.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, March 28, 2016

ADAM A.S, IBLIS DAN ULAR

Firman Allah :

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sehingga waktu yang ditentukan."
(Al-Baqarah : 36)

Para ulama’ bersepakat bahawa Iblis yang menggoda Adam. Namun mereka berbeza pendapat
tentang cara iblis menggodanya. Menurut Ibnu Mas’ud dan sebahagian besar ulama’, mereka berdua digoda secara langsung (bersemuka) dengan dalil firman Allah :

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua"Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua"
(Al-A’raf :21)

Kalimah “QASAMA” bermaksud secara zahir ialah bersumpah secara langsung dan berhadapan.

Abdurrazak menyebutkan, darpada Wahab bin Munabbih : Iblis masuk ke syurga melalui mulut Hayyah iaitu sejenis ular yang berbadan kecil. Binatang yang berkaki empat seperti bukhtiyah. Binatang ini adalah merupakan yang paling cantik antara binatang yang melata ciptaan Allah. Namun ia amat bongkak akan kecantikan dirinya di hadapan binatang lainnya dan pada ketika itu tidak ada yang dapat masuk ke dalam badannya kecuali iblis.
Ketika Hayyah telah memasuki syurga, maka iblis keluar dari mulutnya dan iblis mendekati pokok khuldi dan membawanya ke hadapan Hawa Iblis berkata : “Lihatlah pokok ini, betapa indah dan baunya sungguh harum, sungguh nikmat rasanya dan elok pula warnanya.” Iblis terus menggoda dan merayu Hawa sehingga Hawa mengambil buah itu dan memakannya. Kemudian iblis menggoda Adam a.s dan berkata pula Hawa kepadanya : “Makanlah, aku sudahpun memakannya dan tidak ada apa-apa yang berlaku.” Maka Adam tergoda dan tiba-tiba terbukalah pakaian mereka dan mereka mendapat hukuman daripada dosa yang mereka lakukan itu. Lalu Adam dimasukkan ke tengah-tengah pokok tersebut.
Lalu Allah berfirman memanggilnya : “Di manaka engkau?”
Adam menjawab : “Aku berada di sini Ya Allah”
Allah berfirman : “Turunlah engkau ke bumi yang engkau diciptakan daripadanya.”

Maka dilaknatlah Hayyah (ular) dan dimasukkan kaki-kakinya ke dalam perutnya. Maka bermula daripada itulah dijadikan permusuhan di antara ular dan Adam serta keturunannya. Maka dengan itu, dianjurkan untuk membunuh ular sekiranya menemui atau menjumpainya.

Dikatakan pula kepada Hawa : “Sebagaimana engkau telah menjadikan pohon ini berdarah, meka engkau juga akan ditimpakan (mengalami) pendarahan pada setiap bulan, dan engkau akan mengandung (hamil), melahirkan anak dengan susah payah di mana kematian sentiasa mengancam engkau (ketika melahirkan), engkau akan tua yang asalnya engkau tidak mengalami semua itu.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa ular yang membawa iblis itu asalnya adalah pembantu Nabi Adam a.s di syurga.  Namun ia mengkhianati Adam dengan menjadikan dirinya sebagai musuh Allah. Ular itu telah memperlihatkan kebenciannya sejak di syurga lagi. Ketika adam telah diturunkan ke bumi, permusuhan di antara manusia dan ular Nampak semakin jelas. Dalam hadis mengatakan bahawa “Kami tidak berikan keselamatan kepada ular-ular itu semenjak terjadinya permusuhan dengan mereka.”

Riwayat daripada Safwan daripada Ibnu Ajlan daripada ayahnya daripada Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Kami tidak memberikan keselamatan kepada ular-ular itu semenjak kita memusuhi mereka. Maka
barangsiapa yang tidak membunuh mereka (membiarkan ular-ular itu selamat) kerana takut, maka bukanlah daripada golongan kamu.”
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Ahmad bin Soleh pernah ditanya tentang hadis Rasulullah s.a.w di atas, dan dijawab : “Tidak pernah kami berikan keselamatan mereka semenjak kami memusuhi mereka.”
Ditanya : “ Bilakah permusuhan itu bermula?”
Beliau menjawab : “Ketia dikeluarkannya Adam a.s daripada Syurga.”

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 36 :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ

dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain.”

