan zikir yang telah dimaklumi dengan syarat-syarat yang dibatasi dengan waktu-waktu tertentu, atau perkataan dan perbuatan yang diawali dengan takbiratul ihram dan ditutup dengan salam disertai dengan niat…

Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas baginda menjawab :

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ

الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ.

 Islam itu dibangunkan atas lima perkara,

Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadhan.

kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas radhiallahu’anh:

 
فُرِضَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ الصَّلَوَاتُ خَمْسِينَ ثُمَّ نُقِصَتْ حَتَّى

جُعِلَتْ خَمْسًا ثُمَّ نُودِيَ: يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُ لاَ يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَإِنَّ لَكَ بِهَذِهِ الْخَمْسِ خَمْسِينَ.

Pada malam Isra’ difardhukan kepada Nabi s.a.wsolat sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah.Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari)akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.

sabda Nabi s.a.w:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ.

 Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat,dan puncak tertingginya adalah jihad.

Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Ancaman ini pernah disuarakan oleh Nabi s.a.w sebagaimana sabdanya:

 
الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ.

Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat,dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir

 
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ.

“Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.”

tidak solat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang diperjelaskan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh:

 

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ

فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ...

Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...

Kemudian diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, di antaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam di dalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat"

Meninggalkan sembahyang fardhu:

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.
 (Riwayat Tabrani, sanad sahih)

Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: “Orang yang meninggalkan solat adalah kafir, iaitu kekafiran yang menyebabkan orang tersebut keluar dari Islam, diancam hukuman mati, jika tidak bertaubat dan tidak mengerjakan solat.
Sementara Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafii mengatakan: “Orang yang meninggalkan solat
adalah fasik dan tidak kafir”, namun, mereka berbeza pendapat mengenai hukumannya, menurut Imam Malik dan Syafii “diancam hukuman mati sebagai hadd”, dan menurut Imam Abu Hanifah “diancam hukuman tazir (Hadd, ialah macam hukuman dalam Islam yang ketentuannya telah ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah. Adapun Tazir, ialah macam hukuman yang tidak ditentukan atau belum ditentukan dalam Al-Quran mahupun Sunnah, tetapi diserahkan kepada Waliyyul amr dengan mengikuti kaedah-kaedah tertentu ) bukan hukuman mati”.
Apabila masalah ini termasuk masalah yang diperselisihkan, maka yang wajib adalah dikembalikan kepada kitab Allah سبحانه و تعالي dan sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم, kerana Allah سبحانه و تعالي berfirman:
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ
“Tentang sesuatu apapun yang kamu perselisihkan, maka keputusannya (terserah) kepada Allah.” (As Syuura: 10).
Dan  Allah juga berfirman:

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” ( An Nisaa’ : 59 ).
Disebabkan terdapat pendapat, ucapannya tidak dapat dijadikan hujjah terhadap pihak lain, sebab masing-masing pihak menganggap bahawa dialah yang benar, sementara tidak ada salah satu dari kedua belah pihak yang pendapatnya lebih patut untuk diterima, maka dalam masalah tersebut wajib kembali kepada juri penentu di antara keduanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah صلي الله عليه وسلم.
Kalau kita kembalikan perbedaan pendapat ini kepada Al-Quran dan As Sunnah, maka akan kita dapatkan bahawa Al-Quran mahupun As Sunnah keduanya menunjukkan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, dan kufur akbar yang menyebabkan ia keluar dari islam.


NAS-NAS AL-QURAN :

Allah سبحانه و تعالي berfirman dalam surah At Taubah ayat 11:

فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ
“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At-Taubah: 11).
       Dan dalam surah Maryam ayat 59-60, Allah berfirman:

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً. إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئاً
“Lalu datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak akan dirugikan sedikitpun.” (Maryam: 59-60).
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah berfirman tentang orang-orang yang mensia-sakan solat dan mengikuti hawa nafsunya: "kecuali orang yang bertaubat, beriman …”. Ini menunjukkan bahawa mereka ketika mensia-sakan solat  dan mengikuti hawa nafsu adalah tidak beriman.
Manakala dalam  ayat yang pertama, iaitu yang terdapat dalam surah At Taubah, bahawa kita dan orang-orang musyrik telah menentukan tiga syarat:
·                  Hendaklah mereka bertaubat dari syirik.
·                  Hendaklah mereka mendirikan solat, dan
·                  Hendaklah mereka menunaikan zakat.
Jika mereka bertaubat dari syirik, tetapi tidak mendirikan solat dan tidak pula menunaikan zakat, maka mereka bukanlah saudara seagama dengan kita.
Begitu pula, jika mereka mendirikan solat, tetapi tidak menunaikan zakat maka mereka pun bukan saudara seagama kita.
Persaudaraan seagama tidak dinyatakan hilang atau tidak ada, melainkan jika seseorang keluar secara keseluruhan dari agama; tidak dinyatakan hilang atau tidak ada kerana kefasikan dan kekafiran yang sederhana tingkatannya.
Perhatikan firman Allah   سبحانه و تعالي  dalam ayat qishash kerana membunuh:

فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ

“Maka barangsiapa yang diberi maaf oleh saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula) .”
(Al-Baqarah: 178).

Dalam ayat ini, Allah   سبحانه و تعالي  menjadikan orang yang membunuh dengan sengaja sebagai saudara orang yang dibunuhnya, sedangkan membunuh dengan sengaja termasuk dosa besar yang sangat berat hukumannya, maka Allah    سبحانه و تعالي  berfirman:

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِناً مُّتَعَمِّداً فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِداً فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَاباً عَظِيماً
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An Nisaa’: 93).
Manakala dalam firman Allah سبحانه و تعالي  tentang dua golongan dari kaum mu’minin yang berperang:
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ. إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ
“Dan jika ada dua golongan dari orang orang kberperang, maka damaikanlah antara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat adil, sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu…”. ( Al -Hujurat: 9-10).
Di sini Allah  سبحانه و تعالي menetapkan persaudaraan antara pihak pendamai dan kedua pihak yang berperang, sedangkan memerangi orang mukmin termasuk kekafiran, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan periwayat yang lain, dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Menghina seorang Muslim adalah kefasikan, dan memeranginya adalah kekafiran.”
Namun kekafiran ini tidak menyebabkan keluar dari Islam, sebab andaikata menyebabkan keluar dari islam maka tidak akan dinyatakan sebagai saudara seiman. Sedangkan ayat suci tadi telah menunjukkan bahawa kedua belah pihak sekalipun berperang mereka masih saudara seiman.
Dengan demikian jelaslah bahawa meninggalkan solat adalah kekafiran yang menyebabkan keluar dari Islam, sebab jika hanya merupakan kefasikan saja atau kekafiran yang sederhana tingkatannya (yang tidak menyebabkan keluar dari Islam) maka persaudaraan seagama tidak dinyatakan hilang kerananya, sebagaimana tidak dinyatakan hilang kerana membunuh dan memerangi orang mukmin.
Bagaimana pula orang yang tidak menunaikan zakat pun dianggap kafir, sebagaimana pengertian yang tertera dalam surat At Taubah tersebut ?
Orang yang tidak menunaikan zakat adalah kafir, menurut pendapat sebahagian ulama, dan ini adalah salah satu pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ahmad رحمه الله.
Akan tetapi pendapat yang kuat ialah yang mengatakan bahawa ia tidak kafir, namun diancam hukuman yang berat, sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi صلي الله عليه وسلم, seperti hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi صلي الله عليه وسلم ketika menyebutkan hukuman bagi orang yang tidak mahu membayar zakat, disebutkan di bahagian akhir hadis:
ثُمَّ يَرَى سَبِيْلَهُ إِمَّا إِلىَ الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلىَ النَّارِ
“ … Kemudian ia akan melihat jalannya, menuju ke syurga atau ke neraka.”
Hadis ini diriwayatkan secara lengkap oleh Imam Muslim dalam bab: “dosa orang yang tidak mahu membayar zakat”.

