.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, October 23, 2014

TIADA YANG SELAIN ALLAH

Firman Allah bermaksud:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu, maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayat-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (al-Baqarah: 213)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” (an-Nahl: 36)
“Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.” (al-Faatir: 24)

“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.” (Yunus: 47)

Ayat-ayat al-Quran ini bagaikan sinar mentari pada siang hari, dengan jelas menegaskan hakikat ini. Nabi demi nabi, rasul demi rasul telah diutuskan kepada setiap kelompok manusia untuk memperkenalkan mereka kepada Allah, Rab yang telah menciptakan segala makhluk. Hanya Allah-lah Rab yang telah mencipta (al-Khaliq) segala makhluk. Selain daripada al-Khaliq, semuanya makhluk. Dan hanya kepada Tuhan Yang Wajib Wujud lagi Maha Esa ini, terletaknya kudrat dan iradat yang mutlak. Tidak ada satu apa pun boleh terjadi melainkan hanya dengan izin Allah. Manakala Allah boleh menjadikan segala sesuatu tanpa memerlukan izin sesiapa pun. Maka di hadapan kebesaran dan keagungan Allah ini, setiap manusia perlu kenal,sujud, patuh dan memperhambakan diri mereka.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.” (al-Anbiya: 25)

Seluruh para nabi dan rasul ini telah melakukan dan menjalankan satu usaha sahaja iaitu usaha untuk mengajak kaum masing-masing untuk beriman kepada Allah. Kandungan risalah yang dibawa oleh mereka adalah jelas dan padat:

“Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya.”

Ungkapan ini telah diulang-ulang oleh al-Quran dengan dinisbahkan kepada ramai para rasul. Al-Quran telah mengungkapkan seruan ini sebanyak sembilan kali, antaranya:

“Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepada-Nya?” (al-Mukminun: 32)

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah dia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).” (al-A’raf: 59)

“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?” (al-A’raf: 65)

“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.” (al-A’raf: 73)

“Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Dia berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu.” (al-A’raf: 85)

Seruan ini nyata amat ringkas, tetapi tuntutan yang dibawa olehnya adalah amat besar. Sebesar seruan ringkas Rasulullah s.a.w. semasa menyampaikan dakwah baginda di pasar-pasar bangsa Arab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)