Terdapat sebahagian pendapat bahawa iblis tidak pernah memasuki syurga setelah ia keluar daripadanya. Namun iblis menggoda Adam a.s dengan tipu daya, rayuan dan kekuasaan yang Allah berikan kepadanya.  Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya syaitan itu mengalir (masuk ke dalam diri) anak Adam (manusia) melalui urat nadi (peredaran darah).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Secara umumnya, iblis menggoda Nabi Adam a.as sepertimana firman Allah :’

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"


Firman Allah lagi :

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga).
Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua,
maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulalah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"
(Al-A’raf : 20-22)

Hampir semua ulama’ berpendapat bahawa iblis menggoda Adam a.s adalah dengan cara berdepan dan bersemuka. Namun terdapat juga ulama’ yang berpendapatan sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 2

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Pendapat ini dikuatkan dengan mengatakan bahawa tiada kemungkinan Adam menerima perkara seperti itu sedangkan dia memiliki akal yang lebih sempurna berbanding iblis dan pengetahuan Adam tentang permusuhan yang dilakukan oleh iblis.

Ada juga berpendapat bahawa syaitan masuk adalah dari luar, dengan kekuasaan yang diberikan kepadanya agar terbuka pakaian Adam dan Hawa, yakni terbuka apa yang menutupi badan mereka
dan menampakkan aurat mereka. Ada yang berpendapat aurat mereka hanya dilihat oleh mereka berdua sahaja. Sekalipun terdapat cahaya di syurga namun aurat mereka berdua tidaklah kelihatan, maka cahaya itu menghilang dan pakaian mereka kembali menutupi tubuh mereka.

Penipuan iblis terhadap Adam dan hawa ;
1. Allah tidak melarang mereka memakan buah dari pokok khuldi melainkankan kerana tidak suka mereka menkadi penguasa yang akan mengajarkan kebaikan dan keburukan atau sebagai penguasa yang tidak mempunyai keinginan untuk makan dan minum ataupun menjadi penguasa dalam gambaran sayap dan karamah.
2. Dengan mengatakan kepada mereka bahawa mereka akan kekal di syurga  dan Allah tidaklah melarang mereka berdua untuk memakan buah khuldi itu kerana Allah tidak mahu mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 19 :

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا

(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai,”

Maka pada ketika Adam a.s menempati syurga adalah merupakan suatu tempat yang amat indah dan menyenangkan, maka timbullah keinginan untuk tinggal kekal di dalamnya. Maka iblis berkata kepadanya : “Ini adalah pokok khuldi (berkekalan), jika engkau memakannya, maka engkau akan kekal di dalam syurga.” Kemudian masuklah iblis ke dalam Adam melalui hawa nafsu dan keinginan yang kuat.

Sebahagian ahli himah mengatakan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya iblis telah menawarkan diri kepada binatang-binatang yang melata yang ada di muka bumi untuk membawanya masuk ke dalam syurga agar dapat bertemu dengan Adam a.s. Akan tetapi semua binatang menolak permintaan iblis sehingga akhirnya ularlah yang menawarkan diri untuk membantu iblis dengan meletakkan iblis di antara sisik-sisiknya dan membawa iblis menyusup masuk ke dalam syurga untuk menggoda Adam dan sesiapa sahaja yang berada di dalamnya.

Ini membuktikan bahawa iblis tidak mempunyai daya kekuatan untuk bertindak bersendirian sehingga terpaksa meminta bantuan ular untuk melakukan niat jahatnya terhadap Adam a.s. Iblis menggunakan ular sebagai syhwatnya (nafsu) maka sebab itulah ular digelarkan dengan panggilan syahwat kerana seakan tidak pernah suci daripada keselamatan. Maka atas sebab itulah iblis dan para bala tenteranya mendatangi anak-anak Adam menerusi hawa nafsu (syahwat) dan menjadikan syahwat itu di antara dua taringnya.

Al-Asma’i berkata :
“Ular itu dalam bahasa Arab adalah Hayyah yang bererti hidup. Oleh itu ular itu hidup selama-lamanya dan tidak akan mati kecuali dipisahkan kepala dari badannya.”

Abu Syeikh Al-Hafiz di dalam kitabnya An-Nawadhir mengatakan :
“Apabila disebutkan kalimah Hayyah selalu dia ingat akan kehidupan, dan maksud Al-Hayyah itu kehidupan yang kekal dan tidak berakhir.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)