عن أَبِي هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ كُلَّمَا بَرَدَتْ أُعِيدَتْ لَهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالْإِبِلُ قَالَ وَلَا صَاحِبُ إِبِلٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا وَمِنْ حَقِّهَا حَلَبُهَا يَوْمَ وِرْدِهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ أَوْفَرَ مَا كَانَتْ لَا يَفْقِدُ مِنْهَا فَصِيلًا وَاحِدًا تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا وَتَعَضُّهُ بِأَفْوَاهِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ أُولَاهَا رُدَّ عَلَيْهِ أُخْرَاهَا فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالْبَقَرُ وَالْغَنَمُ قَالَ وَلَا صَاحِبُ بَقَرٍ وَلَا غَنَمٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ لَا يَفْقِدُ مِنْهَا شَيْئًا لَيْسَ فِيهَا عَقْصَاءُ وَلَا جَلْحَاءُ وَلَا عَضْبَاءُ تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَتَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ أُولَاهَا رُدَّ عَلَيْهِ أُخْرَاهَا فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالْخَيْلُ قَالَ الْخَيْلُ ثَلَاثَةٌ هِيَ لِرَجُلٍ وِزْرٌ وَهِيَ لِرَجُلٍ سِتْرٌ وَهِيَ لِرَجُلٍ أَجْرٌ فَأَمَّا الَّتِي هِيَ لَهُ وِزْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَهَا رِيَاءً وَفَخْرًا وَنِوَاءً عَلَى أَهْلِ الْإِسْلَامِ فَهِيَ لَهُ وِزْرٌ وَأَمَّا الَّتِي هِيَ لَهُ سِتْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَمْ يَنْسَ حَقَّ اللَّهِ فِي ظُهُورِهَا وَلَا رِقَابِهَا فَهِيَ لَهُ سِتْرٌ وَأَمَّا الَّتِي هِيَ لَهُ أَجْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فِي مَرْجٍ وَرَوْضَةٍ فَمَا أَكَلَتْ مِنْ ذَلِكَ الْمَرْجِ أَوْ الرَّوْضَةِ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا كُتِبَ لَهُ عَدَدَ مَا أَكَلَتْ حَسَنَاتٌ وَكُتِبَ لَهُ عَدَدَ أَرْوَاثِهَا وَأَبْوَالِهَا حَسَنَاتٌ وَلَا تَقْطَعُ طِوَلَهَا فَاسْتَنَّتْ شَرَفًا أَوْ شَرَفَيْنِ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَدَدَ آثَارِهَا وَأَرْوَاثِهَا حَسَنَاتٍ وَلَا مَرَّ بِهَا صَاحِبُهَا عَلَى نَهْرٍ فَشَرِبَتْ مِنْهُ وَلَا يُرِيدُ أَنْ يَسْقِيَهَا إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَدَدَ مَا شَرِبَتْ حَسَنَاتٍ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالْحُمُرُ قَالَ مَا أُنْزِلَ عَلَيَّ فِي الْحُمُرِ شَيْءٌ إِلَّا هَذِهِ الْآيَةَ الْفَاذَّةُ الْجَامِعَةُ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Tidak seorang pemilik emas atau perak pun yang tidak membayar zakatnya, melainkan pada hari kiamat akan dibuatkan untuknya seterika api yang dipanaskan di neraka Jahannam, kemudian diseterikakan pada lambungnya, dahinya dan punggungnya. Setiap kali seterika itu mulai dingin maka dipanaskan kembali untuk diseterikakan kembali pada mereka, di mana satu hari pada hari kiamat lamanya sama dengan 50.000 tahun dibanding hari di dunia. Sampai dia diberi keputusan dihadapan manusia, kemudian barulah dilihatkan jalannya ke syurga ataukah ke neraka' Kemudian Rasulullah ditanya, 'Wahai Rasulullah, bagaimana dengan unta?' Beliau bersabda, 'Tidak ada seorangpun pemilik unta yang enggan mengeluarkan hak (zakat dari untanya) termasuk mencukupi makan dan minumnya ketika memerah melainkan pada hari kiamat ia dilentangkan di suatu tempat yang datar, di mana tidak seekor anak unta yang ketinggalan untuk ikut menginjak-injak orang tersebut dengan kukunya dan menggigit orang itu dengan giginya. Setiap kali unta yang satu selesai maka akan diteruskan oleh unta yang lainnya. Lamanya hari pada waktu itu sama dengan 50.000 tahun dibanding hari di dunia, sampai orang tersebut diputuskan atau diadili di hadapan manusia dan kemudian diperlihatkan jalannya, mungkin ke surga atau ke neraka.' Lalu beliau ditanya lagi, 'Ya Rasulullah! Bagaimana dengan sapi dan kambing?" Beliau bersabda, "Tidak ada seorang pemilik sapi dan kambing yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat ia akan dilentangkan pada tempat yang datar, lalu diserang oleh sekumpulan lembu dan kambingnya tanpa seekor pun yang ketinggalan. Lembu dan kambing yang menyerangnya itu tidak ada yang bertanduk melengkung kebelakang, tidak ada yang tidak bertanduk, juga tidak ada yang bertanduk pecah, semuanya menanduk pemiliknya dengan tanduknya dan menginjak-injaknya dengan kukunya. Setiap kali yang satu selesai, maka akan diteruskan oleh yang lainnya, dimana lamanya hari pada waktu itu sama dengan 50.000 tahun dibanding hari didunia, sampai orang tersebut diputuskan atau diadili dihadapan manusia dan kemudian diperlihatkanlah padanya jalan (mungkin ke syurga atau ke neraka).' Ditanyakan, 'Ya Rasulullah! Bagaimana dengan kuda?' Beliau bersabda, 'Kuda itu tiga macam; iaitu kuda yang pemiliknya berdosa, kuda yang menjadi perisai (dari api neraka), dan kuda yang pemiliknya akan mendapatkan pahala. Adapun pemilik kuda yang mendapat dosa adalah orang yang memelihara kuda untuk pameran dan kebanggaan serta untuk memusuhi orang-orang Islam, maka pemiliknya akan mendapatkan dosa. Sedangkan kuda yang menjadi perisai bagi pemiliknya nanti ialah orang yang memelihara kuda untuk berjihad dijalan Allah dengan tidak melupakan hak Allah, baik sebagai tunggangan ataupun kendaraan angkutan, maka kuda tersebut kelak akan menjadi perisai bagi pemiliknya (dari api neraka). Pemilik kuda yang mendapat pahala ialah mereka yang memelihara kuda di padang rumput dan ditaman untuk digunakan berjihad dijalan Allah demi melindungi kaum muslimin. Tidaklah kuda tersebut memakan sesuatu dari padang rumput, melainkan Allah menulis kebaikan bagi pemiliknya sebanyak apa yang dimakannya, (kuda itu) dan Allah juga menulis kebaikan dari pemiliknya sebanyak kotoran dan kencing dari kuda tersebut. Tidaklah kuda tersebut lepas lalu pergi ke tempat jauh melainkan Allah mencatat kebaikan sebanyak jejak-jejak dan kotorannya. Tidaklah pemiliknya membawanya ke sungai untuk minum dan tidaklah pemiliknya ingin memberinya minum, melainkan Allah mencatat kebaikan bagi pemiliknya sebanyak apa yang diminumkannya." Ditanyakan, 'Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dengan himar (keldai)? Beliau bersabda, 'Tidak ada sesuatu yang diwahyukan kepadaku tentang himar kecuali ayat yang pendek namun menyeluruh, (Barang siapa berbuat kebaikan sebesar zarahpun kelak ia akan melihatnya, dan barang siapa berbuat kejelekan sebesar zarahpun kelak ia akan melihatnya) (Az-Zalzalah : 8)"' (Riwayat Muslim)

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa orang yang tidak menunaikan zakat tidak menjadi kafir, sebab andaikata ia menjadi kafir, maka tidak akan ada jalan baginya menuju surga.
Dengan demikian manthuq (yang tersurat) dari hadis ini lebih didahulukan dari pada mafhum (yang tersirat) dari ayat yang terdapat dalam surah At-Taubah, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ilmu ushul fiqh bahawa manthuq lebih didahulukan dari pada mafhum.


HADIS-HADIS

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“Sesungguhnya (batas pemisah) antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Riwayat Muslim, dalam kitab: Al-Iman) .

Diriwayatkan dari Buraidah bin Al Hushaib رضي الله عنه, ia berkata: aku mendengar Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
اَلْعَهْدُ الَّذِيْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian antara kita dan mereka adalah solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka benar benar ia telah kafir.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
Yang dimaksud dengan kekafiran di sini adalah kekafiran yang menyebabkan keluar dari Islam,kerana Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم menjadikan solat sebagai batas pemisah antara orang orang mukmin dan orang orang kafir, dan   diketahui secara jelas bahawa peraturan orang kafir tidak sama dengan peraturan orang Islam. oleh itu, barang siapa yang tidak melaksanakan perjanjian ini maka dia termasuk golongan orang kafir.
Diriwayatkan dalam sahih Muslim, dari Ummu Salamah رضي الله عنها, bahawa Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
سَتَكُوْنُ أُمَـرَاء ، فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِـرُوْنَ ، فَمَنْ عَرَفَ بَرَئَ، وَمَنْ أَنْكَـرَ سَلِمَ ، وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ، قَالُوْا: أَفَلاَ نُقَاتِلُهُمْ ؟ قَالَ: لاَ مَا صَلُّوْا
“Akan ada para pemimpin, dan di antara kamu ada yang mengetahui dan menolak kemungkaran-kemungkaran yang dilakukannya, barangsiapa yang mengetahui bebaslah ia, dan barangsiapa yang menolaknya selamatlah ia, akan tetapi barang siapa yang rela dan mengikuti, (tidak akan selamat),
para sahabat bertanya: bolehkah kita memerangi mereka? Rasulullah صلي الله عليه وسلم menjawab:" Tidak, selama mereka mengerjakan solat.”
  Diriwayatkan pula dalam sahih Muslim, dari Auf bin Malik رضي الله عنه ia berkata: Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ وَيُحِبُّوْنَكُمْ ، وَيُصَلُّوْنَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيُبْغِضُوْنَكُمْ ، وَتَلْعَنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ ، قِيْلَ: يَا رَسُـوْلَ اللهِ، أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ ؟ قَالَ : لاَ ، مَا أَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ
“Pemimpin kamu yang terbaik ialah mereka yang kamu sukai dan merekapun menyukai kamu, serta mereka mendoakanmu dan kamupun mendoakan mereka, sedangkan pemimpin kamu yang paling jahat adalah mereka yang kamu benci dan merekapun membencimu, serta kamu melaknati mereka dan merekapun melaknatimu, beliau ditanya: ya Rasulallah, bolehkah kita memusuhi mereka dengan pedang? beliau menjawab: "tidak, selama mereka mendirikan solat dilingkunganmu.”
Kedua-dua hadis yang terakhir ini menunjukkan bahawa boleh memusuhi dan memerangi para pemimpin dengan mengangkat senjata bila mereka tidak mendirikan solat, dan tidak boleh memusuhi dan memerangi para pemimpin, kecuali jika mereka melakukan kekafiran yang nyata, yang boleh kita jadikan bukti di hadapan Allah nanti, berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ubadah bin Ash Shamit رضي الله عنه:
دَعَانَا رَسُوْلُ اللهِ صلي الله عليه وسلم فَبَايَعْنَاهُ ، فَكَانَ فِيْمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعْنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فَيْ مَنْشَطِناَ وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِناَ وَيُسْرِنَا وَأَثْرَةٍ عَلَيْنَا ، وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الْأَمْـرَ أَهْلَهُ ، قَالَ : إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَّاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللهِ فِيْهِ بُرْهَان
“Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah mengajak kami, dan kamipun membai'at beliau, di antara bai’at yang diminta dari kami ialah hendaklah kami membai’at untuk sentiasa patuh dan taat, samada dalam keadaan senang mahupun susah, dalam kesulitan mahupun kemudahan, dan mendahulukannya atas kepentingan dari kami, dan janganlah kami menentang orang yang telah terpilih dalam urusan (kepemimpinan) ini, sabda beliau:” kecuali jika kamu melihat kekafiran yang terang- terangan yang ada buktinya bagi kita dari Allah.”
Atas dasar ini, maka perbuatan mereka meninggalkan solat yang dijadikan oleh Nabi صلي الله عليه وسلم sebagai alasan untuk menentang dan memerangi mereka dengan pedang adalah kekafiran yang terang-terangan yang dapat kita jadikan bukti dihadapan Allah nanti.

