Firman Allah :
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ
الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka
ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya.”
(Al-A’raf :201)
Orang yang
bertakwa akan mendapat keselamatan walaupun kadangkala terlalai. Syaitan akan
menggoda hati setiap orang yang bertkwa. Apatah lagi jika lalai daripada zikir,
ketika tersedar maka
mereka kembali kepada zikir sehingga syaitan lari daripada
mereka. Syaitan akan menggoda setiap kaum muslimin. Maka dengan demikian tidak
ada hati yang terlepas daripada godaan iblis kerana adakalanya hati itu
tertidur kerana lalai. Manakala syaitan sentiasa menunggu-nunggu keadaan ini.
Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyah berkata :
“Zikir adalah
makananku, jika aku tidak makan, maka aku akan lemah.”
Dalam riwayat
daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa
yang berkata
لآ إله إلا الله
لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
sebanyak seratus kali setiap hari, dia
memiliki sepuluh penolong dan dituliskan untuknya seratus kebaikan dan
dihilangkan seratus keburukannya. Dia akan terhindar dari kejahatan syaitan
dari pagi hingga petang di mana dia membaca amalan tersebut. Tidak ada yang
melebihi amalan ini kecuali orang yang lebih banyak mengucapkannya.”
(Hadis sahih
riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, At-Tarmizi dan An-Nasa’i)
Dalam sahih
Muslim disebutkan :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا
اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ
عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ
سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى
يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ
أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ
مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w
telah bersabda, "Barangsiapa yang mengucapkan 'Laa ilaaha illallaahu
wahdah, laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in
qadiir' {Tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada
sekutu bagi Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi Nya.
Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu} dalam sehari seratus kali, maka
orang tersebut akan mendapat pahala sama seperti orang yang memerdekakan
seratus orang budak, dicatat seratus kebaikan untuknya, dihapus seratus
keburukan untuknya. Pada hari itu ia akan terjaga dari godaan syaitan sampai petang
dan tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya, kecuali orang yang membaca
lebih banyak dari itu. Barang siapa membaca Subhaanallaah wa bi hamdihi {Maha
Suci Allah dan segala puji bagi-Nya} seratus kali dalam sehari, maka dosanya
akan dihapus, meskipun sebanyak buih lautan."
Dalam sebuah
hadis sahih Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda :
عن سَعْدٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ
أَنْ يَكْسِبَ كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ
كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ قَالَ يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ
فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ.
Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a, dia berkata,
"Kami pernah berada di sisi Rasulullah s.a.w. Setelah itu beliau bertanya,
'Apakah mampu salah seorang dari kalian memperoleh seribu kebaikan dalam
sehari?' Lalu salah seorang dari para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah,
bagaimana mungkin seseorang akan mampu meraih seribu kebaikan dalam
sehari?" Rasulullah berkata, "Ketahuilah bahawa orang yang bertasbih
seratus kali akan dicatat seribu kebaikan untuknya dan dihapus seribu kesalahan
darinya."
Daripada
Abu Maliki Al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“sesungguhnya
Allah mengajarkan Yahya bin Zakariya lima kalimah dan memerintahkan agar Bani
Israil mengamalkannya.”
Lalu banginda s.a.w menyebutkan tauhid, solat, puasa dan sedekah, kemudian
baginda bersabda : “Perumpamaannya adalah seperti yang terhindar daripada musuh
kerana melihatnya, demikian pula dengan seorang hamba tidak akan pernah
terhindar daripada syaitan kecuali dengan zikir.”
(Riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Ibnu Hibban)
Abdurrahman Al-Habli berkata :
“Jika suatu kaum berkumpul untuk berzikir, maka syaitan akan pergi sambil
berkata kepada pengikutnya: “Lihatlah, apakah mereka telah selesai berzikir?.”
Syaitan berkata lagi : “Aku takut mereka terus berzikir sehingga Allah
menurunkan rahmat bagi mereka, sehingga Allah tidak menurunkan lagi azab.”
Daripada Abu Muawiyah menceritakan kepada kami, Hujjaj menceritakan kepada
kami, daripada Rabi bin Maliki daripada Khulah binti Hakim r.anha, dia
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang memasuki suatu
tempat kemudian dia membaca
أعوذ بكلمات التمّات
من شرّ ما خلق
Dia tidak akan menadapat
bahawa selama berada di tempat tersebut.”
(Musnad Imam Ahmad, Sahih
Muslim)
Dalam sebuah hadis,
Rasulullah s.a.w bersabda :
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِي إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي
نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ هُمْ خَيْرٌ مِنْهُمْ
وَإِنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ
إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ
هَرْوَلَةً.
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, "Rasulullah s.a.w telah bersabda,
'Allah telah berfirman, 'Aku bergantung pada sangkaan hamba Ku kepada Ku dan
Aku akan bersama hamba Ku ketika ia mengingati Ku. Apabila ia mengingati Ku
dalam dirinya, maka Aku akan mengingatnya dalam diri Ku. Apabila ia mengingati Ku di tengah orang
banyak, maka Aku juga akan mengingatnya di tengah orang banyak yang lebih baik
daripada mereka. Apabila ia dekat kepada
Ku sejengkal, maka Aku akan dekat
kepadanya sehasta. Apabila ia dekat
kepada Ku sehasta, maka Aku akan dekat
kepadanya sedepa. Apabila ia datang kepada Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang
kepadanya dengan berlari.'
(Riwayat Muslim)
والله تعالى أعلم
Rujukan :
Kitab-kitab hadis sahih yang disebutkan di dalam petikan.
Kitab-kitab ulama yang disebutkan di dalam petikan.
Tafsir Al-Quran : Ibnu Kathir, Al-Qurtubhi, Mizan-Thabathaba'i, Ibnu Abbas,
Ibnu Hisyam.
Tipu Daya Syaitan : abu Abdurrahman Al-Qaathubi Yasr
Kitab-kitab Sirah Nabawiyah dan Tarikh an-Nabawiyah.