Firman Allah :
فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ
عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Kemudian
Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Al-Baqarah :
37)
Para ulama
berbeza pendapat tentang kalimah yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s. Menurut a’id
bin Jubair dan Hasan bin Mujahid bahawa
kalimah tersebut adalah firman Allah :
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ
تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Keduanya
berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah
kami termasuk orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf : 23)
Manakalah
menurut Muhammad bin Ka’ab Al-Qarzi pula, kalimah yang diucapkan oleh Adam a.s
:
لآاله إلا أنت سبحانك وبحمدك ربي عملت سوئا وظلمت نفسي فاغفرلي إنك
أنت الغفور الرحيم
Ubaid bin Umar
pula mengatakan kalimah tersebut adalah :
“Wahai Tuhanku,
apakah Engkau menyangka bahawa kesalahan yang kulakukan berasal dari diriku
sendiri, ataupun sesuatu yang telah Engkau takdirkan sebelum aku diciptakan.”
Allah menjawab
dengan berfirman : “Tidak, akan tetapi ini adalah takdir yang Aku tetapkan
setelah engkau Aku ciptakan.”
Adam berkata :
“Wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau telah menetapkan semua ini untuk ku, maka ampunilah aku.”
Terdapat juga
yang berpendapat bahawa perbuatan Nabi Adam a.s terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Malu
2. Tangisan
3. Doa
Ibnu Abbas berkata
:
“Ketika Adam
dan hawa dikeluarkan dari syurga, mereka menangis selama seratus tahun kerana
bersedih kehilangan nikmat syurga. Bahkan mereka tidak makan dan minum
selama empat puluh hari, dan Adam tidak
pernah mendekati Hawai selama seratus tahun.”
Al-Qamah bin
Mursyid berkata :
“Seandainya
seluruh airmata penduduk bumi dikumpulkan, maka airmata Daud a.as lebih banyak
lagi. Seandainya airmata Daud a.s dan seluruh penduduk bumi dikumpulkan, maka
airmata Adam ketika dikeluarkan dari syurga lebih banyak lagi.”
Syahru bin
Husyaib berkata :
“Ketika Adam
a.s dihantar ke bumi, ia tidak pernah mendongakkan wajahnya ke langit selama
tiga ratus tahun kerana berasa malu kepada Allah.”
Riwayat lain
pula mengatakan bahawa kalimah yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s seperti yang
termaktub dalam firman Allah :
وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ
فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ
ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
“Dan
(ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan
larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku
akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan
saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini)
tidak mengenai orang yang zalim".
(Al-Baqarah :
124)
Firman Allah
dalam surah At-Taubah ayat 112 :
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ
السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ
عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Mereka
itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang
melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah
berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah
orang-orang mukmin itu.”
TAUBAT DAN PERMOHONAN AMPUN NABI ADAM A.S
TAUBAT DAN PERMOHONAN AMPUN NABI ADAM A.S