Tidak ada satu nas pun dalam Al-Quran ataupun As Sunnah yang menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat itu tidak kafir, atau dia adalah mukmin. Kalaupun ada hanyalah nas-nas yang menunjukkan keutamaan tauhid, syahadah “La ilaha Illallah wa anna Muhammad Rasulullah”, dan pahala yang diperoleh darinya, namun nas-nas tersebut muqayyad (dibatasi) oleh ikatan-ikatan yang terdapat dalam nas itu sendiri, yang dengan demikian tidak mungkin solat itu ditinggalkan, atau disebutkan dalam suatu keadaan tertentu yang menjadi alasan bagi seseorang untuk meninggalkan solat, atau bersifat umum sehingga perlu difahami menurut dalil-dalil yang menunjukkan kekafiran orang yang meninggalkan solat, sebab dalil-dalil yang menunjukkan kekafiran orang yang meninggalkan solat bersifat khusus, sedangkan dalil yang khusus itu harus didahulukan dari pada dalil yang umum.
 Apakah nas-nas yang menunjukkan kekafiran orang yang meninggalkan solat itu tidak boleh diperlakukan pada orang yang meninggalkannya kerana mengingkari hukum kewajibannya?
Tidak boleh, kerana hal itu akan mengakibatkan dua masalah yang berbahaya:
Pertama:
Menghapuskan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah  dan dijadikan sebagai dasar hukum.
Allah telah menetapkan hukum kafir atas dasar meninggalkan solat, bukan atas dasar mengingkari kewajibannya, dan menetapkan persaudaraan seagama atas dasar mendirikan solat, bukan atas dasar mengakui kewajibannya, Allah tidak berfirman: "Jika mereka bertaubat dan mengakui kewajiban solat”, Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم pun tidak bersabda: "Batas pemisah antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah mengingkari kewajiban solat”, atau “perjanjian antara kita dan
mereka ialah pengakuan terhadap kewajiban solat, barang siapa yang mengingkari kewajibannya maka dia telah kafir”.
Seandainya pengertian ini yang dimaksud oleh Allah سبحانه و تعالي dan Rasul Nya, maka tidak menerima pengertian yang demikian ini berarti menyalahi penjelasan yang dibawa oleh Al-Quran.
Allah سبحانه و تعالي berfirman:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ
“Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu …”. (An Nahl: 89).
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ
“Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al-Quran)  agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka …”.  (  An Nahl: 44).
Kedua:
Menjadikan ketentuan yang tidak ditetapkan oleh Allah sebagai landasan hukum.
Mengingkari kewajiban solat lima waktu tentu menyebabkan kekafiran bagi pelakunya, tanpa alasan kerana tidak mengetahuinya, baik dia mengerjakan solat atau tidak mengerjakannya.
Kalau ada seseorang yang mengerjakan solat lima waktu dengan melengkapi segala syarat, rukun, dan hal-hal yang wajib dan sunnah, namun dia mengingkari kewajiban solat tersebut, tanpa ada suatu alasan apapun, maka orang tersebut telah kafir, sekalipun dia tidak meninggalkan solat.
Dengan demikian jelaslah bahawa tidak benar jika nas-nas tersebut dikenakan kepada orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, yang benar ialah bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir dengan kekafiran yang menyebabkannya keluar dari Islam, sebagaimana secara tegas dinyatakan dalam salah satu hadis riwayat Ibnu Abi Hatim dalam kitab Sunan, dari Ubadah bin Shamit رضي الله عنه ia berkata: Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah berwasiat kepada kita:
لاَ تُشْرِكُوْا بِاللهِ شَيْئًا، وَلاَ تَتْرُكُوا الصَّلاَةَ عَمْدًا، فَمَنْ تَرَكَهَا عَمْدًا مُتَعَمِّدًا فَقَدْ خَرَجَ مَنَ الْمِلَّةِ
“Janganlah kamu berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, dan janganlah kamu sengaja meninggalkan solat, barangsiapa yang benar-benar dengan sengaja meninggalkan solat maka ia telah keluar dari Islam.”
Demikian pula, jika hadis ini kita kenakan kepada orang yang meninggalkan solat karena mengingkari kewajibannya, maka penyebutan kata “solat” secara khusus dalam nas-nas tersebut tidak ada gunanya sama sekali.
Hukum ini bersifat umum, termasuk zakat, puasa, dan haji, barangsiapa yang meninggalkan salah satu kewajiban tersebut kerana mengingkari kewajipannya, maka ia telah kafir, jika tanpa alasan kerana tidak mengetahui. Kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir menurut dalil naqli (Al -Quran dan As Sunnah), maka menurut dalil 'aqli nadzari (logika) pun demikian.
Bagaimana seseorang dikatakan memiliki iman, sementara dia meninggalkan solat yang merupakan sendi agama. Dan pahala yang dijanjikan bagi orang yang mengerjakannya menuntut kepada setiap orang yang berakal dan beriman untuk segera melaksanakan dan mengerjakannya. Serta ancaman bagi orang yang meninggalkannya menuntut kepada setiap orang yang berakal dan beriman untuk tidak meninggalkan dan melalaikannya. Dengan demikian, apabila seseorang meninggalkan solat, bererti tidak ada lagi iman yang tersisa pada dirinya.
Apakah kekafiran bagi orang yang meninggalkan solat tidak dapat diertikan sebagai kufur nikmat, bukan kufur millah (yang mengeluarkan pelakunya dari agama Islam), atau diertikan sebagai kekafiran yang tingkatannya dibawah kufur akbar, seperti kekafiran yang disebutkan dalam hadis dibawah ini, yang mana Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersaba:
اِثْنَانِ بِالنَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: اَلطَّعْنُ فِي النَّسَبِ ، وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
“Ada dua perkara terdapat pada manusia, yang keduanya merupakan suatu kekafiran bagi mereka, iaitu: mencela keturunan dan meratapi orang yang telah mati.”
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Menghina seorang muslim adalah kefasikan, dan memeranginya adalah kekafiran.”
Pengertian seperti ini dengan mengacu pada contoh tersebut tidak benar, kerana beberapa alasan:
Pertama: Bahawa Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم telah menjadikan solat sebagai batas pemisah antara kekafiran dan keimanan, antara orang-orang mukmin dan orang-orang kafir, dan batas ialah yang membedakan apa saja yang dibatasi, serta memisahkannya dari yang lain, sehingga kedua perkara yang dibatasi berlainan, dan tidak bercampur antara yang satu dengan yang lain.
Kedua: Solat adalah salah satu rukun Islam, maka penyebutan kafir terhadap orang yang meninggalkannya bererti kafir dan keluar dari Islam, kerana dia telah menghancurkan salah satu sendi Islam, berbeza halnya dengan penyebutan kafir terhadap orang yang mengerjakan salah satu macam perbuatan kekafiran.
Ketiga: Di sana ada nas-nas lain yang menunjukkan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, yang dengan kekafirannya menyebabkan ia keluar dari Islam.
Oleh   itu kekafiran ini harus difahami sesuai dengan erti yang dikandungnya, sehingga nas-nas itu tidak saling bertentangan.
Keempat:        Penggunaan kata kufur berbeza-beza, tentang meninggalkan solat Baginda bersabda:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ
“Sesungguhnya (batas pemisah) antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Riwayat Muslim, dalam kitab al iman).
Di sini digunakan kata “Al ”, dalam bentuk ma’rifah (definite), yang menunjukkan bahawa yang dimaksud dengan kufur di sini adalah kekafiran yang sebenarnya, berbeza dengan penggunaan kata kufur secara nakirah (indefinite), atau “kafara” sebagai kata kerja, atau bahawa dia telah melakukan suatu kekafiran dalam perbuatan ini, bukan kekafiran mutlak yang menyebabkan keluar dari Islam.
       Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya "Iqtidha ashshirath al mustaqim" cetakan As Sunnah al Muhammadiyah, hal 70, ketika menjelaskan sabda Nabi صلي الله عليه وسلم :
اِثْنَانِ بِالنَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: اَلطَّعْنُ فِي النَّسَبِ، وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
“Ada dua perkara terdapat pada manusia, yang keduanya merupakan suatu kekafiran bagi mereka, iaitu: mencela keturunan dan meratapi orang mati.”
Ia mengatakan: sabda Nabi “Keduanya merupakan kekafiran” ertinya: kedua sifat ini adalah suatu kekafiran yang masih terdapat pada manusia, jadi kedua sifat ini adalah suatu kekafiran, karena sebelum itu keduanya termasuk perbuatan-perbuatan kafir, tetapi masih terdapat pada manusia.
Namun, tidak bererti bahawa setiap orang yang terdapat pada dirinya salah satu bentuk kekafiran dengan sendirinya menjadi kafir karenanya secara mutlak, sehingga terdapat pada dirinya hakekat kekafiran. Begitu pula, tidak setiap orang yang terdapat dalam dirinya salah satu bentuk keimanan dengan sendirinya menjadi mukmin.
Penggunaan kata “Al Kufr” dalam bentuk ma’rifah (dengan kata “Al”) sebagaimana disebut dalam sabda Nabi صلي الله عليه وسلم :
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ
“Sesungguhnya (batas pemisah) antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (Riwayat Muslim, dalam kitab al iman).
Berbeza dengan kata “Kufr” dalam bentuk nakirah (tanpa kata “Al”) yang digunakan dalam kalimat positif.
Telah  jelas bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, keluar dari Islam, berdasarkan dalil-dalil ini, maka yang benar adalah pendapat yang dipegang oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang juga merupakan salah satu pendapat Imam Asy Syafi'i, sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya tentang firman Allah سبحانه و تعالي :
âفَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً. إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئاً
“Lalu datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak akan dirugikan sedikitpun.” (Maryam: 59-60).
Disebutkan pula oleh Ibnul Qayyim dalam “Kitab Ash Solat” bahawa pendapat ini merupakan salah satu dari dua pendapat yang ada dalam mazhab Syafi’i, Ath Thahaqi pun menukilkan demikian dari Imam Syafi’i sendiri.
Dan pendapat inilah yang dipegang oleh majoriti sahabat, bahkan banyak ulama yang menyebutkan bahawa pendapat ini merupakan ijma’ (consensus) para sahabat.
Abdullah bin Syaqiq mengatakan: ”Para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum berpendapat bahawa tidak ada satupun amal yang bila ditinggalkan menyebabkan kafir, kecuali solat”. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Al Hakim menyatakannya sahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Muslim).
Ishaq bin Rahawaih رحمه الله, seorang Imam terkenal mengatakan: “Telah dinyatakan dalam hadts sahih dan Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, dan demikianlah pendapat yang dipegang oleh para ulama sejak zaman Nabi صلي الله عليه وسلم sampai sekarang ini, bahawa orang yang sengaja meninggalkan solat tanpa ada suatu halangan sehingga lewat waktunya adalah kafir.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Hazm رحمه الله bahawa pendapat tersebut telah dipegang oleh Umar, Abdurrahman bin Auf, Muaz bin Jabal, Abu Hurairah, dan para sahabat lainnya, dan ia berkata: “Dan sepengetahuan kami tidak ada seorang pun di antara sahabat Nabi yang menyalahi pendapat mereka ini”, keterangan Ibnu Hazm ini telah dinukil oleh Al Mundziri dalam kitabnya "At Targhib Wat Tarhib", dan ada tambahan lagi dari para sahabat iaitu Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdillah, Abu Darda’ رضي الله عنه, ia berkata lebih lanjut: “dan diantara para ulama yang bukan dari sahabat adalah Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih, Abdullah bin Al Mubarak, An Nakha'i, Al Hakam bin Utbaibah, Ayub As Sikhtiyani, Abu Daud At Thayalisi, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Zuhair bin Harb, dan lain-lainnya.”

