Dari Hammam bahawa kami pernah bersama Huzaifah,
lalu dikatakan kepadanya, "Sesungguhnya
seseorang telah menyampaikan
suatu kejadian kepada Uthman!" Lalu Huzaifah berkata, "Saya mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda :
لا يدخل الجنة قتات
“'Tidak
akan masuk syurga seseorang yang selalu memfitnah orang lain.'"
(Sahih,
di dalam kitab Ash-Sahihah [Bukhari : Kitab Al
Adab, Bab Ma Yukrahu Minan-Namimah. Muslim : Kitab Al lman, hadis )
Asnuf binti Yazid berkata :
قللنبي صلي الله عليه وسلم ألا أخبركم بخياركم قالوا بلى قال الذين إذا رءوا
ذكر الله أفلا أخبركم بشراركم قالوا بلى قال المشاءون بالنميمة المفسدون بين
الأحبة الباغون البرآء العنت
"Nabi s.a.w bersabda, 'Mahukah kamu aku beritahukan tentang orang-orang yang terbaik di antara
kamu?" Mereka menjawab, 'Tentu.' Rasulullah s.a.w
bersabda : “Iaitu orang-orang yang apabila
mereka diceritakan tentang orang lain, maka dia mengingat Allah. Mahukah kamu aku
beritahu tentang orang-orang yang paling buruk di
antara kamu?' Mereka menjawab, 'Tentu.' Rasulullah s.a.w bersabda : “Iaitu orang-orang yang menyebarluaskan fitnah
(mengadu domba), orang yang
merosak kasih sayang orang yang saling menyayangi, dan orang-orang yang bebas melakukan zina'."
(Hasan, Kitab Takhrijut-Targhib , pada baris pertama matan
hadis ini mempunyai saksi hadis lain yang sahih, yang telah ditakhrij di dalam kitab Ash-Sahihah, kemudian baki matan
hadis tersebut berada pada martabat hadis hasan, sebagaimana tertulis dalam kitab At-Ta'liqu Ar-Raghib)
Ali bin Abu Talib r.a berkata,
القائل الفاحشة والذي يشيع بها في الإثم سواء
"Orang yang
mengucapkan perkataan keji dan orang yang menyebarluaskannya, dosanya
sama."
(Hasan, sanadnya)
Dari
Syubail ibnu Auf berkata, "Telah dikatakan bahawa :
من سمع بفاحشة فأفشاها فهو فيها
كالذى أبداها
“Orang yang mendengar perkataan keji lalu menyebarluaskannya,
maka dia seperti orang yang melakukannya."
(Sahih, sanadnya)
Dari Atha'
أنه كان يرى النكال على من أشاع
الزنى يقول أشاع الفاحشة
“Bahwasanya dia melihat orang yang menyeksa orang yang menyebarluaskan
perbuatan zina, dengan berkata, "Dia telah menyebarluaskan fahisyah
(perbuatan keji)."
(Shahih, sanadnya.)
Dari Ali bin Abu Talib r.a berkata :
لا تكونوا عجلا مذاييع بذرا فان من ورائكم بلاء مبرحا مكلحا وأمورا متماحلة
ردحا
"Janganlah kamu menjadi orang yang tergesa-gesa
menyebarluaskan kekejian dan menjadi orang tidak dapat menyimpan rahsia, kerana
dibelakangmu terdapat bencana dahsyat yang membuat orang gelisah, dan terdapat
beberapa fitnah yang besar dan berat."
(Hasan, sanadnya.)
Dari Abu Jubairah ibnu Adh-Dhuhhak
berkata :
فينا نزلت في بنى سلمة ولا تنابزوا بالألقاب (الحجرات:١١) قال : قدم
علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم وليس منا رجل إلا له اسمان فجعل النبي صلى
الله عليه وسلم يقول يا فلان فيقولون يا رسول الله إنه يغضب منه
"Pada
kami diturunkan (bani Salamah) ayat, '... dan
jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung buruk...'" (Al Hujurat : 11) Abu
Jubairah berkata, "Rasulullah s.a.w datang kepada kami, dan tidak ada dari yang mempunyai nama kecuali dengan dua nama, lalu Nabi s.a.w bersabda, 'Wahai fulan!' Kemudian
mereka menjawab, 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dia marah kerana
panggilan itu!'"
(Sahih, : kitab At-Ta'liqu
'Ala Ibni Majah . Abu Daud : Kitab Al Adab, Bab Fil Alqabi. Tirmidzi : Kitab
At-Tafsir Surah Al Hujraat, Ibnu Majah menambahkan matannya “Lalu turunlah ayat, (dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung buruk) (Qs. Al Hujurat : 11)
Ikrimah berkata,
لا أدري أيهما جعل لصاحبه طعاما بن عباس أو بن عمر فبينا الجارية تعمل بين
أيديهم إذ قال أحدهم لها يا زانية فقال مه إن لم تحدك في الدنيا تحدك في الآخرة
قال أفرأيت إن كان كذاك قال ان الله لا يحب الفاحش المتفحش بن عباس الذي قال ان
الله لا يحب الفاحش المتفحش
"Saya tidak tahu, siapa di antara keduanya
menyediakan makanan untuk temannya, Ibnu Abbas atau Ibnu Ammi Abbas. Ketika itu
seorang budak wanita bekerja (membantu) mereka (menyiapkan hidangan), tiba-tiba
salah seorang dari mereka berkata kepada
budak tersebut, 'Ya Zaniyah (wahai pezina)!' Lalu Ibnu Abbas berkata,
'Mah (Cukup sudah)!, kerana jika engkau tidak di had (dihukum) di dunia, maka
engkau akan dihukum kelak di akhirat' Orang tersebut berkata, 'Apakah engkau
mengira hal ini demikian?' Ibnu Abbas berkata, 'Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang berbuat keji dan berusaha melakukan perbuatan keji.'"
Ibnu Abbas adalah yang
mengatakan tersebut.
(Hasan, sanadnya hadis mauquf dalam status marfu' dan boleh menjadi hadis marfu')