.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, October 11, 2014

HIKMAH I

Pernahkah kita terfikir, atau terlintas dalam fikiran kita semasa berseorang diri “ BAGAIMANAKAH KEADAAN AKU DALAM KUBUR NANTI??? “ Allahuakbar…amat menggerunkan, sekiranya iman dan amal yg dibawa adalah iman yg rosak dan amal yg buruk… sedar atau tidak, kita semakin
hampir dengan kubur,LANGKAH DEMI LANGKAH MENUJU TEMPAT KITA BAKAL BERSEMADI. Tempat persinggahan pertama di alam akhirat. Selamat di dalam, maka selanjutnya selamatlah, kalau dalam kubur pun sangkut, na’udzubillah..cuba renung, dimana datuk nenek kita sekarang? Atau mungkin sahabat handai, sepupu dan jiran kita yg dah lama meninggalkan kita, dimana mereka sekarang?…dalam alam yg lain..alam kubur…kita pun pasti akan kesana, bila? Tak siapa tahu..esok, lusa, minggu depan, bulan depan.

Seorang perempuan telah datang (bertanya) kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dia berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saya yang akan melangsungkan perkahwinan telah terkena suatu penyakit sehingga rambutnya gugur, apakah boleh saya menyambung rambutnya?” Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan rambutnya”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan oleh Ibn Al Mahbar daripada Said bin Al Musayyab ra.

Maksudnya:" Bahawa Umar, Ubay bin Ka'b dan Abu Hurairah telah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya
"Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling berilmu?"

Rasulullah saw menjawab: "Orang Yang Berakal"

Kami bertanya lagi:"Siapakah manusia yang paling mulia?

Rasulullah saw menjawab:"Orang Yang Berakal"

Kami bertanya lagi:"Siapa manusia yang paling tinggi ibadahnya?"

Rasululluh saw menjawab:"Orang yang berakal"



Kami bertanya lagi:"Bukankah orang yang berakal itu orang yang sempurma kewibaannya ,jelas
kefasihannya ,pemurah dan tinggi kedudukannya?"

Rasulullah saw menjawab:"semuanya sekali,kerana tidaklah ALLAH SWT jadikan kesenangan dunia 
dan akhirat disisiNYA,melainkan bagi orang orang yang bertaqwa .Sesungguhnya orang yang berakallah
orang yang bertaqwa,sekalipun di dunia di anggap hina dan rendah. "



Abu Ibrahim Al-Najibi r.a. berkata : ‘Wajib atas semua orang beriman, apabila mengingati Baginda atau mendengar namanya disebut,untuk tunduk, khusyuk, dan bersikap tenang dan mengingati kewibawaan serta keagungannya, seolah-olah Baginda hidup di sampingnya, dan bersopan santun sebagaimana yang diajarkan oleh Allah.’

Hadis Qudsi ; Diriwayatkan Imam Bukhari bermaksud;

“Barangsiapa yang menyakiti waliku, Aku memaklumkan perang kepadanya, dan tiada mendekati hamba-Ku kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada mengerjakan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasa hamba-Ku mendekati dirinya kepadaKu dengan melakukan segala yang sunnat. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya, dan penglihatan yang ia melihat menerusinya, dan tangannya yang ia gunakan dan tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia minta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya. Dan demi jika ia minta perlindungan 
kepadaKu, nescaya Aku melindunginya”


Rasullullah S.A.W pernah ditanya oleh seorang sahabat: 
" Ya Rasullullah, Dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" 

Jawab Nabi S.A.W: "Jangan menipu Allah." 

Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana menipu Allah?" 

Jawab baginda, "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."



Rasulullah SAW bersabda: 
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.” 
[Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Umar] 

Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, “Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.” 

Imam Ibnu Taimiyah berkata, “jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu dihadapkan kepada dua pilihan. Boleh jadi suatu hari nanti ia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahwa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya ia telah atau ia akan menemui ajalnya sementara imannya belum juga sempurna.” 

Berdakwah sesungguhnya membantu anda dalam memperbaiki diri sendiri. Diri sendirilah yang lebih dahulu mengambil manfaat darinya. Oleh kerana, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali terbaharui. 

Firman Allah: 
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” 
[Ar Ra’d: 11]



Apabila iman bertambah cinta kepada Allah akan bertambah.Hati akan sentiasa berasa tenang dan bahagia apabila mengingati Allah,dan didalam setiap keadaan sentiasa merasai bahawa Allah melihatnya, 
Ingatlah, semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah swt, maka semakin kerap juga lah iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat,mudah-mudahan, semakin mudah lah untuk kita mengamalkan perintah Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)