Apakah jawapan atas dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat itu tidak kafir?
Tidak disebutkan dalam dalil-dalil ini bahawa orang yang meninggalkan solat itu tidak kafir, atau mukmin, atau tidak masuk neraka, atau masuk syurga, dan yang seumpamanya.
Siapapun yang memperhatikan dalil-dalil itu dengan teliti pasti akan menemukan bahawa dalil-dalil itu tidak keluar dari lima bahagian dan kesemuanya tidak bertentangan dengan dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir.
PERTAMA: Hadis-hadis tersebut dhaif dan tidak jelas, orang yang menyebutkannya berusaha untuk dapat dijadikan sebagai landasan hukum, namun tetap tidak membawa hasil.
KEDUA: Pada dasarnya, tidak ada dalil yang menjadi pegangan pendapat yang mereka anut dalam masalah ini, seperti dalil yang digunakan oleh sebahagian orang, iaitu firman Allah سبحانه و تعالي:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu yang Dia kehendaki.” (An Nisa: 48).
Firman Allah “مَا دُوْنَ ذَلِكَ ” ertinya: “dosa-dosa yang lebih kecil dari pada syirik ”, bukan “dosa yang selain syirik”, berdasarkan dalil bahawa orang yang mendustakan apa yang diberitakan Allah dan Rasul Nya adalah kafir, dengan kekafiran yang tidak diampuni, sedangkan dosa orang yang meninggalkan solat tidak termasuk syirik.
Andaikata kita menerima bahawa firman Allah         “مَا دُوْنَ ذَلِكَ ” ertinya adalah “dosa-dosa selain syirik”, nescaya inipun termasuk dalam bab Al Amm Al Makhsus (dalil umum yang bersifat khusus), dengan adanya nas-nas lain yang menunjukkan adanya kekafiran yang menyebabkan keluar dari Islam termasuk dosa yang tidak diampuni, sekalipun tidak termasuk syirik.
KETIGA: Dalil umum yang bersifat khusus, dengan hadis-hadis yang menunjukkan kekafiran orang yang meninggalkan solat.
Contohnya: Sabda Nabi صلي الله عليه وسلم dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang hamba yang bersaksi bahawa tidak ada  sembahan yang haq kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Nya, kecuali Allah haramkan ia dari api neraka.”
Inilah salah satu lafaznya, dan diriwayatkan pula dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah, Ubadah bin Shamit dan Itban bin Malikرضي الله عنهم .
KEEMPAT: Dalil umum yang muqayyad (dibatasi) oleh suatu ikatan yang tidak mungkin baginya meninggalkan solat.
Contohnya: Sabda Nabi صلي الله عليه وسلم dalam hadis yang dituturkan oleh Itban bin Malik رضي الله عنه:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهِ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang hamba yang bersaksi bahawa tidak ada  sembahan yang haq kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, dengan ikhlas dalam hatinya (semata-mata kerana Allah), kecuali Allah haramkan ia dari api neraka.”
Dan sabda Nabi صلي الله عليه وسلم  dalam hadis yang dituturkan oleh Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهِ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang hamba yang bersaksi bahawa tidak ada  sembahan yang haq kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, dengan ikhlas dalam hatinya (semata-mata kerana Allah), kecuali Allah haramkan ia dari api neraka”. (Riwayat  Bukhari).
Dengan dibatasinya pernyataan dua kalimah syahadat dengan keikhlasan niat dan kejujuran hati, menunjukkan bahawa solat tidak mungkin akan ditinggalkan, kerana siapapun yang jujur dan ikhlas dalam pernyataannya nescaya kejujuran dan keikhlasannya akan mendorong dirinya untuk melaksanakan solat, dan tentu saja, kerana solat merupakan sendi Islam, serta media komunikasi antara hamba dan Tuhan.
Maka apabila ia benar-benar mengharapkan perjumpaan dengan Allah, tentu akan berbuat apapun yang dapat menghantarkannya kepada tujuannya itu, dan menjauhi segala apa yang menjadi penghalangnya.
Demikian pula orang yang mengucapkan kalimah “La Ilaha Illallah wa anna Muhammad Rasulullah” secara jujur dari lubuk hatinya, tentu kejujurannya itu akan mendorong dirinya untuk melaksanakan solat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, dan mengikuti tuntutan Rasulullah صلي الله عليه وسلم, kerana itu termasuk syarat-syarat syahadah yang benar.
KELIMA: Dalil yang disebutkan secara muqayyad (dibatasi) oleh suatu keadaan yang menjadi alasan bagi seseorang untuk meninggalkan solat.
Contohnya: Hadis riwayat Ibnu Majah, dari Hudzaifah bin Al Yaman, ia menuturkan bahawa Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
يُدْرَسُ اْلإِسْلاَمُ كَمَا يُدْرَسُ وَشْيُ الثَّوْبِ " وفيه " وَتَبْقَى طَوَائِفُ مِنَ النَّاسِ الشَّيْخُ الْكَبِيْرُ وَالْعَجُوْزُ يَقُوْلُوْنَ: أَدْرَكْنَا آبَاءَنَا عَلَى هَذِهِ الْكَلِمَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَنَحْنُ نَقُوْلُهَا
“Akan hilang Islam ini sebagaimana akan hilangnya yang terdapat pada pakaian”… “dan tinggallah beberapa kelompok manusia, iaitu kaum lelaki dan wanita yang tua, mereka berkata:”kami mendapatkan orang tua kami hanya menganut kalimah “La Ilaha Illallah” ini, maka kamipun menyatakannya (seperti mereka) .”
Shilah berkata kepada Hudzaifah:” Tidak berguna bagi mereka kalimah “La Ilaha Illallah”, bila mereka tidak tahu apa itu solat, apa itu puasa, apa itu haji, apa itu zakat.”, maka Hudzaifah رضي الله عنه memalingkan mukanya dengan menjawab:” wahai Shilah, kalimah itu akan menyelamatkan mereka dari api neraka”, berulang-kali dia katakan seperti itu kepada Shilah, dan ketiga kalinya dia mengatakan sambil menatapnya.
Orang-orang yang selamat dari api neraka dengan kalimah syahadat saja, mereka itu dima'afkan untuk tidak melaksanakan syari'at Islam, kerana mereka sudah tidak mengenalinya, sehingga apa yang mereka kerjakan hanyalah apa yang mereka dapatkan saja, keadaan mereka adalah serupa dengan keadaan orang yang meninggal dunia sebelum diperintahkannya syari'at, atau sebelum mereka mendapat kesempatan untuk mengerjakan syari'at, atau orang yang masuk Islam di negara kafir tetapi belum sempat mengenal syari'at ia meninggal dunia.
Kesimpulannya, bahawa dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa tidak kafir orang yang tidak solat atau meninggalkannya, tidak dapat melemahkan dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, kerana dalil-dalil yang mereka pergunakan itu dhaif, dan tidak jelas, atau sama sekali tidak membuktikan kebenaran pendapat mereka, atau dibatasi oleh suatu ikatan yang dengan demikian tidak mungkin solat itu ditinggalkan, atau dibatasi oleh suatu keadaan yang menjadi alasan untuk meninggalkan solat, atau dalil umum yang bersifat khusus dengan adanya nas-nas yang menunjukkan kekafiran orang yang meninggalkan solat.
Dengan demikian jelaslah bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, berdasarkan dalil yang kuat yang tidak dapat disanggah dan disangkal lagi, untuk itu harus dikenakan kepadanya   hukum kerana kekafiran dan riddah (keluar dari Islam), sesuai dengan prinsip “hukum itu dinyatakan ada atau tidak ada mengikuti ilat (alasan) nya”.

