Perbezaan
pendapat para ulama’ bahawa :
1. Bahawasanya
Nabi Adam a.s bertaubat ketika masih berada di syurga dan Allah menerima
taubatnya juga ketika masih berada di dalamnya. Menurut Imam Al-Qurthubi :
“Adam tidak pernah dileuarkan dari Syurga kerana dosanya telah dimpunkan Allah
ketika dia masih berada di dalam syurga. Adapun tujuan menghantarnya ke dunia
dalam keadaan bertaubat adalah sebagai bukti status dirinya sebagai ‘khalifah’
serta untuk mewajibkan ‘taubat’ kepada keturunannya. Manakalah syurga dan
neraka bukanlah negeri taklifi sperti dunia kerana syurga dan neaka adalah
negeri pembalasan (Dar Al-Jaza).”
2. Bahawasanya
Nabi Adam a.s bertaubat ketika berada di dunia dan kemudian Allah menerima
taubatnya. Pendapat ini lebih masyhur dan sahih dengan mengatakan hadis ini
mauquf diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani dalam kitab Al-Kabir daripada Abu
Jahifah secara marfu’ yang mana di dalam sanadnya terdapat Abu Malik An-Nakha’I
dan Abdul Malik bin Husain di mana Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa : “Ketika
Adam a.s ingin bertaubat kepada Allah, beliau melakukan tawaf sebanyak tujuh
kali. Ketika selesai melakukan solat dua rakaat, dia menghadap kaabah dan
berdoa :
“Allahumma
Innaka Ta’lamu Sirri Wa’alaniyati faqbil
Ma’zirati Wa Ta’lamu hajati Fa’tini suali, Wa Ta’lamu ma fi nafsi faghfirli
zunubi, Allahummah inna as aluka imaanan yubashiru qalbi, wa yaqinan sadiqa,
hatta a’lamu annahu lan yusibani illa ma katabta li wa fida bima qadhaita li.”
Kemudian Allah
menurunkan wahyu kepadanya dengan berfirman :
“Wahai Adam,
engkau telah bermunajat kepada Ku dengan berbagai permohonan, lalu Aku telah
menerimanya, dan ingatlah siapa saja keturunanmu yang berdoa seperti doamu ini,
maka Aku akan menghilangkan segala keresahan dan kesulitannya. Aku juga
menghilangkan rasa fakir yang ada dalam hatinya, menjadikan kekayaan di depan
matanya, menjadikannya sebagai pedagang yang berhasil, bahkan dunia akan
mendatanginya walaupun dia tidak mahu.”
Dalam kitab
Tarikhu Makkah, Imam Al-Azraqi menyebutkan bahawa riwayat ini tidak pernah
berasal daripada Aisyah r.anha. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mencadangkan agar
umat islam mengucapkan doa sepertimana yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s.