Firman Allah :
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ
الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ
الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
“Dan Kami berfirman: "Hai Adam,
diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang
banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon
ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
(Al-Baqarah :
35)
Pendapat para
ulama’ “Syurga” adalah bermaksud “Jannatul Khuld” (syurga yang kekal) tempat
Adam a.s dan tempat yang baik. Mengikut Syiekhul Islam Ibnu Taimiyah bahawa ini
adalah
merupakan pendapat Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka sesiapa yang mengatakan
bahawa syurga itu terletak di Jeddah atau di tempat lain, maka dia sudah
menyimpang kerana Al-Quran dan Sunnah menolak pendapat seperti itu.
Dalam kitab
Miftahu Darissa’adah dan Hadil Arwah Ila Biladil Arafah karangan Imam Ibul
Qayyim menjelaskan bahawa sebahagian kelompok mengatakan bahawa tidak ada
Jannatul Khuld di dunia. Menurut Qatadah bahawa “sesungguhnya Allah menguji
Nabi Adam a.s dengan menempatkannya di syurga sebagaimana Allah menguji para
malaikat untuk bersujud kepada Adam a.s”. Allah menempatkan Adam a.s di syurga
dan membenarkannya memakan apa saja yang disukainya kecuali dari sepohon pokok.
Ujian itu berterusan sehingga Adam sampai ke kawasan larangan itu. Tempat
tinggal Adam adalah suatu tempat yang amat indah, namun larangan untuk tidak
memakan buah dari pokok larangan itu adalah taklif yang amat berat bagi Adam
a.s.
Sebahagian
ulama berpendapat bahawa perintah di dalam ayat di atas adalah merupakan mubah,
kerana menetap di suatu tempat yang disucikan bukan bermakna boleh memanfaatkan
kenikmatan syurga Allah. Adapun taklif adalah merupakan larangan bersamaan
dengan kehadiran apa yang dilarang Allah.
Melalui ayat di
atas terdapat perbezaan pendapat tentang pokok yang disebutkan. Menurut Ibnu
Mas’ud pokok tersebut adalah pokok anggur. Manakala menurut Ibnu Abbas pula
ianya adalah pokok sanbalah. Namun terdapat di dalam riwayat marfu’ yang
diriwayat oleh At-Tabrani dalam tafsirnya daripada Wahab bin bin Munabbih
dengan sanad yang lemah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menerangkan
bahawa pokok tersebut lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada keju.
Menurut Wahab bin Munabbih, berkata Ibnu Juraij, itu adalah pokok tin. Ali
berkata ianya pokok Al-Kafur. Sesungguhnya pokok khldi boleh dilihat namun akan
beroleh penyesalan bagi yang memakannya sepertimana Adam a.s yang menyesal
setelah memakannya.
Al-Baghawi
meriwayatkan bahawa sebahagian ulama’ mengatakan “Janganlah kamu berdua
mendekati pokok ini untuk dimakan.” Dan sebahagian ulama’ lagi mengtakan
“haramnya makan bagi Adam dan Hawa.” Ini adalah berdasarkan firman Allah :
بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ
“Tatkala
keduanya telah merasai buah kayu itu.”
(Al-A’raf 22)
Sesungguhnya
Allah melarang Adam dan Hawa untuk memakan buah dari pokok khuldi. Larangan
dengan menggunakan “La Taqraba” yang bersifat umum iaitu semua larangan makan
dan semua bentuk yang memanfaatkan.