Hukum Kerana Riddh, Disebabkan Meninggalkan Solat atau Sebab Lain

1. Kehilangan Haknya Sebagai Wali
Tidak boleh sama sekali dijadikan wali dalam perkara yang memerlukan persyaratan kewalian dalam Islam, dengan demikian, ia tidak boleh dijadikan wali untuk anak-anaknya atau selain mereka, dan tidak boleh menikahkan salah seorang anak perempuannya atau anak perempuan  orang lain yang berada di bawah kewaliannya.
Para ulama fiqh kita -رحمهم الله– telah menegaskan dalam kitab-kitab mereka yang kecil mahupun besar, bahwa disyaratkan beragama islam bagi seorang wali apabila mengahwinkan wanita muslimah, mereka berkata: “Tidak sah orang kafir menjadi wali bagi seorang wanita muslimah”.
Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata: “ Tidak sah suatu pernikahan kecuali disertai dengan seorang wali yang bijaksana, dan kebijaksanaan yang paling agung dan luhur adalah agama Islam, sedang kebodohan yang paling hina dan rendah adalah kekafiran, kemurtadan dari Islam.
Allah سبحانه و تعالي berfirman:
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلاَّ مَن سَفِهَ نَفْسَهُ
“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri …” (  Al Baqarah: 130).

2. Kehilangan Haknya Untuk Mewarisi Kaum Kerabatnya

Sebab orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam, begitu pula orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir, berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan dari Usamah bin Zaid رضي الله عنه, Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ وَلاَ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ
“Tidak boleh seorang muslim mewarisi orang kafir, dan tidak boleh orang kafir mewarisi orang muslim”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dilarang Baginya Untuk Memasuki Kota Mekkah dan Tanah Haramnya

Berdasarkan firman Allah سبحانه و تعالي:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
“Hai orang orang yang beriman, sesungguhnya orang- orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Al Masjidil Haram sesudah tahun ini …” (At Taubah: 28).

4. Tidak Boleh Disolatkan Jenazahnya dan Tidak Boleh Dimintakan Keampunan dan Rahmat Untuknya
Berdasarkan firman Allah سبحانه و تعالي:
وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَداً وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُواْ وَهُمْ فَاسِقُونَ
“Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya, sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul Nya, dan mereka mati dalam keadaan fasik”. (  At Taubah: 84).
Dan firman-Nya:
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ. وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلاَّ عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لأوَّاهٌ حَلِيمٌ
“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang- orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahim, dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu, tetapi ketika jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka berlepas diri darinya, sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (At Taubah: 113-114).
Doa seseorang untuk memintakan ampun dan rahmat bagi orang yang mati dalam keadaan kafir, apapun sebab kekafirannya, adalah pelanggaran dalam doa, dan merupakan suatu bentuk penghinaan kepada Allah, dan penyimpangan terhadap tuntunan Nabi صلي الله عليه وسلم dan orang-orang yang beriman.
Bagaimana mungkin orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat mau mend'akan orang yang mati dalam keadaan kafir, agar diberi keampunan dan rahmat, padahal dia adalah musuh Allah? Sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالي:
مَن كَانَ عَدُوّاً لِّلّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللّهَ عَدُوٌّ لِّلْكَافِرِينَ
“Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, Malaikat malaikat Nya, Rasul-rasul Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuhnya orang-orang kafir”. (Al Baqarah: 98).
Dalam ayat ini, Allah telah menjelaskan bahawa Dia adalah musuh orang-orang yang kafir. Yang wajib bagi orang mukmin ialah melepaskan diri dari setiap orang kafir, firman Allah سبحانه و تعالي:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاء مِّمَّا تَعْبُدُونَ. إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa  dan kaumnya: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah, kecuali Tuhan yang menjadikanku, kerana sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku.” (Az Zukhruf: 26 –27).
Dan firman-Nya:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَاء مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاء أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) mu, dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja …” (Al Mumtahanah: 4).
Untuk mencapai darjat demikian adalah dengan mutaba’ah (meneladani) Rasulullah صلي الله عليه وسلم, Allah سبحانه و تعالي berfirman:
وَأَذَانٌ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الأَكْبَرِ أَنَّ اللّهَ بَرِيءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ
“Dan (inilah) suatu permakluman dari Allah dan Rasul Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul Nya berlepas diri dari orang-orang musyrik”. (At Taubah: 3).

5. Dilarang Menikah Dengan Wanita Muslimah

Kerana dia kafir, dan orang kafir tidak boleh menikahi wanita muslimah, berdasarkan nas dan ijma’.
Allah سبحانه و تعالي berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا جَاءكُمُ الْمُؤْمِنَاتُ مُهَاجِرَاتٍ فَامْتَحِنُوهُنَّ اللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِهِنَّ فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَاتٍ فَلَا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى الْكُفَّارِ لَا هُنَّ حِلٌّ لَّهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila perempuan perempuan yang beriman datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka, Allah lebih mengetahui tentang mereka, jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir, mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu, dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka …” (Al Mumtahanah: 10).
Dikatakan dalam kitab Al Mughni, jilid 6, hal 592: “Semua orang kafir, selain Ahli kitab, tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama, bahawa wanita-wanita dan sembelihan-sembelihan mereka haram bagi orang Islam …, dan wanita-wanita yang murtad (keluar dari Islam) ke agama apapun haram untuk dinikahi, kerana dia tidak diakui sebagai pemeluk agama baru yang dianutnya itu, sebab kalau diakui sejak semula sebagai pemeluk agama itu, maka kemungkinan dapat dihalalkan.” (Seperti; wanita yang berpindah dari agama Islam ke agama ahli kitab, maka diharamkan untuk dinikahi, tetapi bila wanita itu sejak semula telah memeluk agama ahli kitab ini, maka dihalalkan untuk dinikahi)
Dan disebutkan dalam bab “orang murtad”, jilid 8, hal 130: “Jika dia kahwin, tidak sah perkawinannya, kerana tidak ditetapkan secara hukum untuk menikah, dan selama tidak ada ketetapan hukum untuk pernikahannya, dilarang pula pelaksanaan pernikahannya, seperti pernikahan orang kafir dengan wanita muslimah.” (Dalam kitab Majma Al-Anhar, untuk madzhab Hanafi, pada akhir bab “Pernikahan Orang Kafir”, juz 1, hal.202, dikatakan: Tidak sah bagi siapapun untuk menikah dengan laki-laki atau wanita yang murtad, berdasarkan ijma para sahabat Ridhwanallahu Alaihim )
Sebagaimana diketahui, telah dikemukakan dengan jelas, bahawa dilarang menikah dengan wanita yang murtad, dan tidak sah kahwin dengan laki-laki yang murtad.
Dikatakan pula dalam kitab Al-Mughni, jilid 6, hal 298: “Apabila salah seorang dari suami isteri murtad sebelum si isteri digauli, maka batallah pernikahan mereka seketika itu, dan masing-masing
pihak tidak berhak untuk mewarisi yang lain, namun, jika ia murtad setelah digauli maka dalam hal ini ada dua riwayat: pertama: segera dipisahkan, kedua: ditunggu sampai habis masa iddah.”
Dan disebutkan dalam Al-Mughni, jilid 6, hal 639: “Batalnya pernikahan kerana riddah sebelum si isteri digauli adalah pendapat yang dipegang oleh jumhur   ulama, berdasarkan banyak dalil, adapun bila terjadi riddah setelah digauli, maka batallah pernikahan seketika itu juga, menurut pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah, dan menurut pendapat Imam Syafi'i: ditunggu sehingga habis masa iddahnya, dan menurut Imam Ahmad ada dua riwayat seperti kedua mazhab tersebut.”
Kemudian disebutkan pula pada halaman 640: “Apabila suami isteri itu sama-sama murtad, maka hukumnya adalah seperti halnya apabila salah satu dari keduanya murtad, jika terjadi sebelum digauli, segera diceraikan antara keduanya. Dan jika terjadi sesudahnya, apakah segera diceraikan atau menunggu sehingga habis masa iddah? Ada dua riwayat, dan inilah mazhab Syafi’i.
Selanjutnya disebutkan bahawa menurut Imam Abu Hanifah, pernikahannya tidaklah batal berdasarkan istihsan (kebijaksanaan yang diambil berdasarkan suatu pertimbangan tertentu, tanpa mengacu kepada nas secara khusus), karena dengan demikian, agama mereka berbeza, sehingga ibaratnya seperti kalau mereka sama-sama beragama Islam. Kemudian analogi yang digunakan itu disanggah oleh pengarang Al Mughni dari segala segi dan aspeknya.
Apabila telah jelas dan nyata bahawa pernikahan orang murtad dengan laki-laki atau perempuan yang beragama Islam itu tidak sah, berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As Sunnah, dan orang yang meninggalkan shalat adalah kafir berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As Sunnah serta pendapat para sahabat, maka jelaslah bagi kita bahawa seseorang apabila tidak melaksanakan solat, dan mengahwini seorang wanita muslimah, maka pernikahannya tidak sah, dan tidak halal baginya wanita itu dengan akad nikah ini, begitu pula hukumnya apabila pihak wanita yang tidak solat.
Ini berbeza dengan pernikahan orang-orang kafir, ketika masih dalam keadaan kafir, seperti seorang laki-laki kafir kahwin dengan wanita kafir, kemudian si isteri masuk Islam, jika ia masuk Islam sebelum digauli, maka batallah pernikahan tadi, tapi jika masuk Islam sesudah digauli, belum batal pernikahannya, namun ditunggu: apabila si suami masuk Islam sebelum habis masa iddah, maka wanita tersebut tetap menjadi isterinya, tetapi apabila telah habis masa iddahnya si suami belum masuk Islam, maka tidak ada hak baginya terhadap isterinya, kerana dengan demikian nyatalah bahawa pernikahannya telah batal, sejak si isetri masuk Islam.
Pada zaman Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم ada sejumlah orang kafir yang masuk Islam bersama isteri mereka, dan pernikahan mereka tetap diakui oleh Nabi, kecuali jika terdapat sebab yang mengharamkan dilangsungkannya pernikahan tersebut, seperti apabila suami isteri itu berasal dari agama Majusi dan terdapat hubungan kekeluargaan yang melarang dilangsungkan  pernikahan di antara keduanya, maka kalau keduanya masuk Islam, diceraikan seketika itu juga antara mereka berdua, kerana adanya sebab yang mengharamkan tadi.
Masalah ini tidak seperti   orang muslim, yang menjadi kafir kerana meninggalkan solat, kemudian kahwin dengan seorang wanita muslimah, wanita muslimah itu tidak halal bagi orang kafir berdasarkan nas  dan ijma’, sebagaimana telah dihuraikan di atas, sekalipun orang itu awalnya kafir bukan kerana murtad.
Maka itu, jika ada seorang laki-laki kafir kahwin dengan wanita muslimah, maka pernikahannya batal, dan wajib diceraikan antara keduanya. Apabila laki-laki itu masuk Islam dan ingin kembali kepada wanita tersebut, maka harus dengan akad nikah yang baru.

6. Hukum Anak Orang yang Meninggalkan Solat Dari Perkahwinannya Dengan Wanita Muslimah
Bagi pihak isteri, menurut pendapat orang yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan soat itu tidak kafir, maka anak itu adalah anaknya, dan bagaimanapun tetap dinasabkan kepadanya, kerana pernikahannya adalah sah.
Sedang menurut pendapat yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat itu kafir, dan pendapat ini yang benar sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, pada perbahasan pertama, maka kita tinjau terlebih dahulu:
·                  Jika si suami tidak mengetahui bahawa pernikahannya batal, atau tidak meyakini yang demikian itu, maka anak itu adalah anaknya, dan dinasabkan kepadanya, kerana hubungan suami isteri yang dilakukannya dalam keadaan seperti ini adalah boleh menurut keyakinannya, sehingga hubungan tersebut dihukumkan sebagai hubungan syubhat (yang meragukan), dan   anak tadi tetap diikutkan kepadanya dalam nasab.
·                  Namun jika si suami mengetahui serta meyakini bahawa pernikahannya batal, maka anak itu tidak dinasabkan kepadanya, kerana tercipta dari sperma orang yang berpendapat bahawa hubungan yang dilakukannya adalah haram, kerana terjadi pada wanita yang tidak dihalalkan baginya.

7. Dicaci dan Diherdik oleh Para Malaikat

Para  malaikat memukul seluruh tubuhnya, dari bahagian hadapan dan belakangnya.
Allah سبحانه و تعالي berfirman:
وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُواْ الْمَلآئِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُواْ عَذَابَ الْحَرِيقِ. ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللّهَ لَيْسَ بِظَلاَّمٍ لِّلْعَبِيدِ
“Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir, seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): “Rasakanlah olehmu seksa nereka yang membakar”, (tentulah kamu akan merasa ngeri). Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba Nya”. ( Al Anfal: 50–51).

8. Pada Hari Kiamat Dikumpulkan Bersama Orang-orang Kafir dan Musyrik Termasuk Dalam Golongan Mereka

Firman Allah سبحانه و تعالي:
احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ. مِن دُونِ اللَّهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَى صِرَاطِ الْجَحِيمِ
“(Kepada para malaikat diperintahkan): “Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta orang-orang yang sejenis mereka dan apa-apa yang menjadi sembahan mereka, selain Allah, lalu tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka.” (Ash Shaffat: 22–23).
Kata “ أَزْوَاج ” bentuk jama’ dari “ زَوْج ” yang bererti: jenis, macam. Yakni: “Kumpulkanlah orang-orang yang musyrik dan orang-orang yang sejenis mereka, seperti orang-orang kafir dan yang zalim lainnya.”

9. Kekal Untuk Selama-lamanya Di dalam Neraka
Berdasarkan firman Allah سبحانه و تعالي:
إِنَّ اللَّهَ لَعَنَ الْكَافِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيراً. خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً لَّا يَجِدُونَ وَلِيّاً وَلَا نَصِيراً. يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
“Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak (pula) seorang penolong. Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata:"Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah, dan taat (pula) kepada Rasul ”. (Al Ahzab: 64 – 66).


HADIS-HADIS


بيان إطلاق اسم الكفر على من ترك الصلاة
(صحيح مسلم )



حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ يَا وَيْلَهُ وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ يَا وَيْلِي أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِي النَّارُ حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَعَصَيْتُ فَلِي النَّارُ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah  dan  Abu Kuraib keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami  Abu Mu'awiyah  dari  Al-A'masy  dari Abu Solih  dari  Abu Hurairah  dia berkata, "Rasulullah s.a.w  bersabda: "Apabila manusia membaca surah As-Sajdah, lalu dia sujud, maka syaitan menjauh menyendiri untuk menangis seraya berkata, 'Celakalah'." Dan dalam riwayat Abu Kuraib, "Celakalah aku, manusia disuruh bersujud maka mereka bersujud sehingga dia mendapatkan syurga, sedangkan aku disuruh bersujud, lalu aku enggan, sehingga aku mendapatkan neraka'." Telah menceritakan kepadaku  Zuhair bin Harb  telah menceritakan kepada kami  Waki' telah menceritakan kepada kami  al-A'masy dengan sanad ini semisalnya, hanya saja dia menyebutkan, 'Lalu aku derhaka sehingga aku mendapatkan neraka'."


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ كِلَاهُمَا عَنْ جَرِيرٍ قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya At-Tamimi  dan  Uthman bin Abu Syaibah  keduanya dari  Jarir .  Yahya  berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Jarir  dari A-A'masy  dari  Abu Sufyan  dia berkata, saya mendengar Jabir  berkata, "Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuan adalah meninggalkan solat'."

حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ الْمِسْمَعِيُّ حَدَّثَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ مَخْلَدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ
Telah menceritakan kepada kami Abu Ghassan Al-Misma'i telah menceritakan kepada kami Ad-Dahhak bin Makhlad dari  Ibnu Juraij  dia berkata, telah mengkhabarkan kepadaku  Abu Az-Zubaira bahawa dia mendengar  Jabir bin Abdullah  berkata, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuan adalah meninggalkan solat."


فرض الصلاة
( ابو داود )

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلَا يُفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُنَّ قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامَ شَهْرِ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّدَقَةَ قَالَ فَهَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلَا أَنْقُصُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمَدَنِيُّ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ نَافِعِ بْنِ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ بِإِسْنَادِهِ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ أَفْلَحَ وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ
Telah menceritakan kepada kami  Abdullah bin Maslamah  dari  Malik dari bapa saudaranya   Abu Suhail bin Malik dari Bapanya bahawa dia mendengar Thalhah bin Ubaidullah berkata; seseorang yang rambutnya main-mainkan dari penduduk Najed - datang kepada Rasulullah s.a.w. Kami mendengar loghat suaranya, tetapi kami tidak faham dengan perkataannya hingga dia mendekati dan ternyata dia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Solat lima kali sehari semalam." Dia bertanya lagi; apakah ada kewajiban bagiku selainnya? Rasulullah menjawab: 'Tidak ada kecuali kamu mahu melakukan sunnah-sunnahnya. ' Rasulullah menambahkan puasa bulan Ramadhan, Dia bertanya lagi; 'apakah ada kewajiban lain bagiku? Rasulullah menjawab: "Tidak ada kecuali kamu mahu melakukannya secara sukarela (puasa sunat). Selanjutnya Rasulullah s.a.w menyebutkan tentang zakat. Dia bertanya lagi; apakah ada kewajiban yang lain bagiku? Rasul s.a.w menjawab: 'Tidak, kecuali kamu mahu melakukannya secara suk rela. ' kemudian dia mundur ke belakang sambil berkata; 'Demi Allah aku tidak akan menambah atau mengurangi hal tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia beruntung jika dia jujur." Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Daud Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Ja'far Al Madani dari Abu Suhail, Nafi' dari Malik bin Abu 'Amir dengan sanadnya mengenai Hadis ini. Beliau bersabda: 'Sungguh ia dan bapanya beruntung akan masuk syurga jika ia jujur. '

الحكم في تارك الصلاة
( النساءى )

أَخْبَرَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ الدَّسْتَوَائِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ صَعْصَعَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ الْبَيْتِ بَيْنَ النَّائِمِ وَالْيَقْظَانِ إِذْ أَقْبَلَ أَحَدُ الثَّلَاثَةِ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ فَأُتِيتُ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مَلْآنَ حِكْمَةً وَإِيمَانًا فَشَقَّ مِنْ النَّحْرِ إِلَى مَرَاقِّ الْبَطْنِ فَغَسَلَ الْقَلْبَ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ مُلِئَ حِكْمَةً وَإِيمَانًا ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ دُونَ الْبَغْلِ وَفَوْقَ الْحِمَارِ ثُمَّ انْطَلَقْتُ مَعَ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَتَيْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ مَرْحَبًا بِهِ وَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَأَتَيْتُ عَلَى آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ قَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ ابْنٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ الثَّانِيَةَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ فَمِثْلُ ذَلِكَ فَأَتَيْتُ عَلَى يَحْيَى وَعِيسَى فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِمَا فَقَالَا مَرْحَبًا بِكَ مِنْ أَخٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ الثَّالِثَةَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ فَمِثْلُ ذَلِكَ فَأَتَيْتُ عَلَى يُوسُفَ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ قَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ أَخٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ الرَّابِعَةَ فَمِثْلُ ذَلِكَ فَأَتَيْتُ عَلَى إِدْرِيسَ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ أَخٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ الْخَامِسَةَ فَمِثْلُ ذَلِكَ فَأَتَيْتُ عَلَى هَارُونَ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ قَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ أَخٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ السَّادِسَةَ فَمِثْلُ ذَلِكَ ثُمَّ أَتَيْتُ عَلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ أَخٍ وَنَبِيٍّ فَلَمَّا جَاوَزْتُهُ بَكَى قِيلَ مَا يُبْكِيكَ قَالَ يَا رَبِّ هَذَا الْغُلَامُ الَّذِي بَعَثْتَهُ بَعْدِي يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِهِ الْجَنَّةَ أَكْثَرُ وَأَفْضَلُ مِمَّا يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِي ثُمَّ أَتَيْنَا السَّمَاءَ السَّابِعَةَ فَمِثْلُ ذَلِكَ فَأَتَيْتُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنْ ابْنٍ وَنَبِيٍّ ثُمَّ رُفِعَ لِي الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ فَقَالَ هَذَا الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ يُصَلِّي فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ فَإِذَا خَرَجُوا مِنْهُ لَمْ يَعُودُوا فِيهِ آخِرَ مَا عَلَيْهِمْ ثُمَّ رُفِعَتْ لِي سِدْرَةُ الْمُنْتَهَى فَإِذَا نَبْقُهَا مِثْلُ قِلَالِ هَجَرٍ وَإِذَا وَرَقُهَا مِثْلُ آذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا فِي أَصْلِهَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ نَهْرَانِ بَاطِنَانِ وَنَهْرَانِ ظَاهِرَانِ فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ فَقَالَ أَمَّا الْبَاطِنَانِ فَفِي الْجَنَّةِ وَأَمَّا الظَّاهِرَانِ فَالْبُطَاءُ وَالنَّيْل ثُمَّ فُرِضَتْ عَلَيَّ خَمْسُونَ صَلَاةً فَأَتَيْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ مَا صَنَعْتَ قُلْتُ فُرِضَتْ عَلَيَّ خَمْسُونَ صَلَاةً قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ بِالنَّاسِ مِنْكَ إِنِّي عَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ وَإِنَّ أُمَّتَكَ لَنْ يُطِيقُوا ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَسَأَلْتُهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنِّي فَجَعَلَهَا أَرْبَعِينَ ثُمَّ رَجَعْتُ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ مَا صَنَعْتَ قُلْتُ جَعَلَهَا أَرْبَعِينَ فَقَالَ لِي مِثْلَ مَقَالَتِهِ الْأُولَى فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَجَعَلَهَا ثَلَاثِينَ فَأَتَيْتُ عَلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ لِي مِثْلَ مَقَالَتِهِ الْأُولَى فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَجَعَلَهَا عِشْرِينَ ثُمَّ عَشْرَةً ثُمَّ خَمْسَةً فَأَتَيْتُ عَلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ لِي مِثْلَ مَقَالَتِهِ الْأُولَى فَقُلْتُ إِنِّي أَسْتَحِي مِنْ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ أَنْ أَرْجِعَ إِلَيْهِ فَنُودِيَ أَنْ قَدْ أَمْضَيْتُ فَرِيضَتِي وَخَفَّفْتُ عَنْ عِبَادِي وَأَجْزِي بِالْحَسَنَةِ عَشْرَ أَمْثَالِهَا
Telah mengabarkan kepada kami Ya'qub bin Ibrahi] dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hisyam Ad-Dastawaa'i dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas bin Malik dari Malik bin Sha'sha'ah bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ketika saya di depan Kaabah antara tidur dan terjaga, tiba-tiba datang salah satu dari tiga orang yang ada di tengah-tengah dengan membawa bekas berisi emas yang isinya penuh hikmah dan iman, maka ia membelahku dari kerongkong hingga perut, kemudian mencuci hati dengan air zamzam, lalu diisi hikmah dan iman. Lantas aku didatangkan seekor haiwan tunggangan yang lebih kecil dari baghal dan lebih besar dari keledai. Selanjutnya aku diajak pergi oleh Jibril a.s. Kami sampai ke langit dunia, lalu kami ditanya, Siapa ini? 'dia menjawab, Jibril. Lalu ditanya lagi, "siapa yang bersamamu?" Jibril menjawab, 'Muhammad'. Dia ditanya lagi, dia sudah diutus kepada Nya? Selamat datang, tamu mulia telah datang! Lalu aku mendatangi Adam a.s dan mengucapkan salam kepadanya, dia berkata, Selamat datang putera dan nabiku! Kemudian kami datang ke langit kedua dan ditanya, Siapa ini? Jibril menjawab, 'Jibril'. Ditanya lagi, 'Siapa yang bersamamu? Ia menjawab, 'Muhammad'. Lalu terjadilah apa yang terjadi saat bersama Adam. Aku datang kepada Yahya dan Isa dan mengucapkan salam kepada keduanya, lalu keduanya menjawab, Selamat datang wahai saudara dan nabi yang mulia! Selanjutnya kami datang ke langit yang ketiga, dan dia (Jibril) ditanya, 'Siapa ini? Ia menjawab, 'Jibril'. Lalu ditanya lagi, 'Siapa yang bersamamu? Ia menjawab 'Muhammad'. Lalu terjadilah hal yang sama dengan yang sebelumnya. Lalu aku bertemu dengan Yusuf a.s, dan kuucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab; 'Selamat datang wahai saudaraku dan Nabi yang mulia! Kemudian kami sampai ke langit yang keempat dan terjadi seperti yang terjadi pada sebelumnya, aku datang kepada Idris a.s, dan kuucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab, 'Selamat datang wahai saudaraku dan nabi yang mulia. Kemudian kami datang ke langit yang kelima dan terjadi seperti yang sebelumnya, aku datang kepada Harun a.s dan kuucapkan salam kepadanya, lalu dia menjawab. Selamat datang saudara dan nabiku! Lalu kami datang ke langit yang ke enam, dan terjadi seperti itu juga, dan aku datang kepada Musa a.s dan aku ucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab, 'Selamat datang wahai saudaraku dan nabi yang mulia!. Setelah aku melewatinya, ia menangis, maka ia ditanya, 'Kenapa kamu menangis? 'Ia menjawab, 'Wahai Tuhanku, pemuda ini diutus setelah masaku, namun umatnya yang masuk syurga lebih banyak dan lebih utama dari pada umatku. Kemudian kami datang ke langit ke tujuh dan juga terjadi seperti yang sebelumnya, aku datang kepada Ibrahim a.s dan kuucapkan salam kepadanya, lalu ia menjawab, 'Selamat datang wahai puteraku dan nabi yang mulia! Kemudian aku diangkat ke Baitul Makmur. Aku bertanya kepada Jibril tentang hal itu, dan ia menjawab, 'Inilah Baitul Makmur. Pada tiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat yang solat di dalamnya. Bila mereka keluar daripadanya, mereka tak kembali lagi. Kemudian aku diangkat ke Sidratul Muntaha, dan aku mendapati pohon yang buahnya besar seperti tempayan, daunnya seperti telinga gajah, dan di dasarnya ada empat sungai. Dua sungai yang tersembunyi dan dua sungai yang nampak jelas. Maka aku bertanya kepada Jibril, diapun menjawab; Adapun dua sungai yang tersembunyi dia adalah sungai dalam syurga, sedangkan dua sungai yang nampak jelas adalah sungai Eufrat dan sungai Nil. Kemudian diwajibkan solat lima puluh kali kepadaku. Aku kemudian datang kepada Musa, dan dia berkata, 'Apa yang engkau perbuat? Aku menjawab, 'Telah diwajibkan kepadaku solat lima puluh kali. 'Dia berkata, 'Aku lebih mengetahui keadaan manusia dari pada kamu. Aku telah mencuba sekuat tenaga pada Bani Israil. Umatmu tidak akan mampu melakukannnya, maka kembalilah ke Rabbmu dan mintalah keringanan kepada-Nya'. Maka Aku kembali lagi ke Rabbku dan aku meminta keringanan kepada Nya, dan Allah menguranginya menjadi empat puluh kali. Kemudian aku kembali ke Musa a.s dan ia berkata, 'Apa yang kamu perbuat? 'Aku menjawab, 'Dia menguranginya menjadi empat puluh kali. Lalu dia berkata seperti perkataannya yang pertama kali, maka aku kembali lagi ke Rabbku Azza wa Jalla. Dan Dia menguranginya menjadi tiga puluh. Lantas aku datang kepada Musa a.s untuk memberitahukannya, dan dia berkata seperti perkataan yang semula. Aku lalu kembali lagi ke Rabbku dan Dia menguranginya menjadi dua puluh kali. Kemudian sepuluh kali, dan terakhir menjadi lima kali. Lalu aku datang kepada Musa a.s, dan beliau berkata seperti perkataannya yang pertama, namun aku malu untuk kembali kepada Allah Azza wa Jalla." Lalu dia (Nabi Muhammad s.a.w) diseru "Telah kutetapkan kewajiban Ku, telah kuringankan hamba-Ku, dan akan dibalas tiap kebaikan dengan sepuluh pahala.




HADIS-HADIS
باب فى فضل الصلوات
و باب فى تارك الصلاة
( الدارمي )


أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالَ أَنْبَأَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى عَنْ الْحُسَيْنِ بْنِ وَاقِدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَهْدَ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلَاةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
Telah mengabarkan kepada kami Al Husain bin Hurais dia berkata; Telah memberitakan kepada kami Al-Fadl bin Musa dari Husain bin Waqid dari Abdullah bin Buraidah dari Bapanya dia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: " Perjanjian yang ada di antara kita dan mereka (orang-orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya bererti kafir."

أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ إِلَّا تَرْكُ الصَّلَاةِ
Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Harb Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Rabi'ah] dari Ibnu Juraij dari Abu Jubair dari Jabir dia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda; " Tidak ada perbezaan antara hamba dengan kekufuran, kecuali meninggalkan solat."


أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ مَاذَا تَقُولُونَ ذَلِكَ مُبْقِيًا مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالَ كَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا قَالَ عَبْد اللَّهِ حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ عِنْدِي أَصَحُّ

Telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Salih telah menceritakan kepadaku Al Laits ia berkata; telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abdullah dari Muhammad bin Ibrahim dari Abu Salamah dari Abu Hurairah, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagaimana menurut kalian kalau sekiranya ada sebuah sungai (mengalir) di depan pintu (rumah) salah seorang dari kalian, lalu ia mandi (di sungai tersebut) setiap harinya sebanyak lima kali, apa yang akan kalian katakan, apakah masih terdapat kotorannya?" mereka menjawab, "Tidak tersisa (sedikitpun) dari kotorannya." Beliau bersabda lagi: "Begitulah perumpamaan solat lima waktu, Allah menghapus dengannya (shalat lima waktu tersebut) dosa-dosa."

أَخْبَرَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرًا يَقُولُ أَوْ قَالَ جَابِرٌ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ إِلَّا تَرْكُ الصَّلَاةِ قَالَ لِي أَبُو مُحَمَّد الْعَبْدُ إِذَا تَرَكَهَا مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَعِلَّةٍ وَلَا بُدَّ مِنْ أَنْ يُقَالَ بِهِ كُفْرٌ وَلَمْ يَصِفْ بِالْكُفْرِ
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu 'Ashim] dari Ibnu Juraij telah menceritakan kepada kami Abu Az Zubair, bahawa ia mendengar Jabir berkata, " Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada penghalang antara seorang hamba dengan kesyirikan serta kekafiran selain meninggalkan solat." Abu Muhammad berkata kepadaku, "Seorang hamba apabila meninggalkan solat tanpa ada uzur dan alasan, maka harus dikatakan bahawa padanya terdapat sifat kekafiran. Dan ia tidak boleh mensifatinya sebagai orang kafir."


HADIS QUDSI

Dari Abu Qatadah bin Rib'i ra. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda : Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : "Aku fardhukan atas umatmu soat lima (waktu), dan Aku menjanjikan suatu janji iaitu orang yang menjaga solat itu pada waktunya maka Aku memasukkannya ke Syurga. Barangsiapa yang tidak menjaganya maka tidak ada janji pada Ku". (Hadis ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Dari Abu Qatadah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku menfardhukan atas umatmu solat lima (waktu). Dan Aku janjikan janji bahawasanya barangsiapa yang menjaga solat itu pada waktunya, maka Aku masukkan ke syurga. Dan barangsiapa yang tidak menjaganya maka tidak ada janji Ku padanya". (Hadis ditakhrij oleh Abu Daud).





ARBA’IN AN-NAWAWI


PERINTAH MEMERANGI MANUSIA YANG TIDAK MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGELUARKAN ZAKAT
عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال " أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة , فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام وحسابهم على الله تعالى
Dari Ibnu 'Umar r.a, sesungguhnya Rasulullahs.a.w telah bersabda : "Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga ia mengucapkan laa ilaaha illallaah, menegakkan solat dan mengeluarkan zakat. Barangsiapa telah mengucapkannya, maka ia telah memelihara harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta'ala".
(Bukhari dan Muslim)

Hadis ini amat berharga dan termasuk salah satu prinsip Islam. Hadis yang semakna juga diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah bersabda : “Sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul Nya, menghadap kepada kiblat kita, memakan sembelihan kita dan melaksanakan solat kita. Jika mereka melakukan hal itu, maka darah mereka dan harta mereka haram kita sentuh kecuali kerana hak. Bagi mereka hak sebagaimana yang diperoleh kaum muslim dam mereka memikul kewajiban sebagaimana yang menjadi kewajiban kaum muslimin”.

Dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah disebutkan sabda beliau : “Sehinggai mereka bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan beriman kepadaku dan apa yang aku bawa“.

Hadis ini bertepatan dengan kandungan Hadis riwayat dari ‘Umar diatas.

Tentang maksud hadis ini para ulama mengertikannya berdasarkan sejarah, iaitu ketika Rasulullah s.a.w wafat dan Abu Bakar As-Shiddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikannya, sebahagian dari orang Arab menjadi kafir. Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun di antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Abu Bakar lalu mengemukakan alasan perbuatannya itu, tetapi ‘Umar berkata kepadanya : “Bagaimana engkau akan memerangi manusia sedangkan mereka mengucapakan laa ilaaha illallaah dan Rasulullah s.a.w bersabda : “Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga ia mengucapkan laa ilaaha illallaah ... dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala”. Abu Bakar lalu menjawab : “Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban yang bersifat kebendaan”. Lalu katanya : “Demi Allah, kalau mereka merintangiku untuk mengambil seutas tali unta yang mereka dahulu serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah s.a.w nescaya aku perangi mereka kerana penolakannya itu”.Maka kemudian Umar mengikuti jejak Abu Bakar untuk memerangi kaum tersebut.

Kalimah "Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga ia mengucapkan laa ilaaha illallaah, dan barangsiapa telah mengucapkannya, maka ia telah memelihara harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah”. Khatabi dan lain-lain berkata : “Yang dimaksud oleh Hadis ini ialah kaum penyembah berhala dan kaum Musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan golongan Ahli kitab dan mereka yang mengakui keesaan Allah”. Untuk terpeliharanya orang-orang semacam itu tidak cukup dengan mengucapkan laa ilaaha illallaah saja, kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan kalimah tersebut semasa masih sebagai orang kafir dan   sudah menjadi keimanannya. Tersebut juga di dalam hadis lain kalimah “dan sesungguhnya aku adalah rasul Allah, mereka melaksanakan solat, dan mengeluarkan zakat”.

Syeikh Muhyidin An-Nawawi berkata : “Di samping mengucapkan itu, ia juga harus mengimani semua ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w seperti tersebut pada riwayat lain dari Abu Hurairah, iaitu kalimah, “sehingga mereka bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah, beriman kepadaku dan apasaja yang aku bawa”
Kalimah, “Dan perhitungannya terserah kepada Allah” maksudnya ialah tentang perkara-perkara yang mereka rahsiakan atau mereka sembunyikan, bukan meninggalkan perbuatan-perbuatan lahiriah yang wajib. Demikian disebutkan oleh khathabi. Khathabi berkata : Orang yang secara lahiriah menyatakan keislamannya, sedang hatinya menyimpan kekafiran, secara asanya keislamannya diterima” ini adalah pendapat sebahagian besar ulama. Imam Malik berkata : “Taubat orang yang secara lahiriah menyatakan keislaman tetapi menyimpan kekafiran dalam hatinya (zindiq) tidak diterima” ini juga merupakan pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ahmad.

Kalimah, “aku diperintah memerangi manusia sehingga mereka bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan mereka beriman kepadaku dan apa yang aku bawa” menjadi alasan yang tegas dari mazhab salaf bahawa manusia apabila meyakini islam dengan sungguh-sungguh tanpa sedikitpun keraguan, maka itu sudah cukup bagi dirinya. Dia tidak perlu mempelajari berbagai dalil ahli ilmu kalam dan mengenal Allah dengan dalil-dalil semacam itu. Hal ini berbeza dengan mereka yang berpendapat bahawa orang tersebut wajib mempelajari dalil-dalil semacam itu dan dijadikannya sebagai syarat masuk Islam. Pendapat ini jelas sekali kesalahannya, sebab yang dimaksud oleh hadis diatas, adanya keyakinan yang sungguh-sungguh dalam diri seseorang. Hal ini sudah dapat terpenuhi tanpa harus mempelajari dalil-dalil semacam itu, sebab Rasulullah s.a.w mencukupkan dengan mempercayai ajaran apa saja yang beliau bawa tanpa mensyaratkan mengetahui dalil-dalilnya. Di dalam hal ini terdapat beberapa hadis sahih yang jumlah sanadnya mencapai darjat mutawatir dan bernilai pengetahuan yang pasti.




منزلة الصلاة في الإسلام وعظم شأنها









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)